Total Pageviews

Tuesday, 22 October 2019

Jeruk Maman

Assalammualaikum
Sabtu lepas aku dan suami berkunjung ke rumah anak sulong di Melaka..Awal pagi dah keluar rumah untuk ke Pasar Tani Alor Gajah.
foto: sebelum tu singgah sarapan di sini.
foto: antara menu sarapan , first time beli nasi lemak dengan tumis kangkung
Bila ke gerai sayur kampung terpandang ada sayur maman yang popular masak rendang negeri 9 .Teringinnn sangat nak mencuba merasa.Serius...memang tak pernah makan maman.Tengok harga yang dipaparkan RM 8.Tapi sebabkan tak pernah makan aku beli RM 2 lebih je.
Memang excited sangat nak try buat jeruk.Sebab balik Kulai pun dah petang hanya sempat bersihkan  dan simpan dalam aisbox dulu
.Pagi sebelum mulakan proses menjeruk kena lah tanya google dulu sebab tak pernah buat.
Oh baru tahu hanya guna kan air , garam dan nasi saja.Ok dah siap buat jeruk ,
kata nya kena tunggu 3 hari baru boleh makan .Esok atau lusa boleh lah merasa...tak tahu lah tekak yang teringin ni boleh terima atau tidak.

12 comments:

  1. Salam Kak..atie pun belajar makan maman ni bila sllu balik Melaka.. Mak mertua sllu guna maman ni masak campur kat rendang..masak sup dgn ayam kampung..sedap lah jgk..
    Jeruk ni blm pernah rasa...:)

    ReplyDelete
  2. Masa kecik2 dulu dok kelantan arwah mak selalu buat..petik di tepi rumah ja..tumbuh sendiri..dh kawen dan pindah dok kedah,langsung tak jumpa dh jeruk maman..

    ReplyDelete
  3. Pada yg suka sedap Saniah!.Saya biasa makan yg segar tu masak lomak cili api...

    ReplyDelete
  4. Kat kebun banyak pokok maman ni
    tapi tak pernah makan.

    ReplyDelete
  5. Assalamualaikum kak, moga sentiasa diberikan kesihatan yang baik.
    Masya-Allah, hampir terluput dari minda saya jeruk maman ni. Dulu masa kecik-kecik selalu sangat makan, arwah bonda jeruk sendiri. La ni rasanya tekak dah tak boleh terima dah sebab dah berkurun tak makannya.

    ReplyDelete
  6. Kak, masa kecik2 kat kampung arwah mak selalu buat jeruk maman ni, buat makan dengan nasi, sedappp..yelah mak kita yang buat kan, kalo kita buat sendiri tak taulah sekarang ni masih boleh ke lalu kat tekak ni. Ada kawan tu mak dia bisnes rendang ayam dgn maman ni laku keras tau kak.

    Rajin akak buat ye, takpelah..nak rasa kan, mana tau sedap boleh plak buat bianes jeruk maman, hihi..

    ReplyDelete
  7. dana biasa nampak tapi tak pernah cuba, takut tak boleh terima... bila tengok2 pokok maman ni, rasanya kat kampung biasa jumpa sayur ni cuma tak pernah di jadikan sayur atau jeruk...

    ReplyDelete
  8. Dulu pernah rasa sekali. lepas tu rasa macam tekak tak boleh terima. tapi maman ni favourite mak kat kampung. biasa memang buat jeruk baru sedap katanya

    ReplyDelete
  9. pandai nye menjeruk.. jeruk ni kna gaya sedap dan tahan lama...

    ReplyDelete
  10. Masak lemak cili api daging salai dgn jeruk maman Tu pun sedap kak..
    Cubalah..
    Murah Tu RM 8.. kat sini dah sepuluh hingget 🙃

    ReplyDelete
  11. Ala.. dah lama tak makan jeruk maman. mak selalu buat dulu. anak dia ni tahu makan je. hahah.. lani dah kawen, pandai2 la buat sendiri ye kalau nak makan.

    ReplyDelete
  12. You have performed a great job on this article. It’s very precise and highly qualitative. You have even managed to make it readable and easy to read. You have some real writing talent. Thank you so much. Looking for some inspiration for your next trip? Find great vacation ideas and inspiration from Things to do with your source for the web's best reviews and travel ...

    ReplyDelete