Total Pageviews

Tuesday, 26 November 2013

ASSALAMMUALAIKUM,
Hari ini nak cerita pasal temu pauh..Kata orang kalau berbudi pada tanah akan dapat hasilnya .Aku dan suami suka bercucuk tanam kalau ada masa lapang.Banyak juga pokok2 herba kami tanam ,disamping sayur2an yang mudah dijaga.Berbalik cerita pasal temu pauh ,semalam teringin pula hendak berulam kan temu pauh.Ambil cangkul korek isi nya ,banyak juga aku dapat tapi aku ambil yang muda2 je.....sedap dibuat ulam.
Temu pauh ni rupanya macam kunyit , daun nya pun seperti daun kunyit.Tapi isi nya putih tak seperti kunyit. .Sangat senang ditanam dan tak perlu penjagaan rapi.Temupauh juga dikenali sebagai temu mangga sebab baunya macam bau mangga.Banyak khasiat temu pauh ni anataranya anti kanser,menggurangkan kolesterol atau darah tinggi,mengurangkan stress dan banyak lagi tapi yang penting kalau rajin makan ulam temu pauh ni boleh  AWET MUDA.
Kawan aku pernah cerita ,setiap kali adik dia hendak bersalin ,emaknya sudah siapkan jeruk temupauh.Tapi aku xpernah pun buat walaupun kat sekeliling rumah aku ni banyak tanam temupauh.


                                                      Inilah temu pauh yang ku ambil

Wednesday, 30 October 2013

JAMBU BOL

ASSALAMMUALAIKUM,
sekarang ni  hari hujan hampir setiap hari,tak dapat nak lihat pokok2 dekat belakang rumah.Semalam masa hujan masih turun renyai2 aku meluangkan masa ke belakang.Tengok je buah jambu bol dah mula ranum.Nasib baik ada galah jadi aku teruslh jolok buah2 yang dah mula nmpak kemerahan.Kalau dibiarkan ia akan gugur sendiri juga tapi buahnya dah xelok.Masa ni pun dah banyak bertaburan kat bawah pokok..Buah ni kalau dah masak manis juga rasanya,boleh juga cicah dengan kicap .Aku tanam pokok ni bersama suami kira2 10th lalu,sekarang ni dapat juga anak2 merasa.Sekarang buah jambu bol ni payah nak dapat ,sebab xramai yang tanam lagi.



Inilah buah jambu bol yang aku ambil.....sedap !


iiiiiiiiiiiiiiiiii

Saturday, 26 October 2013

Assalammualaikum
Hari ini masak nasi serai dengan lauk ayam masak merah.Kawan aku yang bagi resepi.Tapi dia bagi lauk daging masak kicap,bila aku jengah peti sejuk yang ada cuma ayam je ,jadi aku ubah je lah lauknya dengan stok yang ada.nak pergi kedai malas sangat.ini lah nasi serai dengan ayam masak merah ku.


resepi nasi serai
2 batang serai
1biji bawang besar
kedua2nya dikisar dan ditumis,masukkn beras dan air secukupnya.Masak macam biasa ,dah boleh hidang.

Tuesday, 11 June 2013

DURIAN OH DURIAN

ASSALAMMUALAIKUM....sekarang ni musim durian gugur .Tahun lepas durian nan sebatang kat belakang rumah ni tak pula berbuah tapi tahun ni adalah pula.Tidak seperti kebiasaan buah durian ni tidak busuk ,kalau tidak separuh dari buah kat atas pokok tu tak dapat nak dinikmati.Tapi kali ini alhamdulilah boleh kata setiap biji OK je.Ada tak de pun berlubang sebab ditokak sang tupai ,tak apa lah sama2 kongsi rezeki yang Allah beri.
         Sebenarnya kami ada dua pokok durian tpi bila nak buat beranda tempohari terpaksalah tebang ,takut pula bila ada angin kencang timpa rumah pula nanti.Orang kata durian kami sedap tak macam diorang beli selalu tapi kami tak pernah pun berjual durian ni.Selalunya kami agih2kan pada jiran2 dan kawan2,seronok rasanya dapat kongsi bersama mereka disamping dapat bersedekah.
          Kalau makan banyak durian pun boleh jadi penyakit juga ,jadi kami hadkan budak2 ni makan tak lebih dari 2ulas je dalam satu hari walaupun mereka hadap durian hari2.Aku dengan suami hanya makan 1  2 ulas je ,itupun masa mula2 gugur .Takut tekanan darah naik pula nanti.....walaupun cik abang ni tak ada tekanan darah tinggi tapi dia tetap berhati2.
       Kalau durian ni berlebihan aku buatlah tempoyak atau gula durian untuk disimpan .Anak sulong aku ketika ini belum balik bercuti lagi ,tak taulah sempat atau tidak dia merasa buah durian ni sebab aku bila  tengok kat atas pokok dah tak banyak .Bukan apa ,biarlah dia dapat merasa buah yang segar dari ladang,ladang lah pulak.....belakang rumah je.Tak lama lagi musim durian gugur berakhir gantilah pula rambutan ,rambutan gading juga ada kat belakang rumah....
sumber:Google Image

sumber:Google Image

Tuesday, 28 May 2013

PENGALAMAN BERKERJA

ASSALAMMUALAIKUM,
             Semalam Fateha sudah mula bekerja sementara menunggu jawapan keperingkat ijazah.Sudah hampir 3minggu dia di rumah setelah tamat Asasi.Dia kata boring  sangat tanpa melakukan aktiviti selain dari melayan internet sepanjang hari,Kawan2 dia  memang tak ramai sebab sejak dari ting 1 lagi kami dah hantar ke sekolah berasrama.
           Olehkerana dia bosan sangat aku suroh dia bekerja disamping boleh simpan duit untuk sambung belajar nanti.Kawasan perindustrian Senai tak jauh dari tempat tinggal kami jadi aku suroh kerja kilang je.,Bukannya lama pun cuma 2atau 3bulan je,walaupun ada jawatan yang lebih baik olehkerana kerja sementara  nak jadi operater pun payah....kenalah cover2 sikit.
           Alahai ,bila dia balik merungutlah pulak sakit badan....maklumlah hari pertama.Aku ingatkan dia ini semua pengalaman,mudah2an bila dah berjawatan tinggi nanti dia akan ingat semua ni.....

