Total Pageviews

Saturday, 28 March 2015

GST dan kehidupanku

Assalammualaikum
seperti biasa setiap bulan aku perlu beli ubat di farmasi.Kali ini awal2 lagi amoi yang jaga farmasi dah bagi tau mulai 1 April ubat yang biasa aku beli akan dikenakan GST....seperti yang diuar2kan akan naik 6% .Saja dia bagi tahu walaupun aku dah sedia maklum pasal isu ni tapi taktau pulak ubat juga kena GST.
                                ubat untuk mengawal tekanan darah tinggi

Bila selesai di farmasi aku ke TESCO untuk belanja barang keperluan rumah.Walaupun ada sales aku lihat harga banyak yang dah naik....Setahu aku GST akan mula awal bulan depan ....bila di kuanter aku terdengar perbualan cashier dengan seorang pelanggan katanya harga barang sengaja di naikkan sedikit2 agar orangramai tak terima kejutan nanti bila GST dimulakan....ntahlah aku pun tak tau betul atau tidak ...apapun barang keperluan dan makanan  sememang nya perlu dibeli juga ....Dalam diam suami bersuara jika dah banyak yang naik harga kena lah kita berjimat seadanya....Aku tak menjawap hanya berkata dalam hati ...boleh ke?


Thursday, 26 March 2015

sup yang kaw2

Assalammualaikum...
Olehkerana ada urusan di bank ,ambil Iman balik sekolah terus bawa dia sama.Biasalah kalau masuk kereta lapar je yang keluar dari mulutnya...(baru tau duit yang dibawa katanya hilang).
Setelah selesai urusan suami kata nak makan sup tak...rasanya kaw2.Iman yang peminat sup cepat je menjawap nak mee sup.Lupa pulak aku nama kedainya tapi memang menjual berbagai jenis sup ,sup gearbox,sup kaki ayam dan sup ikan haruan pun ada ...tapi aku dan suami yang tak berapa nak lapar  hanya makan sate secucuk dua  aje...Iman makan mee sup ,Iqa pulak makan kue tiaw sup pedas .Nak juga merasa kesedapan sup share dengan budak 2 ni....memang sedap dan kaw2 dengan kuah supnya yang pekat  tapi hampir berasap juga telinga makan sup kue tiaw pedas....
Naluri seorang ibu bila melihat budak 2 ni makan hampir mengalir airmata aku ,teringat pada Azim yang kat asrama .Kalau ada dia selalunya begitu berselera walau apa yang kita belanja makan...bila ada yang tak habis dia lah yang licin kan...agak kuat makan walaupun kurus melidi....alahai bukan tak biasa pun anak2 duk asrama tapi semenjak 2 menjak ni hati agak sensitif,mungkin faktor usia  agaknya....

Friday, 20 March 2015

surah Al-Kautsar

assalammualaikum
salam Jumaat
untuk panduan diri sendiri dan dikongsi buat teman ...


Thursday, 19 March 2015

macam2 ragam...

Assalammualaikum
cuti sekolah masih berbaki beberapa hari lagi...budak Iman dan Azim kalau  kat rumah tak pernah duk diam ,ada saja projek dorang yang kadang buat aku hampir nak keluar tanduk.....apataknya dalam rumah pun boleh main bola ....hmmm tak delah bola besar ,walaupun kecil tapi kalau dah sepak sana baling sini ngilu juga perut aku perhatikan ...kut2 ada yang terpecah.Last2 malas aku nak menegur lagi...buat penat mulut je.Lagipun tak berapa hari lagi Azim dah balik asrama .....Kalau dah kata lelaki dah besar panjang pun gitu lah gayanya bila dah bertemu....
Iqa pulak asyik memerap dalam bilek ,katanya nak buat ujian on9 untuk biasiswa JPAMARA,tapi aku tengok tak buat2 juga....kalau tak main game ,wassap je kerjanya....tak pun senyap je tido .....nak fikir dulu kata dia.Tanya pendapat aku ,kalaulah dia dapat tawaran belajar ke oversea ,mak tak kisah ke?.....ntahlah aku tak mampu nak bagi jawapan bila mengingatkan akan terpisah jauh nun....apatah lagi bila memikirkan sumber kewangan  walaupun katanya ada biasiswa ...selama ini pun kakak abang dia pun banyak bergantung pada PTPTN.....masing2 pun masih berbaki 2 tahun lagi untuk habis belajar...Kadang kesian juga melihat suami yang bekerja keras ......alangkah beruntung nya anak orang ada2 kan......tak payah nak fikir2 .

