Total Pageviews

Monday 13 March 2017

Sibuknya anak2.

Assalamualaikum
Seperti biasalah bila Iman dah ke sekolah ,sepilah rumah ni.Dah tinggal sesorang ,nak berbual dengan siapa kan...Kat luar sana sentiasa tak sunyi ,bagai2 bunyi dari kilang yang sedang memproses dan deruman lori2 yang menunggu giliran masuk.Dah jadi halwa telinga ...dah lali hadapi situasi seperti ni.
Anak2 bersilih ganti balik walaupun sehari dua je berada di rumah.Buat masa ni mereka 5 beradek belum dapat berkumpul semua.....tunggu raya lah nanti ....Insyaallah.
Yang anak yang sorang ni lagi lah sekejap wasap gitau kat KK ,sekejap kat Tawau ,sekejap kat Semporna....tup tup dah balik U.Sebenarnya hati kecil aku risau juga ,terlalu aktif dengan aktiviti bimbang menjejas kan pelajaran dia. Aku mengharap sangat program Iqa ni cepat habis ,barulah lega rasa hati. Mana taknya setiap hujung minggu pasti ada negeri yang di jelajahi.Masa ke Sabah ni pun terpaksa cuti kelas beberapa hari.
Katanya hujung bulan ni ke sekolah2 terpilih di Sarawak pulak.Lepas tu baru projek mereka berakhir.Barulah ada peluang balik rumah katanya.
 Foto: hari ke 3 Iqa dan rakan Edumas nya jalan2 di Kundasang.
 Foto: butang baju melayu untuk ayah,brooch untuk mak katanya untuk cenderahati ....Dah namanya pelajar manalah termampu nak beli belah berbagai2 walaupun rambang mata melihat nya bila di pasar pilipina.
Hari terakhir Iqa di Tawau ...hanya memerhati dalam bas je katanya.

11 comments:

  1. tak apalah..doa yang terbaik untuk Iqa.aktif ni bagus, dia akan nampak lebih menyerlah bila nak cari kerja nanti

    ReplyDelete
  2. Jangan risau sangat saniah dah tentu Iqa pandai dan tau kepentingan xtvt dan pelajaran dia

    ReplyDelete
  3. alhamdulillah ada juga buah tangan untuk emak dan ayah tu.

    Biasalah kak kadang2 sebagai ibu ni kita risaukan pasal anak2 ni kan, tapi inshaAllah kita doakan moga Allah sentiasa melindingi anak-anak kita

    ReplyDelete
  4. Risau seorang ibu mmg macam tu kak saniah..
    Tapi saya tengok Iqa ni budak cerdik..
    Pandai membahagikan masa aktiviti dan pelajaran..
    InsyaAllah boleh utk kedua-duanya..

    Cantik cenderahati utk mak ayahnya..

    ReplyDelete
  5. Itulah dunia mereka.
    Kita pun pernah lalui suatu masa dulu.
    Doakan yang baik2 untuk mereka.

    ReplyDelete
  6. Terfikir dulu2 masa kat U, suka berjalan kesana kemari, tp mungkin mak abah tak berapa risau sgt sbb tak update pun, setakat bgtau nak kemana utk minta izin jer.. dah balik baru bgtau

    ReplyDelete
  7. Tak perlah SI dah projek U dia, masuk point exam jugak kotnya tu. Mereka dah besar SI, taunya dia bahagikan masa dengan belajar. Tambah lagi otak genius mcm Iqa tu, kejam mata je jawab soalan hihi...

    Wahhh nampaknya Raya ni pakai brooch mutiaralah ek....Pergh, bekelip keliplah tudung SI dengan baju abang nampaknya hihi

    ReplyDelete
  8. insyaAllah kak SI, macam itulah cycle kehidupan kita. dulu2 kita ditempat diorg. kita doakan anak2 pandai jaga diri dan terjaga keselamatan

    ReplyDelete
  9. Wah.. mak dan ayah dapat ole2 dari sabah.. cantik..

    Kita ni memang cepat risau.. tapi insyaAllah.. budak2 sekarang bijak.

    ReplyDelete
  10. Assalamualaikum kak, moga sentiasa diberikan kesihatan yang baik.
    Risau dan bimbang memang naluri seorang ibu, tetapi insya-Allah, iqa tahu membahagi masa antara pelajaran dan aktiviti luar. Yang penting kita sentissa mendoakan mereka.
    #cantik ole-ole tu...hehehe

    ReplyDelete
  11. pandai Iqa pilih cenderahati. bijak iqa ni membahagikan masa utk program & pelajaran ��

    ReplyDelete