Total Pageviews

Friday 10 July 2015

sekadar memberi

Assalammualaikum
salam jumaat terakhir Ramadhan
Seperti  selalu durian belanda yang kami tanam tepi rumah berbuah lebat lagi.Seperti bulan puasa tahun lepas buah sudah mula masak.Pagi petang nak kena tengok kalau tak alamat lah jatuh benyek ke tanah.Sudah banyak aku sedekahkan pada kawan2 dan jiran2.Ada juga yang tak kenal datang singgah bertanyakan tentang durian belanda  yang sememang nya aku tanam boleh nampak dari  jalan .Ramai juga yang kata  nak membeli ,tapi bila diberi beberapa biji membayar alakadar je jika dibandingkan dengan harga di pasar yang kadang kala mencecah 16 rm sekilo .Aku ni pulak jenis yang mudah kesian ,aku lebih banyak memberi walaupun bukan sebangsa dengan aku.....
Sepanjang bulan Ramadhan ni adalah beberapa kali aku buat juz buah durian belanda untuk berbuka, memang menyegarkan apatah lagi bila cuaca panas terik disepanjang hari...enak bila ditambah ais.Tapi dalam pada itu aku tak rasa boleh minum juz durian belanda lagi dalam masa terdekat ni sebabnya gastrik dah mula singgah .....mungkin rasa masamnya dah tak sesuai dengan umor aku yang menjengah senja ni untuk terus menikmatinya.
Dengan baki buah2 yang masih ada kat pokok aku bercadang nak buat buat aiskrim malaysia ,apatah lagi menjelang raya ni boleh juga diberi pada budak2 yang datang  kelak....hmmm kadang mak budak pun suka juga ,ada yang bertanya ada ke aku buat aiskrim durian belanda....
aku bukannya berjual pun sekadar suka2 membuat .


9 comments:

  1. sedap buat air ni kak...yang mengkal biasanya yan goreng celup tepung...

    ReplyDelete
  2. Mahal buah ni sekilo rm15. Dulu masa kat kampong kak zai jarang makan jadi habuan burung kalau menyinggah.

    ReplyDelete
  3. Sedapnye kak terliur sudah....kikiki....saya suka makan camtu je dedulu masa kat kampong kiteorng ada gak pokok ni lebat berbuah hingga tak termakan....sekarang kalau nak makan terpaksa membeli mahal kan kak....

    ReplyDelete
  4. Tu sekali kalau dah berbuah mmg tak terlayan,kak..sama mcm pokok durian belanda depan rumah SB. Untung jadik jiran akak..

    ReplyDelete
  5. Durian Belanda ni dikatakan baik untuk pencegahan kanser...

    ReplyDelete
  6. Assalamualaikum,
    Hmm, terliurlah pulak. rasa nak minta juga tapi jauh la pulak..hehe..masa kecil-kecil dulu pokok durian belanda ni banyak keliling rumah tapi jarang sangat buahnya sempat membesar. Sebabnya ada seorg 'budak bertuah' suka kutil satu persatu kelopak bunganya. Maaf ye emak, adoii la.

    ReplyDelete
  7. Dah lama sangat tak makan durian belanda ni kak...sini mcm susah sgt nak jumpa dah.. masa kecik2 dulu rajin lah mkn...
    Salam Aidil Fitri kak... maaf zahir batin ya.. :)

    ReplyDelete
  8. Buat aiskrim malaysia banyak-banyak simpan dlm freezer SI
    Nanti raya bebudak dtg bagi sorang sebatang:)
    Kakak suka juz durian belanda ni tau.

    Kakak dah boleh komen itu yg dtg sini.

    Selamat Hari Raya, maaf zahir batin dari kakak.

    ReplyDelete
  9. Salam Aidilfitri SI....rindunya nak menyembang alamaya ngan SI....

    Lama tak makan buah ni, org ckp banyak khasiatnya. Dia ni buah bermusim ke apa yek SI?
    Ramai ke tetamu SI?

    ReplyDelete