Total Pageviews

Tuesday, 11 June 2013

DURIAN OH DURIAN

ASSALAMMUALAIKUM....sekarang ni musim durian gugur .Tahun lepas durian nan sebatang kat belakang rumah ni tak pula berbuah tapi tahun ni adalah pula.Tidak seperti kebiasaan buah durian ni tidak busuk ,kalau tidak separuh dari buah kat atas pokok tu tak dapat nak dinikmati.Tapi kali ini alhamdulilah boleh kata setiap biji OK je.Ada tak de pun berlubang sebab ditokak sang tupai ,tak apa lah sama2 kongsi rezeki yang Allah beri.
         Sebenarnya kami ada dua pokok durian tpi bila nak buat beranda tempohari terpaksalah tebang ,takut pula bila ada angin kencang timpa rumah pula nanti.Orang kata durian kami sedap tak macam diorang beli selalu tapi kami tak pernah pun berjual durian ni.Selalunya kami agih2kan pada jiran2 dan kawan2,seronok rasanya dapat kongsi bersama mereka disamping dapat bersedekah.
          Kalau makan banyak durian pun boleh jadi penyakit juga ,jadi kami hadkan budak2 ni makan tak lebih dari 2ulas je dalam satu hari walaupun mereka hadap durian hari2.Aku dengan suami hanya makan 1  2 ulas je ,itupun masa mula2 gugur .Takut tekanan darah naik pula nanti.....walaupun cik abang ni tak ada tekanan darah tinggi tapi dia tetap berhati2.
       Kalau durian ni berlebihan aku buatlah tempoyak atau gula durian untuk disimpan .Anak sulong aku ketika ini belum balik bercuti lagi ,tak taulah sempat atau tidak dia merasa buah durian ni sebab aku bila  tengok kat atas pokok dah tak banyak .Bukan apa ,biarlah dia dapat merasa buah yang segar dari ladang,ladang lah pulak.....belakang rumah je.Tak lama lagi musim durian gugur berakhir gantilah pula rambutan ,rambutan gading juga ada kat belakang rumah....
sumber:Google Image

sumber:Google Image

Tuesday, 28 May 2013

PENGALAMAN BERKERJA

ASSALAMMUALAIKUM,
             Semalam Fateha sudah mula bekerja sementara menunggu jawapan keperingkat ijazah.Sudah hampir 3minggu dia di rumah setelah tamat Asasi.Dia kata boring  sangat tanpa melakukan aktiviti selain dari melayan internet sepanjang hari,Kawan2 dia  memang tak ramai sebab sejak dari ting 1 lagi kami dah hantar ke sekolah berasrama.
           Olehkerana dia bosan sangat aku suroh dia bekerja disamping boleh simpan duit untuk sambung belajar nanti.Kawasan perindustrian Senai tak jauh dari tempat tinggal kami jadi aku suroh kerja kilang je.,Bukannya lama pun cuma 2atau 3bulan je,walaupun ada jawatan yang lebih baik olehkerana kerja sementara  nak jadi operater pun payah....kenalah cover2 sikit.
           Alahai ,bila dia balik merungutlah pulak sakit badan....maklumlah hari pertama.Aku ingatkan dia ini semua pengalaman,mudah2an bila dah berjawatan tinggi nanti dia akan ingat semua ni.....

