Total Pageviews

Tuesday 11 November 2014

Outing

ASSALAMMUALAIKUM
Ahad lepas menjengah Iqa di asrama walau hari persekolahan....untuk mengurangkan stres  di saat hadapi exam ni.Katanya nak outing bersama 2 lagi kawan ,ada yang nak pergi bank ,ada yang nak beli barang sikit untuk bekalan di asrama hingga awal bulan ni....cam biasalah ayahnya jadi driver....sumbat je anak gadis 3 orang dalam kereta ...tak lah macam sardin sangat pun walau Iman ada menyelit ...badan masing2 kecil je .Bila balik dari tempat tujuan ...katanya tak mahu balik cepat ..tension asyik menghadap buku...Cadang aku pada si ayah bawa saja pusing2 bandar Johor Bahru sekejap ,walaupun kami berhasrat nak balik cepat tapi kesian pula tengok budak2 ni...Singgah lah sekejap di tepi laut untuk mereka tenangkan fikiran.Nak ke Dangga Bay pun bukan ada pe pun banyak sedang dalam pembinaan semula.Pantai Lido yang satu ketika dulu begitu gah pun dah berubah ....air laut pun dah nun ke tengah bila sudah ditambak untuk pembangunan yang lebih moden.
Seronok melihat Iqa dan kawan2  bersantai sebentar ....tak lama lagi mereka akan terpisah...setelah habis exam nanti masing2 dah mengikut  hala tuju sendiri.Teringat ketika aku sebayanya terpisah terus dengan kawan2 setelah abis sekolah ,hanya bertemu semula setelah lebih 20 tahun itupun sekadar di alam maya.Moga persahabatan mereka kekal hingga ke jannah...

6 comments:

  1. Selain dari doa ibubapa kena bagi moral support.In shaa Allah Iqa boleh buat yang terbaik. Good luck to her.

    ReplyDelete
  2. Zaman kita SI....kalau berpisah dengan kengkawan mmg berpisah terus. Nasiblah ada FB bolehlah jugak berjumpa 20 tahun lepas tu....zaman sekarang ni senang sangat nak jumpa balik, macam macam media sosial ada.....hp pun dah jadi mainan depa la ni

    ReplyDelete
  3. Lega anak2 dapat melepaskan stress sebentar kan kak saniah.. damai jer melihat laut tu..

    ReplyDelete
  4. lega jugak dapat santai sebelum bertungkus lumus jawab exam nanti

    ReplyDelete
  5. Berkat doa dan sokongan ibu bapa InsyaAllah dipermudahkan segala urusan...

    Semoga Iqa berjaya dunia akhirat...aamiin..

    ReplyDelete
  6. sokongan dari keluarga juga menolong kan..

    ReplyDelete