Total Pageviews

Tuesday 8 August 2017

Mandai kulit nangka

Assalamualaikum

Gambar ni sebenarnya dah lama tersimpan dalam draf ...adalah sebulan agaknya. Tapi nak juga post sebab bukan selalu buat pun ...setahun payah sekali.Kami bukan pengemar buah nangka ,kalau ada yang beri berhari2 lah tersimpan dalam aisbox.Kadang kalau dah  agak lama buang lah jawapnya..
Bulan lepas jiran ada beri sepotong besar nangka yang masak ranum.Memang cantek isinya dan rasanya pun agak manis....mungkin nangka madu agaknya.Aku yang teruja tu bukan isi nangka tu tapi nak ambil jeraminya untuk buat 'mandai'. Buah nya aku dah asingkan dan buangkan bijinya sekali ,simpan dalam aisbox.Anak2 masa tu semua nya ada ,dalam kata tak suka pun abis juga dimakan.
Untuk buat mandai ni buang kan kulit hijau nangka atau chempedak yang mengerutu tu kemudian potonglah kecil2.Rendamkan dalam air panas biarkan lembut..Toskan kemudian taruk garam seperti buat jeruk.Simpan ditempat bekas kedap udara.Biarkan beberapa hari dah boleh digoreng..Ini cara aku lah seperti yang diberitahu orang tua2 dulu.Mandai ni orang banjar je ( aku ni kata je anak banjar ,tapi   sebelum2 ni tak pandai pun )yang pandai buat sebenarnya tapi sekarang ramai yang dah boleh membuat nya.Tak lah membazir kulit nangka dan cempedak dibuang begitu saja.Menjadi juadah yang enak untuk hidangan apatah lagi dengan nasi panas.Sedappp....tak percaya cubalah.
Cara masaknya senang saja seperti juga goreng ikan pekasam..Hiriskan bawang putih,bawang  merah,cili merah/ cili padi dan ikan bilis.Tumis bahan2 tu kemudian masukkan mandai  ...tumis lagi sehingga agak2 garing.Tak perlulah tambah garam kerana mandai dah masin.

Mandai yang dijeruk tu kalau agak2 masin sangat basuh lah sikit baru digoreng kalau tak mau tekanan darah mencanak naik.
Masa zaman kerja dulu ada sorang kakak tu bawa bekal sambal sardin yang dicampur mandai....ermm aku sendiri tak pernah rasa.Tapi memang rare kan ....kata budak2 sekarang.
Apapun bukan selalu  makan mandai ,kalau ada cempedak /nangka ,kalau teringin nak makan merajinkan diri untuk membuat.....untuk anak tekak sendiri .Suami memang tak lah...isteri nya je kalau boleh kayu dengan batu pun nak dilahap....hihii.

16 comments:

  1. rare ni.
    aida rasa mcm aida x pernah makan la mandai ni.
    hmmm mcm menarik.

    ReplyDelete
  2. tak pernah makan kak, sedap ek. first time tau ni

    ReplyDelete
  3. TAK PERNAH RASA TAPI MESTI SEDAP NI

    ReplyDelete
  4. pertama kali tengok dan tahu ni..haaa kalau ada cempedak @ nangka nanti bolehlah saya cuba buat pula

    ReplyDelete
  5. tak pernah dengar lagi tentang mandai. apakan lagi rasa. mesti sedap kan. rupa pun dah terliur tengok ni ha. hihihi

    ReplyDelete
  6. Tak pernah makan dan baru nilah tahu Saniah. Saya pun sama, semua makanan saya cuba dan rasa.

    ReplyDelete
  7. Tak pernah seumur hidup saya makan mandai SI. Mandai ni kulit nangkalah kiranya yeh. Ingatkan yg berjurai jurai letak tempat buah tu aje....

    Mmg rare sangat ni SI. Mcm mcm org dulu dulu mereka cipta makanan ye SI

    ReplyDelete
  8. xpernah mkn lg ni..mandai pun xpernh dgr nii...suatu yg baru

    ReplyDelete
  9. Samalah saya mcm Mak Nom dan kawan-kawan lain, seumur hidup tak pernah rasa mandai..
    Akak post dalam entri ni baru saya tahu..

    ReplyDelete
  10. ohh kulit nagka pun boleh dimakan ya..biasa dok rebus bijinya ja hehe

    ReplyDelete
  11. Assalamualaikum kak, moga sentiasa diberikan kesihatan yang baik.
    Mandai?? Jangan kata makan, dengar pun baru hari ini apabila singgah blogging di sini. Maknanya tak rugilah kulit nangka tu ye. Kalau kat tempat saya buang je gitu, habis kuat pun jadi makanan lembu. Izinkan saya copy untuk disimpan. manalah tahu kut2 ada masanya nanti memandai-mandai nak buat Mandai..

    ReplyDelete
  12. Mcm org lain, nilah first time tengok mandai dlm blog akk ni. Tapi org tua dulu2 mmg tak suka mbazir kan Kak, semua dimanfaatkan, kulit tembikai pun boleh buat sayur.

    ReplyDelete
  13. first time dengar n tengok.. ingatkan kobis tadi hihi

    ReplyDelete
  14. Tak pernah mkn mandai ni..
    Tapi pernah lah dgr org cerita kulit nangka/cempedak boleh dibuat masakan..

    Kalau dekat dah hulur piring kosong ..
    Minta sikit..
    Nak rasa hihi😆

    ReplyDelete
  15. Hari ni nak cuba buat mandai puan perlu direndam dgn air garam atau cukup hanya digaul garam bagi rata sahaja.

    ReplyDelete
  16. Sedap ni...klu ade lauk ni..lauk lain xpandang😆😆😆

    ReplyDelete