Saturday, 25 May 2013

PEKASAM IKAN GELAMA

Assalamualaikum....cuti sekolah pertengahan tahun sudah bermula selama 2 minggu,maka bermula lah aktiviti  aku di dapur .Selalunya bukannya tak masak cuma tidaklah pelbagai .Kalau ada anak2 ni macam2 yang disuroh masak al maklum lah tinggal di asrama terpaksa makan menu yang sama setiap minggu.Masa anak2 cuti ini lah aku selalunya mempraktik kan kebolehan aku memasak resepi2 baru.Tapi kali ini aku bukannya hendak berceritakan pasal masakan tapi nak cerita pasal pekasamTekak aku ni rasa teringin nak makan pekasam (mengalah kan orang mengidam).Dekat negeri Johor ni mana lah ada orang jual ikan pekasam tidak seperti orang kat utara sana agaknya....
Sebenarnya sudah selalu juga aku buat ikan pekasam tapi sikit2 je lah .Aku ni keturunan orang banjar jadi aku tahu juga serba sedikit  cara buat pekasam ni sebab arwah bapa selalu bagitahu cara2 membuatnya.Kalau orang banjar ikan pekasam ni disebut Wadik....Untuk lebih sempurna aku google lah cara membuatnya.Oleh kerana takada ikan air tawar aku guna ikan gelama je yang mudah dibeli dan murah lagi....
PEKASAM IKAN GELAMA
1 kg ikan gelama 
3/4 pot beras sangai 
garam kasar
asam keping secukupnya.
CARAnya
Ikan gelama dibersihkan terutama dibahagian perutnya,Kemudian masukkan dalam bekas dan diperapkan dengan garam kasar agak2 3 atau 4sudu.Biarkan semalaman dan garam yang diperap dengan ikan  tu dah serap kat ikan .Beras yang disangai dikisar hingga halus dan bancuh dengan sedikit air.Sementara itu ikan yang dah diperap semalaman tu dicuci kemudian disusun dalam bekas dengan diselangseli kan asam keping dan beras kisar yang dah dibancuh tadi.Akhir sekali masukkan air garam yang buat perap ikan tu ikutlah tahap kemasinan yang di sukai.Simpan dalam bekas yang tertutup rapat dan bolehlah digoreng 3hari kemudian.
Walaupun ikan pekasam ni ramai yang tak pandai makan terutama orang johor macam kami ni tapi anak2 aku semua gemarkan nya apatah lagi makan dengan nasi panas...Cuma si ayah je yang tidak akan menyentuh    !
beras yang di sangai

ikan gelama yang telah diperap semalaman dengan garam kasar
                                         
beras sangai yang telah dikisar

asam keping

ikan disusun dalam bekas

ditutup dalam bekas kedap udara

Wednesday, 22 May 2013

ASAM PEDAS IKAN MAYONG

Anak anak suka sangat asam pedas ikan apatah lagi kalau semua anak2 balik cuti.Azim yang tak suka makan sambal tumis pun bila nampak asam pedas berulang2lah dia makan nasi.Selalunya aku akan masak asam pedas ikan keli atau ikan mayong .Kalau ikan parang pun sedap juga tapi hubby aku ni  tak kan bagi   masak ikan yang banyak tulang....takut anak2 tercekik katanya padahal anak2 dah besar., dia yang takut  s
ebenarnya.....
Hari ini aku teringin pula nak masak asam pedas ikan mayong.....oleh kerana fateha je yang ada kat rumah aku masak sedikit je.,iman pula memang tidak akan menyentuh makanan yang pedas.Lagi pun dia memang tak suka makan nasi.Di sini aku sertakan resepi asam pedas ikan mayong cara aku ,kalau orang lain aku tak tau lah.
2 potong isi ikan mayong
20tangkai lada kering
1/2 in kunyit hidup
1/2in halia
5biji bwng kecil
2biji bwng putih
sedikit air asam jawa
sedikit daun kesum
garam
sedikit kuib ikan bilis
minyak
5biji kacang bendi

CARA2nya.
mula2 basuh ikan dengan asam jawa atau kalau ada limau kasturi lagi power utk hilangkan hanyir ikan.Lepas tu kisarlah lada kering,bawang merah,bawang putih,halia,kunyit.Panaskan sedikit minyak masukkan bahan2 kisar tu dan tumislah sampai terbit minyak....sambil2 tu kacaulah jangan sampai hangus pula nanti.Agak2 dah ok masukkanlah air kalau nk kuah pekat masukkan sedikit je .Lepas tu masukkan ikan tadi ,bancuhan air asam jawa(kalau nak ganti asam keping boleh je).Masukkan daun kesum (kalau ada bunga kantan lagi sedap),kemudian masukkan sedikit kiub ikan bilis,garam secukup rasa dan kacang bendi.Biarkan masak .....pada masakan aku hari ini aku campak kan tomato ceri yang ada dalam aisbox...dah masak pun....sedapnya!


