Total Pageviews

Wednesday 10 August 2016

Iqa dengan UPU nya.

Assalammualaikum
Walaupun ada sedikit rasa kecewa pada Iqa dengan result upu,um dan usm namun tetap terima dengan redha dan bersyukur .Masih bertuah dibandingkan ada kawan2 yang tak dapat apa2. Iqa dapat 2 tawaran satu dari Uitm Puncak Alam dan satu dari UM.Sementara USM yang jadi impian dia bagi jawapan yang mendukacitakan....memang dia agak kecewa kerana itulah cita2 dia .Walaupun masih ada harapan untuk rayuan tapi dah redha.
Zaman sekarang ni mendapat straight A dalam SPM dan 4 flat dalam Asasi belum tentu menjamin pelajar2 ni dapat jurusan yang dipilih .Begitu juga Iqa ,tawaran course dari UM bukan pilihan dia .Sebenarnya sehari sebelum result ni pun seorang lecture dari UM ada tepon dia .Memang dah agak boleh dapat tapi tak pasti pulak course apa.Bila dah tengok result nya bukan seperti yang dipilih....agak keliru seketika.Apa pun setelah difikir2kan mungkin UM ni yang dipilih dari Uitm kerana ia berkait rapat dengan cita2nya....apatah lagi dia minat subjek biology.Yang pasti medik bukan pilihan nya.
Kami makayah dia ni ikut je .....cuma mampu bagi semangat dan doa untuk terus kan perjuangan menuntut ilmu.
Kadang kami terkilan juga dengan mulut2 diluar sana yang mempersoalkan tentang arah tuju Iqa " kenapa dapat straight A tak amik doktor?" "Kenapa tak belajar ke luar negara?".....Bagai melakukan kesalahan besar pulak menuju kearah lain.Sehingga kan tika Iqa dicari untuk bagi sedikit motivasi untuk pelajar SPM 2016.....sengaja Iqa menyepi diri .Terkilan diperkecilkan sebab tak belajar ke luar negara.
Ketika Iqa meluahkan kebimbangannya tentang kerjaya kelak  .....Aku nasihatkan agar serah kan je pada Maha Kuasa .Rezeki ajal dan maut semua ditangan Nya Yang penting Iqa kena belajar bersungguh2.

          Foto: sumber Google.

19 comments:

  1. abaikan je mulut2 yg x penah diam tu kak...belajar la sampai hujung dunia pon blom tentu dapat keje gaji juta2 tiap2 bulan...diorang lupe agaknye yg bagi rezeki bukan nye pihak2 syarikat tapi Allah swt semata2...kadang2 memang geram kan...sebuk jage hal anak orng sedang kan anak2 sendri kat rumah pon huru hara je kite tengok tapi x penah pon kite cakap pape kan...mesti ada hikmah di sebalik semua ni kak..Allah kan sebaik2 perancang...Iqa anak yg bijak belajar kat mana2 pon mesti bole berjaya...cakap dengan dia camtu kak...semoga sukses selalu Iqa :)

    ReplyDelete
  2. biar jela apa orang kata kak SI.

    ReplyDelete
  3. Tahniah iqa Allah dh atur jalan terbaik utk ditempuh insyaAllah.

    ReplyDelete
  4. Tahniah Iqa....Tak semestinya apa yg kita dapat itu, tak baik untuk kita, dan tak semestinya apa yang kita tak dapat tu, baik untuk kita....maka pasrah dan tawakkal ajelah...
    Dapat course apa tu SI dan apa course yg dia nak?
    Tak payah sangat nak layan cakap orang..... tak kemana kita jadinya nanti

    ReplyDelete
  5. Ye lah kak, kadang-kala apa yg kita mahu itu tak dapat dicapai bukan sebab kita ni tak layak atau tak pandai. Mungkin ada sebab dan hikmahnya yang kita belum nampak. Takpe Iqa pun dah redha tak dapat ke USM.
    Ketepikan cakap2 org, sebab diri sendiri yg tahu apa pilihan yg terbaik diiringi dengan doa ibubapa.
    Tahniah Iqa!

    ReplyDelete
  6. Allah... hidup dikalangan ramai masyarakat biasalah. Kita tak payah ambil sangat hal-hal remeh tu. Anak kakak pun sama walau ambil Law belum tentu kerjanya di mahkamah. Kakak tak kisah kalau tak ada rezeki jadi isteri pada lelaki yg sempurna pun sudah ok. Yg penting hidup biar berilmu. Bukan belajar semata-mata kerja - salah persepsi itu sebenarnya.

