Total Pageviews

Wednesday, 3 December 2014

penatnya berkemas /membongkar

Assalammualaikum....
semoga kawan2 diberi kesihatan yang baik
Aktiviti aku hari ini meneruskan kerja2 mengemas dan memilih barang yang tak diperlukan lagi untuk dibuang atau dikitar semula.Semalam juga sudah bertimbun2 kertas2 dan buku2 yang telah diasingkan....dengan anak2 yang 5 orang ni sudah cukup banyak buku2 yang terkumpul walaupun telah banyak yang dibuang ,dibakar dan dikitar semula.Tambah menyulitkan lagi bila pembeli barang kitar semula tak mahu mengambil barang2 kertas katanya ...tak tau lagi mana nk aku letakkan buku2 yang banyak ni.
Kami bercadang nak baikpulih dan ubahsuai rumah akhir bulan ni ,itu yang terpaksa bongkar segala khazanah .....hmmm kalau tak buat sedikit demi sedikit memang penat amat jadinya....tapi aku ada pembantu yang amat suka bab angkat mengangkat ,alih mengalih ni....Iman ni kalau tak buat kerja2 ni dengan dia boleh merajuk...ntah apa yang dia suka sangat agaknya kerja2 memenatkan ni...
Bila dah buat kerja2 membongkar ni....banyak lah terjumpa hartakarun (ialah tu) ...ialah aku ni tinggal dengan arwah mertua banyak barang2 dan kertas2 antik yang jumpa...itu yang Iman suka sangat nak mengetahui...antaranya setem ni....dah berusia 30tahun dah....

7 comments:

  1. saniah..acik pun teringin nak betulkan bilik air..dapur..pun sama..tapi malasnya bila fikir..nak kemas semula..rumah berhabuk bagai tu..

    ReplyDelete
  2. KY pun baru 3 tahun duduk rumah ni berhabuk sana sini..huh

    ReplyDelete
  3. Salam kak Saniah...atie cdg nak kms bilik stor tu..nak simpan buku2 anak2 yg dah tak pakai.Ingat nak bg kat sepupu anak2 yg masih bersekolah..

    ReplyDelete
  4. Hubby kak zai pun hari ini mengemas stor bawah tangga. Memang banyak harta karun yang dijumpai. Buku2 anak dah lama kak zai buang dan ada setengahnya bagi pada kawan mereka.

    Kak zai bercadang juga nak membesarkan dapur tapi bila kenangkan banyak kerja yang akan dilakukan posponelah dulu lagi pun orang kat rumah ni tinggal berdua aje.

    ReplyDelete
  5. SI setem tu kalau tak ada yg mahu jgn buang. Kakak nak setem itu:)

    Rumah kakak masing-masing kena kemas sendiri SI sebab kakak tak mahu nanti ada yg mencari apa dikatakan ada sentimental value - biasa budak perempuan kan so biar mereka pilih/kemas sendiri..

    Tempat kakak ada lori pusing-pusing beli barang re-cycle termasuk kertas, plastik, besi, bateri buruk semua ada SI.

    ReplyDelete
  6. Eh.....peliknya Iman ni....sebab rajin hihi....anak okje nak rajin gitu entah bila SI...
    Wah SI..... raya tahun depan nampaknya raya rumah banglolah kita hihi.....

    ReplyDelete
    Replies
    1. Teringat kad raya zaman dulu kalau tak gam sampulnya baru 10 sen ke 20 sen... betul tak SI

      Delete