Tuesday, 17 March 2015

Ke hutan pula

Assalammualaikum
Sudah bertahun2 aku tak jejak kan kaki ke air terjun Gunung Pulai sejak tragedi yang berlaku di kawasan kampung di kawasan hutan lipur bertahun2 yang lalu. walaupun tak lah begitu jauh dari tempat kami ,kalau berkereta adalah 1/2 jam perjalanan....
Dek kerana Iman yang tak habis2 mengajak ke sana bila kerap lalu jalan pintas untuk ke bandar Pontian akhirnya ikut kan juga ...tapi bukan le kawasan hutan lipur yang asal tapi tempatnya  berdekatan dengan Kem Kaizen.Agak jauh juga masuk ke kawasan kampung dengan jalan yang sempit ditambah pula ada majlis perkahwinan dengan kereta berderet2 diletak kan ditepi jalan ....rasa nak patah balik je tapi bila ingat kan Iman yang nak sangat pergi tawakal je redah....


Bila tiba agak ramai juga orang ...maklumlah cuti sekolah ,yang pasti memang tempat mandi nya pun sesuai untuk budak2 je.Aku tak nampak pun bayang air terjun kat kawasan ni seperti ditempat asal dulu ....tak taulah jika ada disebelah atas lagi.Azim yang bersedia bawa pakaian untuk mandi pun tak selera dah  bila melihat keadaan air yang agak keruh dan cetek.,sedangkan ramai mak2 budak dan orang muda yang duk riangria main air.
Pada pandangan aku kalau nak kan istirehat memang sesuai sebab kawasannya dikelilingi pokok2 hutan yang menjulang tinggi ,sejuk dan nyaman udara terasa....sang monyet pun ramai yang menyapa.Disediakan juga tempat untuk BBQ dan tandas untuk kemudahan awam...tapi kalau untuk mandimanda terpulang pada diri.
Sempat juga Iman berendam sekejap ,kami hanya jadi pemerhati ditepi kolam  sambil makan jajan yang dibawa...kata Azim boringnya jadi Iman sebab masa dia kecil ,abang dan kakak juga masih budak2 seronok kalau pergi berkelah atau mandimanda bersama.Sekarang ni bila ke pantai atau ke tempat main2 air anak2 yang besar manalah berminat lagi.Kalau boleh anak2 ni lagi suka santai2 di rumah ....

Tempat ini dibuka dari pukul 8 pagi -5 ptg ,pagar akan ditutup pada jam 6petang .Tapi masa kami pergi tu belum pun pukul 5 hujan lebat dah pun turun....Iman pun salin baju basahnya dalam kereta....kami terus balik walaupun ada lagi beberapa kenderaan yang baru tiba .

Tuesday, 10 March 2015

risau

Assalammualaikum,
Sabtu 7hb Mac hadiri mesyuarat PIBG dan Akujanji di sekolah Azim ,walaupun hari yang sama ada majlis yang sama di sekolah Iman .Biasalah majlis2 kat sekolah ni sepanjang anak2 aku bersekolah kaum ibu yang ramai hadir apatah lagi bila majlis pun diadakan pada hari bekerja....
Selain dari mesyuarat PIBG dan Akujanji untuk murid yang bakal ambil PT3 dan SPM ada juga majlis anugerah cemerlang untuk peperiksaan tahun 2014 .Aku fikir tentunya untuk pelajar cemerlang PT3 dan SPM tahun lepas ,tak sangka nama Azim juga tertera di kertas untuk anugerah cemerlang akhir tahun......Alhamdulilah
                 sijil dan cenderahati yang diperolehi...

Semasa mesyuarat berlangsung Azim datang pada aku padahal dia sedang mengikuti program motivasi di dewan makan asrama setelah penyampaian hadiah.Katanya badan dia panas dan rasa nak demam....minta panadol jika ada.Hati aku mula risau kerana dia baru saja sembuh dari sakit dah demam kembali.Janji dengan dia akan datang sebelah petang sama ayahnya.
Petang sebelum asar lagi kami pergi ke asrama dia ,mujorlah tak jauh.Cadang nak bawa dia ke klinik atau balik saja ke rumah tapi dia tak nak ,cuma minta dibelikan panadol dan air hundred plus.Katanya hari Isnin dah ada ujian ,tak mahu dia cuti lagi.Bawa kan roti untuk alas perut sebelum makan ubat ...katanya takde selera .Dah dipaksa baru dimakannya kemudian dia suroh tunggu sekejap untuk solat asar ...selesai solat nak minta roti lagi....ayah dah makan kata ayah nampak sedap je ,kata aku....takpelah katanya tapi si ayah rasa galat sangat ....huhuuu
Walaupun dapat jumpa dan hantar ubat pada dia hati tetap risau .Azim ni agak pendiam duduk di asrama pun mungkin tiada yang tahu dia demam atau sakit .Pesan dengan dia berkali2 agar telefon segera jika demam tak kurang ....tapi sehingga hari ini pun dia tak lagi hubungi kami di rumah....biasa lah jadi ibu ni risau memanjang walaupun anak dah besar panjang apatah lagi takde depan mata  bila dia tak sehat begini.

