Total Pageviews

Thursday, 25 December 2014

bila banjir

Assalammualaikum
hari ini tentu ramai yang bercuti sempena Hari Krismis.....tapi dalam musim tengkujuh seperti ini rasanya tak elok lah ke tepi2 laut ....agak merbahaya.Kasihan kan pada mangsa2 banjir terutama di pantai2 timur sana....bukan saja barang2 yang musnah malah ada juga rumah juga di hanyutkan air.Bagi pelajar2 yang nak memulakan sekolah awal tahun ni tentunya tak sama dengan persiapan anak2 kita yang tak mengalami banjir di sini.
Awal pagi ni melihat MHI katanya kemungkinan gelombang banjir akan melanda Johor pula selepas ini.Walaupun kawasan tempat tinggal kami tak terjejas tapi hati sentiasa bimbang bila tunggak keluarga kami terpaksa melalui jalan2 yang selalu terjejas setiap hari untuk pergi balik kerja.
Cuaca pagi ini pun walaupun dah pukul 8 pagi tapi agak gelap dilindungi awan hitam tanda2 akan hujan .Rasanya bagi budak2 yang masih cuti sekolah ni seronok menyambung tidur dalam cuaca sejuk ni .Tapi Iman ni kalau dah bangun suboh susah lah dia nak tidur semula  ...ada saja je yang dibuatnya mengacau orang.
satu ketika dulu anak saudara aku ditugaskan di negeri Terengganu sementara suaminya pula bekerja di Shah Alam .Biasanya si suami akan pulang ke Tgganu setiap 2 minggu sekali untuk menemui anak isteri.Tapi bila dah banjir seperti ini terpisah lah mereka agak lama..anak2 pun masih kecil2 ketika itu....alhamdulilah sekarang mereka dah tukar kerja di Johor .
Bila cerita pat banjir ni teringat masa budak2 kat kampung dulu.Sepanjang pengetahuan aku banjir di kampung dulu tak lah seteruk sekarang ni .Di halaman rumah aku pun selalu juga banjir dek kerana parit tersumbat tapi paling dalam pun setakat paras lutut.Bila arwah bapa korek parit air akan kering yang tinggal becak sana sini....Masa budak2 seronok main air banjir ...tak kisah pun kotoran2 yang ada pada air banjir tu.....tapi kalau la ni mau aku naik angin bila anak2 main air rupa ni....hihiii.
Apa pun kita doakan untuk mangsa2 banjir agar dugaan ini akan cepat berakhir...mungkin ada hikmah disebalik musibah ini.
.

3 comments:

  1. Amin, inshaAllah dipermudahkan, memang cuaca sejuk sekaeang. moga keadaan kembali normal.

    ReplyDelete
  2. Syukur ditempat kita tidak dilanda banjir. Bagi mangsa2 banjir diharap tabah dengan ujian ini.

    ReplyDelete
  3. Rumah kakak okje kat Yong Peng pernah kena banjir gini SI.... mmg habislah harta benda, gitulah Allah nak mengujikan... sekelip mata habis segalanya

    ReplyDelete