Assalammualaiikum
salam Khamis
Habatus sauda (jintan hitam) itulah yang kakak aku beri sewaktu dia datang ke rumah tempohari sebagai satu ikhtiar untuk masaalah fibroid yang aku alami ini .Disamping ubat2 yang dibekalkan dari hospital aku telan juga lah habatussauda ni.Lagipun aku tahu banyak kebaikan dan khasiatnya...apatah lagi ia makanan sunnah Rasullah s.a.w.Baginda pernah bersabda "sesungguhnya habatus sauda adalah penyembuh segala penyakit kecuali penyakit sham.Ditanya apa itu penyakit sham?.Beliau berkata sham ada kematian (Riwayat Al Bukhari dan Muslim).Sebelum ini aku hanya tau nama dan khasiatnya tapi tak pernah tau bagaimana rupa.Kakak pun bawakan habatus sauda ni dalam bentuk kapsul ...nak tengok rupanya kena lah jengah cik google ..
Dalam menanti hari temujanji dengan doktor pakar di hospital kerajaan memang mengambil masa dan menanti giliran .Giliran temujanji aku hanya pada Januari nanti.buat masa ni aku sehat saja tapi agak menjejaskan ibadahku dengan masaalah seperti kebanyakan pesakit fibroid hadapi.Untuk ke hospital swasta rasanya tak perlu dengan tanggungan suami dah cukup berat dengan anak2 yang masih belajar.Apatah lagi tahun depan Iqa akan menyusul kakak dan abangnya.Sebagai isteri dan ibu rasanya keutamaan mereka lebih penting dari diri sendiri...
ikhtiar tu penting kan saniah..ada kawan acik baru2 ni update kat fb..fibroid dia 3cm hilang terus katanya..sejak doktor kata ada..dia minum kopi dari jamu ratu malaya tu katanya..tak sangka bila dr.buat pemeriksaan minggu lepas...hampir tak ada lansung lagi..syukur sangat dia..
ReplyDeleteterimakasih acik...satu lagi info utk ikhtiar sya disamping ubat2 moden .
DeleteKena banyak google lagi SI mencari alternatif sambil makan ubat yg dibekalkan. Masa utk appointment masih jauh lagi tu. Kakak doakan moga ujian ini sementara aje. Teruskan usaha selagi mampu.
ReplyDeleteSedih pulak kakak baca N3 ini tak tahulah kenapa. Mungkin sebab kita sama-sama perempuan kan..
Kak zai doakan semoga saniah kuat dan tabah. In shaa Allah dipermudahkan. Semua penyakit ada ubatnya cuma kena berusaha lebih sedikit.
ReplyDeleteSalam, begitulah yang pernah bunda dengar pun...abbatus sauda ni memang banyak khasiatnya.
ReplyDeleteBunda pernah tengok dan diberi sedikit oleh mak saudara semasa balik dari kerja haji bebrrapa tahun dulu.
Kita ikhtiarlah sebaik mungkin, setiap penyakit ada penyembuhnya kecuali mati...Allahuakbar..
SI, pak mertua okje ada jantung, kencing manis dan darah tinggi. Sejak dia amalkan habbatussauda dengan madu ni darah dia ok....kolestrol ok, kencing manis terkawal....Alhamdulilah....
ReplyDeleteMoga SI pun begitu jugak yer....