Thursday, 5 March 2015

terima kasih semua

Assalammualaikum
Terimakasih dari kawan2 blogger cahaya hidup (yatie),sweetie, yang wish ,juga terima kasih juga dari Iqa .Memang kena tinggal lagi jauh lah kakzakie ....tak tau lagi lah nak kemana hala tujunya.Takde apa tips pun babypose ....kalau balik rumah memang payah nak menghadap buku....dah duk asrama pandai pulak bawak diri.
Hainomokje..... memanglah menangis gembira tapi dalam hati je sebab dah tak suspen sangat bila tengok kat sms dulu.....boleh saja nak tumpang perut hainom....hihiii.
Sekarang ni Iqa sedang sibuk nak kemaskini UPU dan perlu jumpa guru kaunseling sekolah ...sebabnya setakat ni masih tak tetap lagi hatinya nak menghala tuju mana...Sebelum itu dia begitu berminat dengan UTP namun kesuntukan masa temuduga dan keadaan aku yang kurang sehat,juga bila mengetahui yuran setiap sem yang perlu dibayar ketika itu dia sendiri menolak dengan rela...
Alhamdulillah dengan adanya BURSARY juga ,mudah2an dia dapat belajar dengan tenang dan dapat mengurangkan tanggungan ayahnya yang masih menyara kakak abang yang di IPT.Perjalanan nya masih panjang untuk meraih kejayaan yang sebenar....

Wednesday, 4 March 2015

SPM Iqa

Assalammualaikum,
   Tarikh 3hb Mac begitu mendebarkan buat Iqa.Aku yang perlu mengambil bekalan ubat di HSA JB mengambil kesempatan pergi sekali pada tarikh yang sama .Melalui pengalaman anak2 yang terdahulu result SPM biasanya dikeluarkan agak lambat.Hanya bertolak pada 9.30 pagi untuk terus ke hospital ....walaupun hati penuh debaran amat terutama Iqa yang dah tak boleh  menjamah sarapan  lagi.
Sepanjang perjalanan hati sentiasa berdoa agar Iqa dapat yang terbaik ,wlaupun yakin Iqa boleh ...tapi dada terasa nak pecah menahan debar.Oleh kerana dah lebih 10 pagi Iqa kata nak tengok result melalui sms.Perjalanan ke JB berjalan lancar tapi bila dah tiba hospital parking betul2 penuh.Aku dan Iqa saja turun depan poliklinik utk ke farmasi sementara Iman dan ayah nya masih lagi berligar2 mencari tempat parking.Dalam perjalanan ke farmasi terdengar bunyi dari sms....dah agak mesti result ni...olehkerana berdebar amat hanya buka setelah duduk menunggu giliran ambil ubat.Alhamdulillah ...syukor tak terhingga bila tengok sendiri result yang tertera ...hilang rasa seram sejuk yang ku rasa di sepanjang perjalanan tadi.


Olehkerana orang agak ramai di farmasi ,agak lama juga kami dapat giliran .Di sekolah dah pun mulakan acara penyampaian keputusan SPM ....kawan2 Iqa tak henti2 hantar wassap .Bila selesai part ubat,tak buang masa lagi terus ke sekolah Iqa ...majlis dah pun selesai tapi kawan2 Iqa dah menunggu depan dewan .Terus jumpa guru kelas untuk ambil slip dan fail.Puan Lee Lee Peng yang sentiasa senyum kata kenapa lewat ...tak dapat naik pentas dah...Alhamdulillah dapat tengok sendiri slip peperiksaan Iqa .....bersyukor sangat segala penat lelahnya belajar menjadi bermakna dengan keputusan 10A nya.....Alhamdulillah dia dapat 9A+ 1A...Terima kasih Allah yang memberikan kegembiraan pada kami disaat diduga masaalah kehidupan.
Moga Iqa dapat meneruskan kehidupan dengan lebih cemerlang ,juga menjadi umat yang cemerlang di akhirat kelak.