Assalammualaikum
Setiap kali anak2 ada di rumah masak untuk makan tengahhari pasti ada makanan pedas seperti asam pedas atau sambal tumis dan sambal belacan juga sekali2.Anak2 paling suka sambal minang seperti yang sahabat lama aku bagi resepi.Anak2 suka sebab tidaklah pedas sangat....kalau hendak lebih pedas tambah je cili padi lebih sikit.Biasanya anak2 balik dari asrama sambal itu yang dicari dulu untuk makan bersama nasi atau roti.
Buat sambal ni senang saja ,yang penting ada lada merah ,cili padi ,bawang merah dan bawang putih.Blender semua sekejap2 ,jangan halus sangat.Kemudian tapis sekejap.Panaskan kuali dan masukan sedikit minyak masak ,tumis lada yang sudah dikisar tadi.Masukkan sekeping asam gelugor ,garam dan sedikit kiub ikan bilis .Biarkan sehingga terbit minyak dan agak garing,boleh angkat.
Sahabat saya bagitahu boleh juga kalau hendak masukkan kacang bendi dalam sambal tadi tapi bendi jangan dipotong ,biarkan sebatang2.Apa2 pun sambal ni memang sedap apa lagi bila makan ramai2 dengan keluarga ,ada pula ulam2an ,pasti licin mangkuk sambal....Ini lah rupa sambal minang yang aku buat 2 hari yang lepas.
Total Pageviews
Monday, 13 January 2014
Saturday, 11 January 2014
melawat anak di asrama
ASSALAMMUALAIKUM
Semalam buat pertama kali melawat anak2 di asrama pada hari Jumaat.Selesai Iman dan ayahnya pulang dari solat Jumaat bergegas kami bertolak ke asrama Azim kerana dia nak outing .Kata dia kawan2 ramai yang outing.Bawa dia terus ke asrama Atiqa di JB dan makan sama2 bekalan makanan yang aku bawa untuk mereka.Aku bawakan makaroni spiral goreng,keropok goreng ,nuget dan sedikit kentang goreng.Air teh teh o panas saja.
keropok lekor dan nuget goreng
makaroni spiral goreng
keropok lekor bawa lebih sebab anak2 suka sangat ,campurkan sedikit kentang goreng
sedikit sambal tumis ikan bilis
air teh o panas

Wednesday, 8 January 2014
buah durian belanda
ASSALAMUALAIKUM
Semalam berjalan jalan disekitar rumah terpandang buah durian belanda yang sedang elok besarnya tapi bila aku pegang masih keras lagi menandakan belum sesuai untuk dipetik.Kelihatan bunga dan putik nya agak banyak,.kalau sudah masak ranum nanti tentu tidak termakan .Biasanya kalau anak2 ada di rumah mereka buat jus atau kalau tak habis juga boleh buat ais krim.,sedap dimakan bila cuaca panas.Rasa durian belanda yang masam2 manis ni enak juga dimakan segar.
Ada juga kawan2 yang hendak membeli bila dapat tahu kami ada tanam pokok durian belanda .Tapi kami tidak pernah menjual,sedekahkan saja pada yang mahu.Ada yang hendak buat ubat katanya..bagus juga bagi penghidap barah.Lagipun buah ini kaya vitamin A,B1,B2,C,niasin ,asid folik dan asid lemak.Sebenarnya pokok durian belanda ni banyak kegunaan nya utk berbagai penyakit.Selalu juga ada orang minta daun nya untuk dibuat ubat.
Pernah juga kawan dari Indon mengajar untuk goreng buah durian belanda yang masih keras seperti mengoreng keledek.Dipotong2 dan dibuang bijinya kemudian dicelup tepung dan digoreng.Tapi aku buat sekali saja sebab anak2 tak suka .Mereka suka minum jus nya saja.
buah durian belanda yang hampir ranum
buah yang masih kecil
bunga durian belanda yang dikerumuni semut kerengga
pokok durian belanda yang agak rendang

Monday, 6 January 2014
CILI JERUK
ASSALAMMUALAIKUM,
Kadangkala jika kita hendak makan mee goreng lebih sedap jika ada cili jeruk.Biasanya jeruk cili hijau kerana rasanya tidaklah pedas sangat.Tapi yang suka pedas jeruk cili padi pun lagi power.....
