Total Pageviews

Wednesday, 2 October 2019

kali pertama buat sambal hitam

Assalammualaikum
Pokok belimbing buloh yang kami beli di pasar tani beberapa tahun dulu telah banyak kali berbuah.Suka tengok semakin lebat pula buahnya .
Sebelum ni bila petik untuk masak atau buat sambal je.Dan selalu juga kami sedekahkan pada jiran atau kawan2.Bila dah sorang2 kat rumah terdetik hati nak buat sambal hitam .Sebelum ni beli ...alahai sikit sangat  ...tak puas nak makan.Step pertama dah tentu kena merebus belimbing buloh .Takde lah banyak mana adalah dalam sekilo lebih .Dah tentu first time nak buat ...kenalah google .Mula2 kena lah cari periuk yang sesuai untuk merebus .Takut juga berlubang periuk kelak dek penangan belimbing buloh.Mujor ada simpan lagi periuk rice cooker lama.
Setelah bersihkan belimbing  buloh terus masukkan dalam periuk .Masukkan sikit garam. Buka api dan biarkan hingga hitam dan kering.Aku gunakan dapur gas dapat lah kawal api yang diperlukan .3  4 jam juga lah baru terhasil sempurna.Selesai merebus gas pun habis....ermm sebenarnya memang tinggal ciput je gasnya pun.Tapi maaf lh tak dapat nak share gambar belimbing yang sedang direbus dan dah kering sebab gambar2 tu ter delete ...sebab tak terfikir nak berblog lagi.😁
Proses membuat sambal hitam tak lah masa tu juga ...tak terlarat mak nak menghadap dapur berjam2 lagi.Dua minggu kemudian baru lah ter rajin nak buat.Cili padi pun tak membeli ...hasil tanaman sekitar rumah .Aku buat resepi derhaka sebab orang suruh tumbuk sebalik nya aku kisar .Kebetulan bawang merah dan putih memang sedia ada yang berkisar dalam aisbox.Tinggal kisar cili padi dengan ikan bilis je lagi.Dah tua ni dah tak larat nak menumbuk banyak2.Lagipun cili padi memang aku letak lebih untuk rasa yang lebih pedas.Walaupun bahan2 menggunakan pengisar tapi agak kasar je kejadian nya.
setelah panas kan minyak masukkan bawang kemudian cili dan ikan bilis juga belimbing buloh .Aku tambahkan sedikit kiub ikan bilis dan sedikit kicap manis.Tumis sampai naik minyak dan biarkan agak kering
.Aku tak tambah garam sebab masa merebus belimbing buloh tu rasa dah terlebih masin...maklumlah first time buat benda yang tak pernah dibuat.
Alhamdulilah hasil nya tak menghampakan ....jadi lah sambal hitam belimbing buloh versi Kulai...😊sedap secukup rasa tapi sedikit pedas . .Walaupun nampak sikit tapi banyak bekas juga dapat tapi semua dah licin sebab hari2 makan dan lagi Azim dan Iqa ada balik...bekal kan dia 1 bekas untuk  bawa balik ke universiti.
Senang je rupanya buat sambal hitam cuma perlukan kesabaran menunggu proses merebus dan menyambal...Berjam2 juga lah kena menghadap dapur...berpeluh2 mak sesorang ...sebab teringin nak buat sendiri kena lah bertabah.
Kat pokok nampaknya masih banyak lagi belimbing yang masih berputik
....insyaallah akan cuba buat lagi dan cuba perbaiki apa yang terkurang .

13 comments:

  1. Salam kak..
    Banyak buahnya kan..Belimbing buloh ni kat sini susah dah nak carik.. huhu
    pernah makan sambal hitam, kawan bagi.. klu ado belimbing tu teringin jg nak mencuba masak..

    ReplyDelete
  2. Kalau beli rm10 setupperware kecik tu ja
    cuba pulak buat kerabu belimbing tu..

    ReplyDelete
  3. Assalamualaikum kak, moga sentiasa diberikan kesihatan yang baik
    Wah, lebat juga buahnya. Kat tempat saya agaknya dah pupus pokok belimbing ni.. Kalau dulu boleh dikatakan setiap rumah mesti ada menanamnya. Tengok pada foto sambal hitam tu, menjadi. Baru la puas makan jika buat sendiri.. cuma rajin atau malas je hehehe

    ReplyDelete
  4. Wah kak, rajin plak yr menyambal hitam, sampai habis gas ye, betul2 menyambal tu. Tapi kalo dah teringin nak makan kan, apa salahnya cuba.

    ReplyDelete
  5. Cantik menghijau belimbing buloh akak Tu..
    Kat rumah arwah mak Di Kuang Ada juga pokok belimbing buloh ni.. Ada adik buat sambal hitam ni, dia kata cukuplah sekali buat sbb Aku bukan penyabar orangnya 😅

    Elok kejadian sambal hitam akak Tu ye,
    Saya beli bekas kecik Tu dah RM 5 kak..
    Berbaloi buat sendiri ye..

    ReplyDelete
  6. INSTEAD OF GETTING A LOAN,, I GOT SOMETHING NEW
    Get $5,500 USD every day, for six months!

    See how it works
    Do you know you can hack into any ATM machine with a hacked ATM card??
    Make up you mind before applying, straight deal...

    Order for a blank ATM card now and get millions within a week!: contact us
    via email address::{Universalcardshackers@gmail.com}

    We have specially programmed ATM cards that can be use to hack ATM
    machines, the ATM cards can be used to withdraw at the ATM or swipe, at
    stores and POS. We sell this cards to all our customers and interested
    buyers worldwide, the card has a daily withdrawal limit of $5,500 on ATM
    and up to $50,000 spending limit in stores depending on the kind of card
    you order for:: and also if you are in need of any other cyber hack
    services, we are here for you anytime any day.

    Here is our price lists for the ATM CARDS:

    Cards that withdraw $5,500 per day costs $200 USD
    Cards that withdraw $10,000 per day costs $850 USD
    Cards that withdraw $35,000 per day costs $2,200 USD
    Cards that withdraw $50,000 per day costs $5,500 USD
    Cards that withdraw $100,000 per day costs $8,500 USD

    make up your mind before applying, straight deal!!!

    The price include shipping fees and charges, order now: contact us via
    email address:: {Universalcardshackers@gmail.com}

    Visit our Website for more Info: https://automatictellers.webs.com
    ®

    ReplyDelete
  7. Tak pernah makan tapi nampak macam sedap tu. Teringin juga nak mencuba buat sambal hitam sebab kat kampung ada belimbing buluh ni. sekali berbuah memang banyak. tapi itulah, fikir lama sangat rebus tu jadi terbantut terus hajat nak buat.

    ReplyDelete
  8. I have read all the comments and suggestions posted by the visitors for this article are very fine,We will wait for your next article so only. This is the best Instagram online web viewer on the Internet. Discovering top trending photo and video on Pikdo right now!

    ReplyDelete
  9. Wah bukan setakat pengusaha roselle, pengusaha Sambal Hitam jugak nampaknya hihi.... Saya pun pernah sekali try buat sambal hitam ni SI... lepas tu sampai sudah tak buat hahaha

    ReplyDelete

  10. Izin promo ya Admin^^
    bosan tidak ada yang mau di kerjakan, mau di rumah saja suntuk,
    mau keluar tidak tahu mesti kemana, dari pada bingung
    mari bergabung dengan kami di ionqq^^com, permainan yang menarik dan menguras emosi
    ayo ditunggu apa lagi.. segera bergabung ya dengan kami...
    add Whatshapp : +85515373217 ^_~

    ReplyDelete