Total Pageviews

Tuesday, 3 November 2015

Jalan2 ke Rengit

Assalamualaikum
Iqa kata sempena ulangtahun kelahiran dia tak mau apa2 cuma nak pinta ayahnya bawa jalan2.Bila ayah nya cadang kan ke Aeon makan2 tak mahu pulak.Katanya nak ke Rengit boleh jalan2 makan2 di sana.
Sebenarnya dia benak hati aku pun rindu sangat dengan daerah kelahiran aku itu.Suka sangat perasaan aku bila iqa nak ke sana.Betul2 tak singgah rumah sesiapa ,tiba di pekan Rengit pun dah hampir asar.Kata Iqa kita singgah kubor atuk nak tak tapi  cuaca ketika itu dah mendung ,sekadar melihat dari kejauhan saja ....
Suami aku berhentikan kereta di tepi jalan dan mengajak kami duduk sekejap kat wakaf ditengah sungai ni.Aku ni jenis orang yang gayat amat ,walaupun terpaksa mengikut kehendak budak2 ,tak mampu aku bertahan...apatah lagi melihat pagar nya ada yg dah tertanggal.Dah terlampau gayat tak boleh nak duduk selesa ,terbongkok2 aku menahan wlpun digelak mereka tapi ikut saja aku yg mahu segera beredar.
Sebelum nak ronda2 pekan Rengit ni singgah sekejap di masjid untuk solat asar.Aku dengan Iqa tunggu dalam kereta ...sambil melihat2 pada mereka2 yang turun naik dari masjid.Walaupun ini kampung ku tapi tak sorang pun dapat aku kenali.Masa bapak aku meninggal 2008 masjid ini dalam pembinaan ,tak sempat bapak merasa bersolat di masjid ini.
Sempat lah aku snap pejabat pos Rengit ni masa singgah kedai roti yang wujud sejak dulu lagi walaupun ditempat yang berbeza..biasanya kalau hari Jumaat depan ni ada pasar minggu ,memang sesak lah tempat ni.Pejabat pos ni banyak kenangan pada aku ,masa baru belajar menyimpan duit guna setem ,sini lah tempat bermulanya...
di hadapan sana sekolah menengah rendah kebangsaan Rengit tempat aku belajar hingga tingkatan 3'disini.Kini ditukar nama Sek.Men Permata Jaya.
Kami teruskan meronda ,pusing sana pusing sini ...singgah sekejap di kedai yang ada jualan murah tapi tak beli apapun sekadar melihat je.
Nak cari kedai makan yang sedap pun tak tau kat mana .Yang agak menonjol kat Rengit ni KFC dengan kedai mamak.
Lepas singgah isi minyak kat shell hujan dah mula turun .Akhirnya dek kerana dah lapar singgah di kedai makan yang berhampiran.Walaupun pada aku begitu meyelerakan tapi pada anak2 dengan suami tak begitu memenuhi selera mereka tapi habis juga semangkuk..
Dah penat ronda2 Rengit kami meneruskan perjalanan balik kerana hari pun semakin petang ,hujan juga masih tak berenti lagi.Dalam perjalanan singgah pasar malam Parit Markom ,hasrat hati nak cari sayur kampung tapi tak banyak pulak pilihan.Aku beli 2 ikat pucuk paku merah dengan seikat petai je...lebihnya beli makanan je untuk dibuat kudapan dalam perjalanan.
Iqa ,walaupun kehendak dia untuk jalan2 keRengit tapi seolah2 seperti mengimbau kembali kenanganku di pekan kampung aku ini.Kini pekan cowboy satu ketika dulu sudah semakin membangun.






10 comments:

  1. Sekaligus mengimbas memori ye kak bila ke Pekan Rengit ni...pasti nya byk nostalgia... sdh banyak pembangunan yg berlaku... teringin nk singgah sana jg nti bila ada rezeki.... :)

    ReplyDelete
  2. Saya penah gak jejak ke rengit kak....dari pontian jalan lurus dan bertemu tangki air bentuk UFO kat persimpangan benut tu...kikiki...kadangvkalau ke rengit sebab nak beli kepek2 di azhar food atau memang saje nak jalan kat tempat barang terpakai...selalu pegi tak penah yg membeli saje jalan2 cuci mata...cantik2 jugak perabut yg dah di baiki dan di gilap semula...harga pon bole tahan mahal jugak kan....pandai Iqa pilih hadiah ibunye pon bole tumpang sekali...tempat jatuh lagikan di kenang....

    ReplyDelete
  3. suami saya selalu sebut/ cerita pasal pekan Rengit ni..
    dia keje kat sana sekarang..

    ReplyDelete
  4. Kak..semua tempat dalam gambar ni tempat yang selalu yan pi..sekarang khamis oetang lagi meriah kak..

    Kak lain kali balik rengit rojer2 lah..leh jumpa

    ReplyDelete
  5. Tak pernahlah sampai Rengit ..... nampak mcm besar jugak ye bandarnya SI.

    Memang seronok bila balik kampung sendiri sambil mengimbau kenangan lama. Teringat sangat kat Pejabat Pos tu mesti teringat hantar surat cinta kat abg hihi....

    ReplyDelete
  6. Tenang jer tengok gambor tu....rasa nak duduk di kampung sahaja....

    ReplyDelete
  7. tak pernah smp rengit ni..first time tahuu

    ReplyDelete
  8. Kak Zai belum pernah ke Rengit. Banyaklah ingatan memory lama. Kebanyakkan bandar memang sudah membangun tidak macam dulu2 lagi.

    ReplyDelete
  9. Asalam..San..wah menarik pasti ada yang menarik di sana kan...yg pasti kita dapat melihat keindahan alam

    ReplyDelete
  10. rindunya dengan rengit ... dah 2 thn saya tak menjenguknya . di sekolah itu juga saya belajar hingga tkt 3 ... p/s : kg saya bkn kat jln jaya diri . saya dok nun dekat sebelah dalam dekat dgn masjid kg parit tengah ...

    ReplyDelete