Pagi Ahad yang agak sibuk , Fateha dengan abangnya nak balik U selepas seminggu cuti. ..katanya nak balik awal pagi ,khuatir jem diperjalanan kelak.Harini juga ada majlis anugerah cemerlang di sekolah Iman.
Lepas suboh je dah kena menyediakan bekal utk yang berdua tu...alakadar je tak sempat nak masak bagai ,yang penting nasi putih mesti ada...kesian takut mereka tak sempat ke cafe haritu.
Dalam aku bersiap untuk ke sekolah Iman sempat juga Fateha masak speggati untuk sarapan dengan menu ringkas sos speggati yang sedia ada ditambah sosej dan cendawan butang.Cukuplah untuk alas perut sampai mereka tiba nanti.
Lepas mereka bertolak aku pun bergegas ke sekolah.Walaupun tak lah lewat sangat tapi semua kerusi dah penuh kenalah berdiri sekejap tunggu kerusi2 lain dibawa turun ke dewan .
Hanya dapat snap gambar Iman di kejauhan berbaris menunggu giliran naik pentas.Ketika berbaris ni juga hujan turun agak lebat......maklumlah dewan terbuka.Masa kat pentas pun tak sempat nak snap bila tengok ramai ibu2 muda agak berpusu2 ke depan nak mengabadi kan kenangan anak2 mereka.Aku ibu tua ni taklah begitu teruja ....dah banyak pengalaman lalui.Nak gambar juga kena lah tunggu cikgu share kat FB.
Seperti biasa lah dapat piala ni dengan sijil....menambah koleksi sedia ada.
Sana-sini sekolah dah mula buat majlis penyampaian hadian ni SI
ReplyDeleteTahniah buat Iman..
Alah sedihnya saniah... terpaksa mengalah dengan ibu-ibu muda ya... Tahniah buat Iman...
ReplyDeleteTahniah buat Iman.
ReplyDeleteCuti nak bermula tulah banyak sekolah yang buat penyampaian anugerah.
Tahniah Iman...pandainye dia belajar rajin2 lagi tau lepas ni...anak2 dara akak dah bole di harap kalau akak tak sempat mereka bole masak sendir...ni diorang dah abis cuti mesti akak sunyi kan...nasib ada si kecik Iman tu bole gak jadi penghibur hati...
ReplyDeleteIbu tua ke....isssh idak le he he. Tahniah pada Iman dan ibunya juga ya..
ReplyDeletetua ke Saniah?? kaknoor lgi tua ni hahaha
ReplyDeletebiasa lah ibu muda lebih teruja sbb diaorang bru jd ibu kot
ohh anak2 dah balik U ye kak...sunyi semula lah ni ye... huhu..
ReplyDeleteTahniah Iman ensem... tmpt kedua tu... :)
tahniah iman..kuatkan usaha lagi untuk tahun depan
ReplyDeleteTahniah Iman..
ReplyDeleteSekarng ni minggu kecemerlangan pelajar kan kak..
Anak saya hari sabtu ni baru diadakan..
Nak cuti sekolah..
Tahniah buat Iman... Bukan saja penyampaian hadiah ...harini juga keputusan UPSR...dah tentu lebih meriah untuk minggu akhir persekolahan tahun ini..
ReplyDeleteTahniah buat Iman... Bukan saja penyampaian hadiah ...harini juga keputusan UPSR...dah tentu lebih meriah untuk minggu akhir persekolahan tahun ini..
ReplyDeleteTahniah Iman...bertambah lagi koleksi kan kak.
ReplyDeleteAlhamdulillah..ibu2 sekarang memang macam tu..excited..bolehlah diabadikan gambar tu dalam blog masing2 nanti..hihihi
Tahniah imann. Hehe
ReplyDeletetahniah iman., minggu lepas banyak yg buat konvo dan anugerah
ReplyDeleteTahniah Iman.....moga terus kekal cemerlang.
ReplyDeleteOkje tumpang seronok, jadilah SI huhu.....