asam pedas yang sudah selesai dimasak

Tuesday, 21 May 2013

BONDA DALAM KENANGAN 2

Tengahari ni sunyi sangat...Iman dah ke sekolah awal sebab ada kelas tasmiq.Fateha apa lagi layan internet lah...Dia kata nak bekerja sementara nak sambung degree ni,tapi tak pergi2 lagi pun cari kerja ...ntahlah dia nak tunggu kerja datang kat dia kot....
Aku nak sambung lah cerita pasal mak..sebenarnya banyak sangat mak cerita kan kisah2 hidup dia tapi aku nak cerita apa yang aku ingat aje. Masa zaman remaja mak terpaksa menoreh getah utk membantu menyara keluarga apatah lagi setelah ayahnya meninggal dunia.Zaman dahulu kalau pergi menoreh pukul 3atau 4 pagi adalah pekara biasa kerana susu getah banyak keluar.Kebun getah yang mak toreh tu jauh juga adalah dalam 2atau 3km ,lalu dalam kebun  orang lagi.Kadang2 mak berteman dan selalu juga pergi seorang diri....selalu juga dia diuji dengan bermacam2 hal,pernah juga dikejar harimau...kalau terserempak harimau bintang tu selalu sngat lah, zaman tu bintang2 tu masih banyak menghuni hutan.Emak kata satu hari tu masa dia nk pergi menoreh dalam pukul 5pagi dia pernah terjumpa dengan satu lembaga putih ,bila dia hampir je benda itu hilang....mak teruskan je pjalnn nya ke kebun.....terror betul mak aku ni,kalau lah aku di tempatnya dah lama aku cabut balik rumah.
Emak ,waktu kami kecil2 memanglah hidup susah tapi dia tak kan membiarkan kami adik beradik tak menjamah nasi walau sehari ...sedapatnya dia beriktiar.Lauk disediakan seadanya yang termampu atau mencari pucuk2 yang boleh dijadikn sayur.Kami masa tu tak memilih janji ada makanan dan perut boleh kenyang....maklumlah budak2.Anak2 sekarang ni banyak lah pulak songehnya kalau pat makan.....
Masa aku dan adik beradik lain sekolah rendah jalan di kampung masih lgi tanah merah,jadi bila musim hujan becak lah jalan.Bayangkan lah mcam mana kami nk pergi sekolah ....mak walaupun badannya kecil molek tapi sanggup mendukung kami seorang2 utk melepasi kawasan2 becak tu kerana tak mahu ank2kotor ke sekolah dan menghantar menghantar kami dengan berjalan kaki utk membawakn beg2 kami yang berat.Aku dan adik beradik lain tak pernah mendukung emak hingga keakhir hayatnya....bgitulah pengorbanan seorang ibu ....
Sebenarnya banyak kisah suka duka  emak tapi biarlah aku hentikn cerita ini setakat ini saja....biarlah menjadi cerita kami.Moga roh emak dan bapa sentiasa dicucuri rahmat....damai lah di sana...AL FATIHAH




