Total Pageviews

Friday 4 October 2019

Jus dan jem roselle

Assalammualaikum
Sejak beberapa bulan ni aku dan suami banyak bercucuk tanam disekitar kawasan rumah untuk mengisi masa yang banyak terluang bila anak2 dah ke haluan masing2.Banyak yang telah kami tanam antaranya pokok roselle .Dapat anak benih dari seorang kawan ...Alhamdulilah membesar dengan jayanya.

Roselle ni banyak khasiatnya...info sepenuhnya boleh lah tanya encik google ya.Kami tanam ni saja suka2  tapi bila dah mengeluarkan hasil teruja melihat buah2 roselle yang merah agak banyak kat pokok.Ya pokoknya juga banyak sebab senang sangat tanamnya.Taburkan je biji benih insyaallah akan tumbuh.Lepas tu rajin2 lah menyiram dan membaja.
Dengan adanya pokok roselle ni boleh buat jus dan jem homemade.Sebelum tu kena asingkan kelopak dari bijinya dulu.
Kemudian cuci dan tapis.Untuk buat jus aku rebus roselle yang telah dileraikan tadi sehingga mendidih dan biarkan beberapa ketika.Kemudian tutup api dan biarkan sejuk .Sudah sejuk bolehlah tapis dan jus boleh dimasukkan dalam bekas untuk disimpan atau minum segera.Aku sengaja tak tambah gula dalam jus ni.Kalau sesiapa yang nak minum boleh lah masukkan gula dan tambah air putih .Bagi aku biasanya minum tanpa gula lebih baik.
Ada juga yang dijemur untuk simpan lebih lama .Bila nak minum kelak boleh lah rendam dengan air panas saja.
Untuk buat jem roselle boleh lah kisar roselle yang telah dileraikan dari biji tu.Tak payah lah halus sangat sebab roselle ni lembut kelak akan hancur juga.Aku sendiri ada yang masukkan yang tak dikisar pun tapi hasil nya sama saja.Masukkan roselle yang dikisar tadi ke dalam periuk  dan masukkan gula secukupnya

.Dalam resepi kali ini aku juga ada masukkan sedikit gula batu untuk hasil yang lebih cantek.Masak sehingga pekat dan selalu2 lah dikacau agar tak hangus dibahagian bawah.Ada resepi yang tambah kan tepung jagung untuk kepekatan tapi aku tak masukkan pun sebab nak rasa yang lebih asli .Hasil nya ok je seperti yang diinginkan
.Rasanya masam manis dan sesuai dioles pada roti atau biskut...sedap.
Biji roselle boleh lah dijemur .Setelah kering biji benih dalam tu boleh lah disemai untuk tanam semula.

Jika rajin berbakti pada tanah akan mendapat hasil nya.Begitu juga dengan kehidupan kita.

13 comments:

  1. Wah berbuah dgn subur ye kak.. banyak dpt buat jem tu..
    teringin jg nak tanam Roselle ni..tunggu pindah rumah nti.. lah ni sllu minum jus nya ja..hehe..

    ReplyDelete
  2. Oooo macam ni cara uat jus dan jem roselle erk...nampak mudah..nak cuba buat nanti..kat kampung banyak buah roselle

    ReplyDelete
  3. Seronoknya bila mengutip hasil dari usaha sendiri...seronok juga bila menikmati jus dan jem yg dibuat sendiri..terjamin bersih dan halal..

    ReplyDelete
  4. Wah kak, cer jual jem tu, buat byk2lah, sempena kempen BMF ni, dpt duit boleh belanja saya gi umrah, wahaha..kak jgn marah saya suka gurau dgn akk.
    Apapun..terrrrbaikkkk kak.

    ReplyDelete
  5. waalaikumsalam saniah, sedapnya dah lama tak buat jus roselle ni sejak mati dah benihnya dah try tanam dua kali pun lepas tu tak berapa nak menjadi pulak, AJ follow sini naa #101

    ReplyDelete
  6. Assalamualaikum kak, moga sentiasa diberikan kesihatan yang baik
    Wahh, teruja pula rasa.. jika berbudi pada tanah adalah hasilnya.. boleh dah akak jadi usahawan jem roselle.. pulak sekarang tgh giat kempen #BMF.

    ReplyDelete
  7. menariknya tengok tanaman akak ni... teringin la menanam roselle jugak

    salam kenal...

    ReplyDelete
  8. Tumpang seronok tengok hasil tanaman saniah

    ReplyDelete
  9. wah terujanya.. buat sendiri jam? woww. diorang kata roselle ni bagus untuk kulit... betul ke?

    ReplyDelete
  10. Sedapnya semua homemade. Dulu mak ada tanam dan buat jem air semua ni. Lepas tu tak tanam dah. nikmat rasa roselle ni. Sedap!

    ReplyDelete
  11. Wah tak lama lagi jadi pengusaha Rossele yg berjaya nampaknya hihi...
    Kalau dah banyak sayang pulak tak dibuat apa apa kan SI...Teringat mak mertua, arwah suka betul dengan pokok roselle ni. Sanggup mintak roselle dengan jiran cina yg tanam pokok ni...

    ReplyDelete

  12. Izin promo ya Admin^^
    bosan tidak ada yang mau di kerjakan, mau di rumah saja suntuk,
    mau keluar tidak tahu mesti kemana, dari pada bingung
    mari bergabung dengan kami di ionqq^^com, permainan yang menarik dan menguras emosi
    ayo ditunggu apa lagi.. segera bergabung ya dengan kami...
    add Whatshapp : +85515373217 ^_~

    ReplyDelete
  13. Yuk Merapat Best Betting Online Hanya Di AREATOTO
    Dalam 1 Userid Dapat Bermain Semua Permainan
    Yang Ada :
    TARUHAN BOLA - LIVE CASINO - SABUNG AYAM - TOGEL ONLINE ( Tanpa Batas Invest )
    Sekedar Nonton Bola ,
    Jika Tidak Pasang Taruhan , Mana Seru , Pasangkan Taruhan Anda Di areatoto
    Minimal Deposit Rp 20.000 Dan Withdraw Rp.50.000
    Proses Deposit Dan Withdraw ( EXPRES ) Super Cepat
    Anda Akan Di Layani Dengan Customer Service Yang Ramah
    Website Online 24Jam/Setiap Hariny

    ReplyDelete