Total Pageviews

Wednesday, 19 November 2014

hati ayah

ASSALAMMUALAIKUM
salam hari rabu
bila buka tv dengar MHI perkatakan HARI LELAKI sedunia hari ini....kali pertama aku dengar .Apa pun lelaki yang istimewa dalam hidup aku dah pun berlalu ke tempat kerja Lelaki bujang ku usai solat subuh tarik selimut menyambung mimpi...si bujang kecil masih lagi demam walaupun ada sambutan hari kanak2 disekolah nya hari ini...
13hb November ulangtahun kelahiran lelaki istimewa ku.Suami ku tak pernah kisah pun hari tersebut baginya hanya hari2 biasa yang menambah kan lagi usia yang semakin senja.Tapi bagi anak2 cukup bermakna ....sejak dari malam sebelum pun ada dah wish kat ayah mereka melalui sms.Petang tu si ayah balik agak lewat kerana masaalah ditempat kerja ...Iqa telefon aku kata nak cakap dengan ayah je ...aku bagitau ayah belum balik ...telefon lah ayah sendiri.Tertanya2 juga kenapa hanya dengan ayahnya saja ....
Bila ayahnya balik aku tanya apahal dengan Iqa....Takde apa katanya cuma nak ucap selamat  je dan nak bagi hadiah dia nanti....siap menyanyikan lagu Selamat Hari Jadi ...si ayah review balik apa yang Iqa nyanyikan.....Hihiii lawak anak dara aku sorang ni tau...tapi aku tau hati kecil ayahnya terharu tapi biasalah lelaki ego tak mahu tunjukkan...
Bagitau suami nak masak yang special sikit....atau makan2 di luar je(.ialah kena minta keizinan walaupun aku menteri kewangan kat rumah ni tapi sumber2 dari saku suami.)....tak payahlah katanya .Aku kata ialah nanti anak2 semua balik baru kita masak2 bagai....itulah yang terbuku dihati rupanya bila diluahkan padaku....ialah nanti kita makan sedap2 anak2 ntah makan apa lah di sana ....ialah tu sebenarnya aku pun mempunyai perasaan yang sama .... anak2 sentiasa dihati apatah lagi bila mengadap hidangan  ....apakah perasaan anak2 seperti kita?

3 comments:

  1. Selamat hari lahir buat suami saniah.
    Syukur anak2 tak pernah lupa hari istimewa ayah mereka.

    ReplyDelete
  2. Begitulah hati insan bernama ayah dan tak jauh bezanya dgn ibu juga sebenarnya. Sama macam hubby kakak juga anak-anak aje yg beria-ia wish itu ini tapi dia agaknya lupa hari lahirnya. Kita ni perempuan lain sikit kan, dlm hati nak juga buat yg lebih special tapi biasanya anak-anak akan jadi keutamaan bila ada sesuatu ingin diraikan.. mahu bersama semuanya kalau boleh seperti suami SI kata tu...

    ReplyDelete
  3. Hepy bezday buat insan istimewa dalam hidup SI tu....
    Lebih kurang sama rupanya dengan Anniversary OKje.

    Ingatan anak anak dengan emak bapak biasanya kurang sikit daripada ibu bapak dengan anak SI hihi...so redho ajelah hihi

    ReplyDelete