Total Pageviews

Monday, 9 November 2015

bila anak2 cuti.

Assalamualaikum
Selamat bercuti pada yang dah mula bercuti sempena deepavali....budak2 sekolah juga,dapat cuti agak panjang juga...bagi yang dah pekse cam Iman ni memang enjoy beno tapi pada anak2 diluar sana yang masih SPM tentu masih belum dapat relax.
Seminggu ni anak2 semua ada kat rumah...masing2 cuti ,Walaupun semua ada di rumah suasana seperti biasa saja...kalau riuh pun suara Iman dengan Iqa je yang lebih....Bila dah ramai2 begini dapur pun tak pernah kering...anak2 ulangalik ke dapur cari makanan utk di kunyah.Mujorlah Fateha dah suka bab2 memasak ni ,dapatlah aku rehat sikit...kalau tidak alamat bersilatlah jawabnya.
Hari pertama mereka balik dah tentu kainbaju setimbun kena basuh...nak2 yang sulong tu duk mengangkut baju kotor satu bagasi...dah rupa kedai dobi bila jemur diampaian.
     Masa nak menyidai sempat Iman berangan ...kepunyaan abangnya .Ceminmata aku pun dirembatnya!
Masa balik haritu ada suprise dari Fateha .
Kek aiskrim untuk Iqa dan ayahnya walaupun bezday Iqa dah pun berlalu 1 Nov lepas ,ayahnya pulak 13hb nanti....haha aku pun dah lupa 13hb tu.Kek yang sedap walaupun takde rupa yang cantek...rasanya sedap apatah lagi bila semua anak2 ada ....sekali hadap je .
Walaupun takde hari istimewa untuk aku Fateha beli kan sehelai blouse ,dah pun aku pakai ....mujor tak jadi 'sarung nangka 'lagi,kalau tak pasti merajuk seperti tak hargai pemberian dia....ialah takde sapa suroh pun beli tanpa empunya diri.!


12 comments:

  1. iman ni memang tau aunty ingatkan doktor hensem mana la tadi...hehehe...anak2 saya pon mula cuti hari ni sampai khamis nanti kak jumaat sekolah cam biasa balik...kak long je yg cuti cam tak cuti sebab hari2 pon ada kelas...separuh soalan spm dah pon selamat dijawab...tinggal separuh lagi tapi kertas yg hujung2 ni semua yg susah2 belaka...bagosnye fateha sentiasa ingat dengan keluarga sayang saya takde ada lelaki beso kalau tak memang saya kenen2 kan dengan fateha...

    ReplyDelete
  2. Bila semua ada di rumah, hati kita memang gembiranya lain. Sembang pun panjang. Ada saja cerita sesama yg mahu disembangkan.

    ReplyDelete
  3. Bila semua dah berkumpul meriah sakanlah rumah. Mak pun tak menang tangan buat kerja.

    ReplyDelete
  4. bila anak balik bercuti , mesin baju pun tak berehat

    ReplyDelete
  5. Seronok bila anak2 ada dirumahkan kak.. boleh akak rehat sbb dah ada tukang masak..

    ReplyDelete
  6. Assalamualaikum kak,
    Bila berkumpul beramai-ramai sangat meriah dan menyeronokkan, banyak cerita-cerita yang diupdate. Saya juga merasakan demikian tatkala anak-anak pulang dari asrama.....

    ReplyDelete
  7. Saya pun x lepaskan peluang ambil cuti.. Anak dah abis periksa akhir tahun jadi bolehlah jalan2, makan-makan dan tengok movie..

    Seronok anak akak dapat berkumpul di rumah.. :-)

    ReplyDelete
  8. Ingat budak pompuan si Iman tu hihi....
    Dah gaya mcm nak membedah orang jer Iman....haha...

    Tak sunyilah SI sekarang nikan sebab anak anak semua berkumpul. Pompuan ni lain sikit kot SI. Caringnya dengan family lebih....untung SI dapat anak yg menghargai cenggitu.
    Iman sure paling suka kek aiskrim tukan SI...

    ReplyDelete
  9. Kalau dah berkumpul semua. Rumah pasti akan meriah..kan!

    ReplyDelete
  10. bila cuti sekolah , memasak mmg 2 kali ganda . my kakak je semlm dah but mee dan hari ini buat lak roti ... nak senang kerja , my kakak selalunya masak brunch sekali . jadinya relax sikit . tapi atas meja mkn mmg byk mknn lah ...

    ReplyDelete
  11. Mesti hari2 sanish fikir nak masak apa kan. Kalau anak2 kumpul seronok kita sebagai ibu walau pun rasa penat.

    ReplyDelete
  12. sesekali berkumpul memang bestkan kak..tapi bila masing2 dah pulang...rindu bertandang lagi..huhu

    ReplyDelete