Assalammualaikum
salam selasa yang suram.
Pagi ini awan hitam masih pekat menyelubungi daerah kediaman kami .2 hari cuaca agak cerah tanpa hujan .Namun pagi ini mendung yang memberi erti hujan bakal turun bila2 masa .Walaupun kami tak khuatir masaalah banjir di sini namun hati kecil sentiasa memikirkan saudara2 kita yang menghadapi saat getir terlibat dalam banjir terutama di Pantai Timur sana .Untuk memulakan kembali kehidupan ,ada yang terpaksa bermula dari kosong ....bertabah lah wahai sahabat2 dan saudara2 dengan ujian Nya.
Lebihkurang pukul 2.30 pagi tadi angin agak kencang di daerah kami walaupun tanpa disertai hujan Rumah tertutup rapat namun desiran angin yang agak kuat menjadikan kami terjaga dari tidur yang lena.Gusar memikirkan sesuatu tak diingini berlaku.Cuaca yang sememangnya sejak petang agak suram ,dinginnya menusuk ke tulang hitam .
Pukul 3 lebih Iman mengetuk pintu bilek ....kami dah tahu dengan perangai nya yang begitu penakut bila angin agak kuat. Kami biarkan dia tidur di bilek kami .Iqa juga turut terjaga dan beralih tidur di ruangtamu ...Dalam keadaan berangin ni sempat juga aku berbual dengan suami.Bagaimana agaknya keadaan nelayan di laut ketika keadaan seperti ini ..aku bertanya ...sampai ke situ fikiran ku melayang jauh .
Angin mula reda ketika hampir jam 6 pagi....walaupun sebelum tu aku sempat zzzzzz kerana terlalu mengantuk .Si ayah yang tak kembali tidur terus bersiap awal untuk pergi kerja .
sedih kan Saniah bila tengok gambar dan berita dari kawan2 yang terlibat banjir..memang tak boleh dah tahan kesedihan seiap hari kesian sangat.
ReplyDeleteKat tempat bunda ni..harini baru nampak matahari, walaupun hujan tak lebat dan takder banjir...tapi 2 3 hari lepas hujan jer memanjang..
ReplyDeleteSamalah tempat kakak rasanya dalam pukul 2:30 pagi tu dah mula dah angin kuat sebab masa tu kakak sedang tahajjud. Pagi ini kakak pergi kerja pun ada gerimis sikit tapi tak ada hujan. Sekarang di luar pejabat mendung tak lama turunlah hujan kakak rasa...
ReplyDeletekat tempat saya pagi mendung,, petang hujan,, kain baju bertimbun-timbun tunggu giliran ampaian yang penuh..
ReplyDeleteTempat kak zai pun cuaca sentiasa mendung. Kadang2 ada sekejap matahari lepas tu pasti hujan akan turun.
ReplyDeletehari ini tempat KY ada matahari..sempatlah kering kain baju semua.harap esok mentari menyinar lagi..banyak lagi baju yg perlu di dobi..
ReplyDeleteTak perasan pulak ada angin kencang malam tu SI....sah sahlah okje tidur mati agaknya hihi...ke kawasan sini tak kena laluan angin.....
ReplyDeleteYelah..... betul jugak tu, kesian nelayan ek.... bersambung nyawa demi sesuap nasi!