    Kakak siap kata pada anak kakak jadi cikgu/nurse lagi bagus dpt pahala banyak. Kalau kawin nak pindah ikut suami kat mana pun senang, banyak hospital/sekolah hihi...

    ReplyDelete
  7. Pengalaman kak Zai anak dapat IPTA tp bukan jurasan pilihan. Akhirnya buat keputusan masuk IPTS. Alhamdulillah sudah ada kerjaya yg diidamkan. Biarkan mulut2 celupar berbunyi bila dah berjaya baru diorg faham. Semoga iqa teruskan perjuangan sambung Master kat oversea in syaa Allah.

    ReplyDelete
  8. Pengalaman kak Zai anak dapat IPTA tp bukan jurasan pilihan. Akhirnya buat keputusan masuk IPTS. Alhamdulillah sudah ada kerjaya yg diidamkan. Biarkan mulut2 celupar berbunyi bila dah berjaya baru diorg faham. Semoga iqa teruskan perjuangan sambung Master kat oversea in syaa Allah.

    ReplyDelete
  9. Tahniah Iqa..moga iqa terus berjaya dengan apa yang iqa pilih, abaikan mulut orang yang bercakap2 tu

    ReplyDelete
  10. Tahniah Iqa sayang.. teruskan melangkah. Cabaran baru bermula.. jangan toleh belakang lagi dah. Go girl!!

    ReplyDelete
  11. tahniah Iqa..
    rezeki kerja apa kemudian hari tu semua urusan ALLAH..

    ReplyDelete
  12. Doakan je Saniah. Dia yang nak belajar, jadi dia lebih tahu kemampuan dirinya. Kita cuma perhatikan dan bagi sokongan. Buat medic dan belajar luar negeri bukan satu jaminan untuk memudahkan dia mendapat kerja. Rezeki Allah yang tentukan. Kita usaha!

    ReplyDelete
  13. hihi. betul tu kak, dean list atau straight A bukanlah menjamin kita boleh dpt univ yg kita nak. mcm saye pun tak dpt jugak pergi oversea. tp alhamdulillah dekat dgn family, boleh tgk2 kan family dan family pun boleh tgk2kan saye sihat sakit macam mana kan. insyaAllah mesti ada hikmah di sebaliknya. belajar dekat dlm negara not to bad la.. lg kesian kalau lepas belajar jauh2 dekat oversea, tp balik menganggur. =D just buat yg terbaik je kan. insyaAllah semua ada hikmahnya :)

    ReplyDelete
  14. Insyaallah...dapat tu nanti kak... doa dan tawakal je.. moga Iqa sabar

    ReplyDelete
  15. Semoga Iqa terus tabah..
    Buat solat istikharah ..
    Pilih yg mana dekat dihati tu..
    Semoga Iqa terus cemerlang dunia dan akhirat..

    Mulut org macam tu kak Saniah..
    Pandai anak orang pun kata..
    Bodoh lagi lah dikata..
    Sebaiknya ikut apa yg Allah kata..

    ReplyDelete
  16. Assalamualaikum kak, semoga sentiasa di dalam rahmat-Nya.
    Pertamanya, tahniah kepada Iqa termasuk akak. kedua, tak perlulah risau sangat...insya-Allah ada jalannya tu. Perancangan kita hanya satu perancangan, perancangan sebenar adalah daripada DIA. Dia yang Maha Mengetahui apa yang terbaik untuk hamba-Nya. Mulut2 yang berbunyi tu abaikan je, dah memang mulut kerjanya berbunyi hehe... ambil positif sebagai satu cabaran dan peransang...saya dulu pun pernah ditanya.."mengapa pilih jurusan agama, kenapa tak ambil ekonomi"...Ikut akulah, aku yang nak belajar! Tapi saya tak jawab macam tu, cuma rasa-rasa nak jawab begitu..hehe... pekakkan sahaja telinga.

    ReplyDelete
  17. Kadang tuh orang komen sekadar mengomen tanpa ada niat tak baik kut kan... cuma pada kita cakap biarlah berlapik.
    Apa pun tahniah... bukan senang nak dapat masuk UM tuh... U terbaik n tertua di Msia

    ReplyDelete
  18. Apa-apa pun tahniah buat Iqa. Sekurang-kurangnya berjaya melanjutkan pelajaran ke menara gading. Tak kisahlah apa bidang yang kita minati, jangan dihiraukan kata orang. Kalau ikut kata orang, kita yang merana sebab kita yang kena belajar!

    Jangan ambil bidang sebab ianya famous disukai ramai, ambil aje apa yang kita minat. Itu lagi bagus!

    All the best buat Iqa!

    ReplyDelete