Olehkerana ada tanam cili padi 2 3pokok di belakang rumah,aku buatlah sedikit cili jeruk.Cili yang aku tanam tu walaupun tak banyak tapi agak lebat buahnya.Selalunya aku wakafkan juga untuk jiran2 untuk memasak.Cili jeruk ni sedap juga dimakan dengan nasi goreng yang digoreng tanpa rasa pedas.
Cara buat cili padi atau cili hijau jeruk ni senang saja.Boleh disimpan lama di petisejuk.Kalau hendak masak lauk yang gunakan cili ,gunakan saja cili yang sudah dijeruk ni,contohnya masak kicap.
Mula mula masukkan cili yang sudah dibuang tangkai nya di dalam bekas yang sesuai.Kemudian tuangkan air suam ke dalam bekas tadi.Masukkan sedikit cuka(anggaran 1 atau 2 sudu).Masukkan 2 sudu gula dan 1 sudu garam.Tutup bekas tadi ,biarkan 1 hari baru disimpan dalam petisejuk.Boleh dimakan....
cili jeruk yang hampir habis.Sunday, 5 January 2014
Buku ,Iman dan artis
ASSALAMMUALAIKUM
Ikram Dinzly sedang shooting.
Sesi persekolahan sudah bermula ,oleh kerana Iman sudah naik tahun 2 tentu banyak pelajaran baru dia belajar.Sekarang sudah gunakan sistem PBS ,aku tiada pengalaman hendak mengajar Iman di rumah seperti anak anak terdahulu.Dari abang abang dan kakak kakak dia memang aku tidak pernah menghantar kelas tambahan di luar kecuali di sekolah .Masa mereka di sekolah rendah ni aku ajarlah setakat yang aku tahu,di samping membeli buku buku rujukan dan latihan .Aku selalu suroh mereka buat latih tubi supaya ingat apa yang diajar.
Hari Jumaat lepas aku bawa Iman ke kedai buku untuk membeli buku latihan dan alat2 tulis yang masih belum cukup.Tidak disangka pula bila hendak masuk dalam kedai ,ada pula orang sedang shooting filem ke drama aku tak pasti.Walau bagaimana pun pelanggan2 kedai tu dibenarkan masuk dan beli belah macam biasa .Teruja nya Iman bila dapat tengok pelakon yang dia minat (Ikram Dinzly)ada di depan mata dia.Tapi bila disuroh ambil gambar takut pula.Bagaimanapun kami tak lama di kedai tu,takut juga mengganggu kerja2 mereka.Tapi Iman sampai balik masih teruja dan seronok sangat.
Ikram Dinzly sedang shooting.
sebahagian buku yang dibeli
CUTI
ASALAMMUALAIKUM,
HARI INI AHAD PERTAMA ANAK ANAK SEKOLAH DI HARI AHAD.MASIH BELUM BIASA DENGAN JADUAL YANG BARU.SUAMI PULA CUTI HARI AHAD ,SUKAR JUGA HENDAK MELAWAT ANAK ANAK DI ASRAMA.WALAU BAGAIMANA PUN LAMA KELAMAAN AKAN TERBIASA JUGA.SEGALA KESULITAN AKAN DAPAT DIATASI.
Thursday, 2 January 2014
Asrama dan barang barang
Bila anak anak hendak kembali ke asrama banyak barang dan buku buku hendak dibawa.Banyak beg yang diperlukan untuk mengisi barang.Bagi aku yang mempunyai dua anak yang tinggal di asrama ni lagi lah berganda barang yang hendak dihantar .Mujor juga asrama anak lelaki aku dekat ,oleh itu aku dan suami hantar dia dan barang barang pada sebelah pagi.Lepas zuhur baru lah menghantar kakak dia pula.Kalau tidak harus sewa lori kecil.....haha.Pernah pada tahun 2010 ,3 anak tinggal di asrama,memang payah hendak menghantar mereka dengan barang barang yang begitu banyak.Mujor juga ada rumah sepupu yang berdekatan dengan asrama ,tumpanglah barang barang sekejap,kemudian ambil lagi di rumah.Setiap tahun masaalah barang banyak ni biasa dah.....tahun depan lega lah sikit sebab Azim seorang je lagi yang tinggal di asrama.Tapi sudah belajar di U sama je masaalah nya ,cuma bezanya mereka atasi sendiri.
Inilah separuh barang2 yang hendak dibawa ke asrama
Subscribe to:
Posts (Atom)