Saturday, 25 May 2013

PEKASAM IKAN GELAMA

Assalamualaikum....cuti sekolah pertengahan tahun sudah bermula selama 2 minggu,maka bermula lah aktiviti  aku di dapur .Selalunya bukannya tak masak cuma tidaklah pelbagai .Kalau ada anak2 ni macam2 yang disuroh masak al maklum lah tinggal di asrama terpaksa makan menu yang sama setiap minggu.Masa anak2 cuti ini lah aku selalunya mempraktik kan kebolehan aku memasak resepi2 baru.Tapi kali ini aku bukannya hendak berceritakan pasal masakan tapi nak cerita pasal pekasamTekak aku ni rasa teringin nak makan pekasam (mengalah kan orang mengidam).Dekat negeri Johor ni mana lah ada orang jual ikan pekasam tidak seperti orang kat utara sana agaknya....
Sebenarnya sudah selalu juga aku buat ikan pekasam tapi sikit2 je lah .Aku ni keturunan orang banjar jadi aku tahu juga serba sedikit  cara buat pekasam ni sebab arwah bapa selalu bagitahu cara2 membuatnya.Kalau orang banjar ikan pekasam ni disebut Wadik....Untuk lebih sempurna aku google lah cara membuatnya.Oleh kerana takada ikan air tawar aku guna ikan gelama je yang mudah dibeli dan murah lagi....
PEKASAM IKAN GELAMA
1 kg ikan gelama 
3/4 pot beras sangai 
garam kasar
asam keping secukupnya.
CARAnya
Ikan gelama dibersihkan terutama dibahagian perutnya,Kemudian masukkan dalam bekas dan diperapkan dengan garam kasar agak2 3 atau 4sudu.Biarkan semalaman dan garam yang diperap dengan ikan  tu dah serap kat ikan .Beras yang disangai dikisar hingga halus dan bancuh dengan sedikit air.Sementara itu ikan yang dah diperap semalaman tu dicuci kemudian disusun dalam bekas dengan diselangseli kan asam keping dan beras kisar yang dah dibancuh tadi.Akhir sekali masukkan air garam yang buat perap ikan tu ikutlah tahap kemasinan yang di sukai.Simpan dalam bekas yang tertutup rapat dan bolehlah digoreng 3hari kemudian.
Walaupun ikan pekasam ni ramai yang tak pandai makan terutama orang johor macam kami ni tapi anak2 aku semua gemarkan nya apatah lagi makan dengan nasi panas...Cuma si ayah je yang tidak akan menyentuh    !
beras yang di sangai

ikan gelama yang telah diperap semalaman dengan garam kasar
                                         
beras sangai yang telah dikisar

asam keping

ikan disusun dalam bekas

ditutup dalam bekas kedap udara

Wednesday, 22 May 2013

ASAM PEDAS IKAN MAYONG

Anak anak suka sangat asam pedas ikan apatah lagi kalau semua anak2 balik cuti.Azim yang tak suka makan sambal tumis pun bila nampak asam pedas berulang2lah dia makan nasi.Selalunya aku akan masak asam pedas ikan keli atau ikan mayong .Kalau ikan parang pun sedap juga tapi hubby aku ni  tak kan bagi   masak ikan yang banyak tulang....takut anak2 tercekik katanya padahal anak2 dah besar., dia yang takut  s
ebenarnya.....
Hari ini aku teringin pula nak masak asam pedas ikan mayong.....oleh kerana fateha je yang ada kat rumah aku masak sedikit je.,iman pula memang tidak akan menyentuh makanan yang pedas.Lagi pun dia memang tak suka makan nasi.Di sini aku sertakan resepi asam pedas ikan mayong cara aku ,kalau orang lain aku tak tau lah.
2 potong isi ikan mayong
20tangkai lada kering
1/2 in kunyit hidup
1/2in halia
5biji bwng kecil
2biji bwng putih
sedikit air asam jawa
sedikit daun kesum
garam
sedikit kuib ikan bilis
minyak
5biji kacang bendi

CARA2nya.
mula2 basuh ikan dengan asam jawa atau kalau ada limau kasturi lagi power utk hilangkan hanyir ikan.Lepas tu kisarlah lada kering,bawang merah,bawang putih,halia,kunyit.Panaskan sedikit minyak masukkan bahan2 kisar tu dan tumislah sampai terbit minyak....sambil2 tu kacaulah jangan sampai hangus pula nanti.Agak2 dah ok masukkanlah air kalau nk kuah pekat masukkan sedikit je .Lepas tu masukkan ikan tadi ,bancuhan air asam jawa(kalau nak ganti asam keping boleh je).Masukkan daun kesum (kalau ada bunga kantan lagi sedap),kemudian masukkan sedikit kiub ikan bilis,garam secukup rasa dan kacang bendi.Biarkan masak .....pada masakan aku hari ini aku campak kan tomato ceri yang ada dalam aisbox...dah masak pun....sedapnya!


asam pedas yang sudah selesai dimasak