Total Pageviews

Sunday, 9 November 2014

cuaca dan asap

ASSALAMMUALAIKUM

sejak petang semalam cuaca tak menentu....sepanjang malam hujan turun sesekali lebat dan adakalanya renyai2 .Awal pagi ni di atas sana awan hitam masih kelihatan walaupun hingga saat ini belum ada titis2 hujan.Iman ke sekolah sesi pagi harini kerana ada sukan olahraga .Dengan cuaca begini tak tahu bagaimana acara itu berlangsung.Yang pasti balik nanti tentunya kasut sekolah tak tau rupa apa dah....
Walaupun tidak tinggal di bandar2 besar seperti teman2 blogger ...namun udara yang sepatutnya segar selepas hujan malam tak sesegar yang diharap .Pencemaran dari kilang yang hampir dengan rumah dan asap2 lori yang berbaris depan kilang ni dah cukup menyesakkan dada.Rasanya duduk berkurung dalam rumah lagi selesa....cuaca sejuk seperti ini kalau mahu boleh tarik GEBO..sambung tidur....tapi itu bukan aku ,banyak lagi kerja nak buat.

3 comments:

  1. Tempat kakak pun samalah SI. Semalam malam menjelang org nak tahajjud itulah hujan selebat-lebatnya. Tapi pagi dah tak hujan walaupun agak gelap. Kakak masih boleh jogging lagi tau pagi semalam. Anak pergi sekolah, abang pergi kerja kakak joging hihi... best juga sebab redup aje rasa..

    ReplyDelete
  2. kampung pun udara tak sesegar dulu kan kak...saya yang duduk sekangkang kera dari kl ni lagilah tak boleh bernafas..huhu

    ReplyDelete
  3. Itu fenomena biasa zaman sekarang SI .....kalau nak merasa udara segar agaknya kemana kita nak lari yek.....hihi
    Sesekali terkeluar jugak bahasa orang Johor ye...gebo simpan dalam gerobok hihi

    ReplyDelete