Selesai sudah kenduri kesyukuran untuk Iman pada Jumaat lepas... .Alhamdulillah tetamu melebihi dari yang dijangka.Seronok melihat sorang sorang tetamu melangkah masuk Seperti biasa majlis dimulakan dengan zikir munajat dan diakhiri zikir taubat nasuha.
Seperti yang dah dirancang kami
Semasa majlis tak sempat nak snap gambar dek kerana terlalu sibuk....lagipun henpon aku pun tak tau mana letak nya .Cuma Fateha masa menghidang ambil peluang amik beberapa gambar lauk walaupun gambar agak gelap ...
Seperti biasalah menu untuk nasi ambeng: ayam kicap,serunding,sambal goreng jawa,sambal udang,kerabu pucuk ubi/tauge,kacang panjang tumis ikan kering bulu ayam.
Sebagai adat tanda kesyukuran buatkan juga pulut kuning berlaukkan kari ayam.
Memang kepenatan amat bila kena masak sendiri tapi satu kepuasan bila melihat mereka suka apa yang kita masak....Alhamdulillah.
Awal pagi baru selesaikan periuk belanga yang dah menunggu untuk disental...yang penting bahagi2 kerja dengan anak2 ,baru kerja jadi ringan...
Budak berkhatan tu pulak sibuk mengira pulus yang dia dapat ....sukanya dia hilang dah rasa sakit....

















