Sejak beberapa bulan ni aku dan suami banyak bercucuk tanam disekitar kawasan rumah untuk mengisi masa yang banyak terluang bila anak2 dah ke haluan masing2.Banyak yang telah kami tanam antaranya pokok roselle .Dapat anak benih dari seorang kawan ...Alhamdulilah membesar dengan jayanya.
Dengan adanya pokok roselle ni boleh buat jus dan jem homemade.Sebelum tu kena asingkan kelopak dari bijinya dulu.
Kemudian cuci dan tapis.Untuk buat jus aku rebus roselle yang telah dileraikan tadi sehingga mendidih dan biarkan beberapa ketika.Kemudian tutup api dan biarkan sejuk .Sudah sejuk bolehlah tapis dan jus boleh dimasukkan dalam bekas untuk disimpan atau minum segera.Aku sengaja tak tambah gula dalam jus ni.Kalau sesiapa yang nak minum boleh lah masukkan gula dan tambah air putih .Bagi aku biasanya minum tanpa gula lebih baik.
Ada juga yang dijemur untuk simpan lebih lama .Bila nak minum kelak boleh lah rendam dengan air panas saja.
Untuk buat jem roselle boleh lah kisar roselle yang telah dileraikan dari biji tu.Tak payah lah halus sangat sebab roselle ni lembut kelak akan hancur juga.Aku sendiri ada yang masukkan yang tak dikisar pun tapi hasil nya sama saja.Masukkan roselle yang dikisar tadi ke dalam periuk dan masukkan gula secukupnya
.Dalam resepi kali ini aku juga ada masukkan sedikit gula batu untuk hasil yang lebih cantek.Masak sehingga pekat dan selalu2 lah dikacau agar tak hangus dibahagian bawah.Ada resepi yang tambah kan tepung jagung untuk kepekatan tapi aku tak masukkan pun sebab nak rasa yang lebih asli .Hasil nya ok je seperti yang diinginkan
.Rasanya masam manis dan sesuai dioles pada roti atau biskut...sedap.
Biji roselle boleh lah dijemur .Setelah kering biji benih dalam tu boleh lah disemai untuk tanam semula.
Wah berbuah dgn subur ye kak.. banyak dpt buat jem tu..
ReplyDeleteteringin jg nak tanam Roselle ni..tunggu pindah rumah nti.. lah ni sllu minum jus nya ja..hehe..
Oooo macam ni cara uat jus dan jem roselle erk...nampak mudah..nak cuba buat nanti..kat kampung banyak buah roselle
ReplyDeleteSeronoknya bila mengutip hasil dari usaha sendiri...seronok juga bila menikmati jus dan jem yg dibuat sendiri..terjamin bersih dan halal..
ReplyDeleteWah kak, cer jual jem tu, buat byk2lah, sempena kempen BMF ni, dpt duit boleh belanja saya gi umrah, wahaha..kak jgn marah saya suka gurau dgn akk.
ReplyDeleteApapun..terrrrbaikkkk kak.
waalaikumsalam saniah, sedapnya dah lama tak buat jus roselle ni sejak mati dah benihnya dah try tanam dua kali pun lepas tu tak berapa nak menjadi pulak, AJ follow sini naa #101
ReplyDeleteAssalamualaikum kak, moga sentiasa diberikan kesihatan yang baik
ReplyDeleteWahh, teruja pula rasa.. jika berbudi pada tanah adalah hasilnya.. boleh dah akak jadi usahawan jem roselle.. pulak sekarang tgh giat kempen #BMF.
menariknya tengok tanaman akak ni... teringin la menanam roselle jugak
ReplyDeletesalam kenal...
Tumpang seronok tengok hasil tanaman saniah
ReplyDeletewah terujanya.. buat sendiri jam? woww. diorang kata roselle ni bagus untuk kulit... betul ke?
ReplyDeleteSedapnya semua homemade. Dulu mak ada tanam dan buat jem air semua ni. Lepas tu tak tanam dah. nikmat rasa roselle ni. Sedap!
ReplyDeleteWah tak lama lagi jadi pengusaha Rossele yg berjaya nampaknya hihi...
ReplyDeleteKalau dah banyak sayang pulak tak dibuat apa apa kan SI...Teringat mak mertua, arwah suka betul dengan pokok roselle ni. Sanggup mintak roselle dengan jiran cina yg tanam pokok ni...
ReplyDeleteIzin promo ya Admin^^
bosan tidak ada yang mau di kerjakan, mau di rumah saja suntuk,
mau keluar tidak tahu mesti kemana, dari pada bingung
mari bergabung dengan kami di ionqq^^com, permainan yang menarik dan menguras emosi
ayo ditunggu apa lagi.. segera bergabung ya dengan kami...
add Whatshapp : +85515373217 ^_~
Yuk Merapat Best Betting Online Hanya Di AREATOTO
ReplyDeleteDalam 1 Userid Dapat Bermain Semua Permainan
Yang Ada :
TARUHAN BOLA - LIVE CASINO - SABUNG AYAM - TOGEL ONLINE ( Tanpa Batas Invest )
Sekedar Nonton Bola ,
Jika Tidak Pasang Taruhan , Mana Seru , Pasangkan Taruhan Anda Di areatoto
Minimal Deposit Rp 20.000 Dan Withdraw Rp.50.000
Proses Deposit Dan Withdraw ( EXPRES ) Super Cepat
Anda Akan Di Layani Dengan Customer Service Yang Ramah
Website Online 24Jam/Setiap Hariny