Tuesday, 23 April 2013

BAPAKU

Assalammualaikum...dalam kesunyian ini teringat pula kepada arwah emak dengan bapa yang telah meninggalkan kami.Dalam blog kali ni teringin menulis kenangan  hari2 terakhir bersama arwah bapa.Bapa ku kembali ke Rahmahtuallah pada Okt.2008 masih dalam suasana kemeriahan hari raya aidilfitri yg ke18hari.Tahun itu tidak seperti tahun2 sebelumnya aku akan pulang ke kg pada bulan Ramadan utk mengemas rumah orangtua ku utk sambutan aidilfitri kerana tak berkesempatan.Aku sekeluarga hanya datang pada hari raya yg pertama.Tapi bapa aku tak kisah pun selalunya dia akan bergurau mengatakan emak menangis tapi kali ini tak pula dia kata gitu seperti biasa.Bapa seperti biasa aje,dia suka sngt anak2dan cucu berkunjung bersilih ganti.Bapa tak  pernah mengadu sakit dan tak duduk diam....dia suka bercucuk tanam.Anak2 pun manja sangat dengan atuknya dan tak sangka itulah raya  bersamanya.Kenangan bersama arwah bapa tak mungkin akan hilang ditelan zaman.Arwah suka sangat aku masakkn utknya bila kami sekeluarga balik kg terutama nasi ayam dan asam pedas,memang bertambah2lah dia makan.Bapa kata aku masak sedap pada selera dia dan biasanya aku tak akan hampakan keinginannya.Memangnya selera arwah bapa sama dengan selera aku yang suka sangat makann kg dan ulam2an.Bapa aku seorang yang pendiam tapi dia suka bergurau senda dengan cucu2nya....yang membuatkan anak2 aku terasa kehilangannya.Waktu itu Iman baru berusia 2th 8bulan tapi sewaktu bapa meninggal dia masih ingat lagi sampai ni.Setelah setahun dua masa berlalu pun dia selalu menyebut2 dan bertanya kenapa atuknya harus meninggal dan dia kata dia rindu sangat pada atuknya....dan nak jumpa atuk.Sebagai orngtua aku memang sebak nk jawp pertanyaan2nya tapi kalau tak jawp lagi lah banyak soalan2 lain.Malam sebelum bapa meninggal aku ada telepon ke kg dan bapa yg angkat telepon kerana mak waktu itu sedang sembayang Isyak.Sempat aku bertanya tentang kesihatannya....dia kata dia sihat aje.Aku tak menyangka suara itu adalah yang terakhir aku dengar ....kalaulah aku tahu............Pagi esoknya olehkerana cuti sabtu ahad anak2 semua ada di rumah, kami bersantai2 kat depan TV bila suamiku telepon mengatakan ada orang bagitau dia mak yang  meninggal.Tak jejak bumi ku rasakn mendengar mendapt kabar mengejut kerana malam itu aku berbual dgn mak .Olehkerana handpon aku xde kredit aku pergilah ke rumah jiranku utk pinjam telepon dan menghubungi orang2 yg ada kat kg.Bila aku telepon ke rumah mak di kampung .mak yang angkat telepon dan tentunya aku merasa lega dan aku ingatkan xde apa2 tapi mak kata bapa yang dah tiada.Sebenarnya pagi itu bapa pergi kerja seperti biasa .Mak kata dalam pukul 8 lbh dia balik sebab pening kepala dan minta panadol .Segala2nya begitu mengejut kerana bapa meninggalkan kami pada lebihkurang pukul 10 lebih tanpa seorang anak pun  disisi.Mujorlah kami adik beradik dapat bersamanya pada hari raya itu dan kami baru aje kembali ke rumah  masing2.Hanya mak aje yang ada bersama seorang pekerja Indon.Apa yang aku kesali aku tak dapat berada disisi mak dan bapaku disaat mereka menghembuskn nafas terakhir,kerana kedua2nya meninggalkan kami secara mengejut.....begitulah qada dan qadar Allah.Oklah sedih sangat nak teruskn penulisan ,cukup setakat  sini dulu.AL fateha utk mak dan bapa.


Friday, 5 April 2013

BONDAKU DALAM KENANGAN 1

 Assalamualikum, tika ini aku sendiri lagi di rumah bila Iman ke sekolah.Beginilah kehidupanku hari2 setelah emak kembali ke Rahmahtullah 3 bulan yang lalu.Dulu masa ada dia rajin berbual dan bercerita kisah2 zaman kanak2 dan remajanya.Kadang2  cerita2nya dah diulang entah berapa kali dan aku dah hafal benar apa yang berlaku .Masa kami berdua di rumah je dia rajin bercerita ,kalau ada budak2 dia tak pulak nk bercerita sangat .Biasanya semasa aku menyidai kain dia akan menjadi penglipurlara .Zaman kanak2 dan remaja emak aku penuh dengan penderitaan dan kepahitan apatah lagi hidup dlm lingkungan keluarga yang ramai dalam  sebuah rumah.Emak merupakan anak sulong dan segala tanggungjawap terpikul dibahunya,sejak dari umor 7tahun lagi ....berbagai cerita silam mak selalu cerita kan.Moga roh emak dicucuri rahmat dan ditempatkan di kalangan orang yang beriman...Amin.AL FATEHA untuk emak.