ASSALAMMUALAIKUM
Ahad lepas menjengah Iqa di asrama walau hari persekolahan....untuk mengurangkan stres di saat hadapi exam ni.Katanya nak outing bersama 2 lagi kawan ,ada yang nak pergi bank ,ada yang nak beli barang sikit untuk bekalan di asrama hingga awal bulan ni....cam biasalah ayahnya jadi driver....sumbat je anak gadis 3 orang dalam kereta ...tak lah macam sardin sangat pun walau Iman ada menyelit ...badan masing2 kecil je .Bila balik dari tempat tujuan ...katanya tak mahu balik cepat ..tension asyik menghadap buku...Cadang aku pada si ayah bawa saja pusing2 bandar Johor Bahru sekejap ,walaupun kami berhasrat nak balik cepat tapi kesian pula tengok budak2 ni...Singgah lah sekejap di tepi laut untuk mereka tenangkan fikiran.Nak ke Dangga Bay pun bukan ada pe pun banyak sedang dalam pembinaan semula.Pantai Lido yang satu ketika dulu begitu gah pun dah berubah ....air laut pun dah nun ke tengah bila sudah ditambak untuk pembangunan yang lebih moden.
Seronok melihat Iqa dan kawan2 bersantai sebentar ....tak lama lagi mereka akan terpisah...setelah habis exam nanti masing2 dah mengikut hala tuju sendiri.Teringat ketika aku sebayanya terpisah terus dengan kawan2 setelah abis sekolah ,hanya bertemu semula setelah lebih 20 tahun itupun sekadar di alam maya.Moga persahabatan mereka kekal hingga ke jannah...
Selain dari doa ibubapa kena bagi moral support.In shaa Allah Iqa boleh buat yang terbaik. Good luck to her.
ReplyDeleteZaman kita SI....kalau berpisah dengan kengkawan mmg berpisah terus. Nasiblah ada FB bolehlah jugak berjumpa 20 tahun lepas tu....zaman sekarang ni senang sangat nak jumpa balik, macam macam media sosial ada.....hp pun dah jadi mainan depa la ni
ReplyDeleteLega anak2 dapat melepaskan stress sebentar kan kak saniah.. damai jer melihat laut tu..
ReplyDeletelega jugak dapat santai sebelum bertungkus lumus jawab exam nanti
ReplyDeleteBerkat doa dan sokongan ibu bapa InsyaAllah dipermudahkan segala urusan...
ReplyDeleteSemoga Iqa berjaya dunia akhirat...aamiin..
sokongan dari keluarga juga menolong kan..
ReplyDelete