Total Pageviews

Thursday, 12 November 2015

xtvt dapur

Asallamualaikum
Bila anak2 semua ada kat rumah dah tentunya xtvt kat dapur pun agak meriah...pendek kata api dapur pun tak boleh nak rehat...seminggu ni tugas Fateha lah sementara cuti .

Beberapa hari yang lepas bersarapan dengan ubi rebus..sukanya budak2 ni makan  sehingga kan makan tengahhari pun dengan ubi.Aku yang menjamah seketul dua buat sarapan pun dah masuk angin sampai ke malam.
Juga sarapan beberapa hari lepas laksa goreng ,untuk Iman mee goreng tentunya tak pedas.

Untuk minum petang semalam roti pizza  tapi yang dalam PA ni hanya tinggal baki ...kurang bahan ,sebelum tu tak sempat nak snap gambar dah licin tak sampai beberapa minit pun.

Sambil buatkan adik2'roti pizza sempat juga Fateha buat cheese cake kukus....tak tahu nak mendeko di bubuhnya susu manis ,ditaburnya milo krunch...hahaaa apa saja lah nak oii janji sedap.
Iman lagi lah disurohnya Fateha buboh buah lokam kat kek tu...katanya kan merah  rupa macam ceri....ada ke patut.
Pada yang tak kenal buah lokam ...ni lah rupanya ....rasanya masammm,ada biji2 halus didalam nya.Aku memang ada tanam pokok ni ,ambil benih dari kampung...saja tanam utk anak kenal pokok2.

12 comments:

  1. asalamualaikum kak...bila hari cuti..memang gitulah kak..ada je benda yang nak dimasaknya..

    ReplyDelete
  2. seronok lah kak bila ada anak sekali masak2...hehe..sedap2 plak tu..
    nak cuba laksa goreng tu nti kak.. :)

    ReplyDelete
  3. Meriah lah dapur akak ye..
    Terliur saya tengok ubi rebus dengan sambal bilis tu kak..
    Tapi tu lah bila makan anginnya smpi ke malam hihihi

    ReplyDelete
  4. Walaupun ubi rebus... tapi sedap saniah!

    ReplyDelete
  5. Kalau dah kata perempuan mesti ada perasaan nak ke dapur SI
    Cuma kita jgn complaint. Cakap aje sedap mesti senyum punya...

    ReplyDelete
  6. lama tak makan buah lokam..dulu saya selalu makan sebab ada makcik kat sini rumah nya di kampung ada pokok ni.bila dia balik kampung mesti dia hantar sikit kat saya..tapi makcik tu dah tak de..sejak tu tak makan la..kalau makan ni sampai luka2 lidah..heheh

    ReplyDelete
  7. Meriah rumah bila anak2 akak sume ada...rajin pulak tu Fateha masak macam2 juadah...ubi memang mendatangkan angin dalam badan kan kak saya pon kekadang terasa jugak tapi bila dah hadap tak bole nak benti makan pulak...terus lupe diri...kikikiki...memula saya ingatkan yg merah2 tu tomato rupenye buah lokam...hehehe

    ReplyDelete
  8. Sedapnya ubi rebus makan dengan sambal tumis.
    Pandai Fateha masak rajin pulak tu.

    ReplyDelete
  9. Kiranya rehatlah seminggu ni yeh SI....Untung ada anak dara yg rajin masak tau!

    Ya Allah SI...sedapnya ubi rebus tu. Saya dah order dgn anak sedara. Esok saya nak balik kampung. Kebetulan dia baru cuba cuba jual ubi rebus ni. Satu pek 4 ringgit. Nampaknya sambutan memberangsangkan....Tak sabo nak makan SI. Dah lama mengidam hihi.....



    ReplyDelete
  10. Sis, boleh semai kan x benih pokok lokam? Saya nak beli..

    ReplyDelete
  11. Sis, boleh semai kan x benih pokok lokam? Saya nak beli..

    ReplyDelete