Assalamualaikum
Gambar ni sebenarnya dah lama tersimpan dalam draf ...adalah sebulan agaknya. Tapi nak juga post sebab bukan selalu buat pun ...setahun payah sekali.Kami bukan pengemar buah nangka ,kalau ada yang beri berhari2 lah tersimpan dalam aisbox.Kadang kalau dah agak lama buang lah jawapnya..
Bulan lepas jiran ada beri sepotong besar nangka yang masak ranum.Memang cantek isinya dan rasanya pun agak manis....mungkin nangka madu agaknya.Aku yang teruja tu bukan isi nangka tu tapi nak ambil jeraminya untuk buat 'mandai'. Buah nya aku dah asingkan dan buangkan bijinya sekali ,simpan dalam aisbox.Anak2 masa tu semua nya ada ,dalam kata tak suka pun abis juga dimakan.
Untuk buat mandai ni buang kan kulit hijau nangka atau chempedak yang mengerutu tu kemudian potonglah kecil2.Rendamkan dalam air panas biarkan lembut..Toskan kemudian taruk garam seperti buat jeruk.Simpan ditempat bekas kedap udara.Biarkan beberapa hari dah boleh digoreng..Ini cara aku lah seperti yang diberitahu orang tua2 dulu.Mandai ni orang banjar je ( aku ni kata je anak banjar ,tapi sebelum2 ni tak pandai pun )yang pandai buat sebenarnya tapi sekarang ramai yang dah boleh membuat nya.Tak lah membazir kulit nangka dan cempedak dibuang begitu saja.Menjadi juadah yang enak untuk hidangan apatah lagi dengan nasi panas.Sedappp....tak percaya cubalah.
Cara masaknya senang saja seperti juga goreng ikan pekasam..Hiriskan bawang putih,bawang merah,cili merah/ cili padi dan ikan bilis.Tumis bahan2 tu kemudian masukkan mandai ...tumis lagi sehingga agak2 garing.Tak perlulah tambah garam kerana mandai dah masin.
Mandai yang dijeruk tu kalau agak2 masin sangat basuh lah sikit baru digoreng kalau tak mau tekanan darah mencanak naik.
Masa zaman kerja dulu ada sorang kakak tu bawa bekal sambal sardin yang dicampur mandai....ermm aku sendiri tak pernah rasa.Tapi memang rare kan ....kata budak2 sekarang.
Apapun bukan selalu makan mandai ,kalau ada cempedak /nangka ,kalau teringin nak makan merajinkan diri untuk membuat.....untuk anak tekak sendiri .Suami memang tak lah...isteri nya je kalau boleh kayu dengan batu pun nak dilahap....hihii.