Total Pageviews

Tuesday 8 November 2016

Tragedi duka 1

Assalamualaikum
Terlebih dulu ingin ucapkan terimakasih pada adek2 dan sahabat blogger yang mendoakan dan beri semangat pada aku yang sedang meniti saat2 sukar sekarang ni. Aku tak kuat sebenarnya tapi perlu tabah demi anak2 dan suami yang sakit .
Bermula dinihari lebihkurang pukul 3 pagi ,suami bangun beberapa kali  sambil batuk yang agak keras.Mulanya aku yang turut tersedar hanya memerhatikan je tapi rasa tak sedap hati bila dia buka baju sejuk yang dipakai .Malam tu memang cuaca sejuk kerana lepas hujan dan masih lagi renyai sepanjang malam. Aku tanya "kenapa bang ,kan sejuk ni". "Sakit dada " katanya .Aku lihat dia berpeluh2 sambil mulut tak henti beristifar.Dia minta urutkan belakang ....tapi tak berkesan apa2 pun .Dalam hati terfikir juga mungkin kah heart attack .Kebetulan anak sulong dan Fateha ada balik cuti sem seminggu waktu itu.Sementara Iqa dah balik U semalam nya. Beberapa kali cakap dgn suami nak kejutkan anak2 tapi dia tak benarkan.Seminit2 masa berlalu ,sakitnya tak berkurang .Katanya dada panas dan tangan dia kebas sebelah ....peluh semakin banyak keluar.Tak boleh jadi,aku terus gegar bilek anak2 suroh bangun.Azim dengan Iman agak liat sikit bangun sebab tidur agak lewat ,apatah lagi malam tu kan ada perlawanan bolasepak.
Aku minta Fateha dan abangnya ganti urut  ayahnya yang masih lagi sakit .Sementara tu aku seperti biasa lah bila dah dlm situasi gitu mula lah tak keruan rasa.Hanya mampu suruh suami teruskan berzikir.Sebenarnya dia dalam keadaan duduk  menahan sakit.Anak sulong kami Arif kata "jantung ni kena bawa hospital juga".Pada mulanya suami tak mahu tapi terpaksa lah akur .Dalam pada tu  aku minta Azim teman kan untuk ke rumah jiran minta anak bujang nya teman ke hospital.Walaupun ketika itu suami kata tak payah menyusahkan orang.Aku ketuk rumah jiran berkali2 sambil beri salam .Lama juga baru ada yang sedar maklumlah masing2 sedang dibuai mimpi.3.30 pagi kami keluar rumah dengan ditemani  jiran untuk ke hospital yang terdekat..Sepanjang perjalanan suami batuk dan asyik berludah ke luar tingkap,sambil2  tu angin keluar atas bawah.Ah ,angin je agaknya katanya pada jiran yang sependapat.Dadanya masih tetap sakit tapi masih boleh berbual.
Tiba di Hospital Kulai terus ke Emergency ,suami terus dibawa masuk ke dalam sementara aku menguruskan pendaftaran.Biasa lah kat ER hanya pesakit yang dibenarkan masuk.Kami bertiga hanya tunggu di luar .Hampir sejam suami di dalam ,aku suroh Arif lihat keadaan ayahnya .Bila dia keluar katanya doktor tak dapat detect masalah jantung masa guna mesin ultra sound.Hanya diberikan ubat gastrik biasa dan biarkan berehat di dalam.Ketika itu dah pun 5.30 pagi ,memandangkan katanya takde masalah jantung aku suruh Arif bawa jiran balik rumah.Bila mereka dah balik aku masih menanti di ruang menunggu sendirian sambil  membaca surah yasin untuk melegakan hati yang resah .Sambil2 memikirkan dimana aku nak solat suboh.
Rasanya setakat ni dulu ya  ,Insyaallah akan sambung entry seterusnya.31 Oktober aku rasa kan hari yang panjang setiap detik aku lalui detik2 cemas....banyak lagi yang ingin ku kongsi.

8 comments:

  1. Semoga suami kembali sihat saniah

    ReplyDelete
  2. Bila Allah nak uji tak kira waktu dan masa
    Semoga en suami SI terus kuat, tabah dan sihat seperti sediakala.

    ReplyDelete
  3. SEMOGA SUAMI SANIAH CPT SEMBUH...

    ReplyDelete
  4. Ya Allah..memang betul2 risau kan kak.. jadi plak tengah2 malam.. nasib baik anak yg besar skit ada kat rumah..klu dibuatnya tinggal akak & Iman ja, pasti lg kalut... moga suami kak terus diberi kesembuhaan..

    ReplyDelete
  5. Semoga Saniah tabah mengahadapi saat2 sukar ini dan sabar ye. Saya sebagai kawan blog hanya mampu mendoakan yang baik2 saja. InsyaAllah! Hidup kita ini mmg sentiasa di uji...

    ReplyDelete
  6. kak.. maaf baru sempat baca yang ini.. yg baca pun ikut cemas..

    ReplyDelete
  7. Orang selalu kaitkan peluh tu dengan jantung. Jiran yg pernah kena serangan jantung pun cakap dia berpeluh luar biasa SI, sampai baju boleh perah katanya walau dada tak berapa sakit. Rupanya jantung tersumbat.

    Nasiblah anak ada kat rumah ye SI. Kalau tidak bingung jugak tu. Saya dapat bayangkan macam mana gabrahnya SI masa tu.
    Kadang kadang tu mmg kita takut nak menghadapinya tapi terpaksa huhu.... Nak buat macam mana dah takdir Allah

    ReplyDelete
  8. Mahunya tak keruan, Kak Saniah. Awal pagi macam tu tetiba diserang sakit. Walaupun tak nampak serius, kita ni sebagai isteri dah tentu-tentu rasa bimbang teramat sangat. Macam-macam hal boleh berlaku dalam sekelip mata. Mujurlah akak teruskan juga niat bawa suami akak ke hospital!

    ReplyDelete