Total Pageviews

Thursday, 29 January 2015

dimanakah dia?

Assalammualaikum
salam Khamis
Dah hampir seminggu  aku tak nampak lagi kelibat JJ....biasanya walaupun tak lagi bermalam di rumah dia akan pulang waktu subuh untuk makan.Kini dah tiada lagi ...dimanakah dia kini ...aku risau sangat dan mungkin aku rinduuuu juga.Sejak kecil dia sentiasa bersama aku ,peneman aku dikala keseorangan di rumah.Walau ada yang lain aku masih terasa kehilangannya ....
JJ seekor kucing yang tak cerewet tentang makan ,apa saja diberi semua boleh ngap...sebab tu badannya agak montel dari yang lain .Agak pendiam ,susah nak dengar dia mengiau,juga agak penakut walaupun dengan anak2 yang sekali2 balik cuti...mulalah dia menyorok.Mungkin juga ini salah satu sebab kehilangannya kerana bunyi ketukan dan  berbagai2 dari pekerja tukang rumah ni menakutkan dia .
JJ tak berani nak bermanja dengan oranglain kecuali aku dan Iman .Bila aku duduk dia  suka mengesel2kan kepalanya pada kaki aku tapi bila ada kaki lain yang menadah jangan harap akan dilayan...kadang2 anak2 cemburu dengan tingkah JJ yang begitu manja dengan aku.Juga menjadi peneman waktu aku menyidai kain seharian ....bila aku mandi ditunggunya di pintu bilek air ,tapi kini dah tiada lagi....di mana kah kau JJ?....makan kah dia?kena dera kah dia? ....berbagai kemungkinan terbayang dimindaku...

6 comments:

  1. Assalamualaikum SI, seperti emak mencari kucingnya jugak, ketuk pintu jiran bertanya, bila balik rumah penuh luka2 di badan, bergaduh.

    ReplyDelete
  2. Mungkin JJ tinggal dirumah jiran yang memberi dia makan, nanti baliklah dia tu. Kucing pun tahu rindu dengan tuan dia.

    ReplyDelete
  3. nanti balik la jj tu Saniah..sebab bunyi bising tu agaknya JJ keluar sekejap

    ReplyDelete
  4. ntahlah bp,kak zai,acik....rasanya mungkin tak kan jumpa lagi JJ ....huhuuu sedih sangat.

    ReplyDelete
  5. merajuk agaknya..nanti baliklah JJ tu..

    ReplyDelete
  6. Macamana agaknya si JJ ni ye SI....Warna apa bulu dia SI? Tulah....walaupun kadangkala bukan secara langsung belanya tp bila dah manja, rasa sayang tu datangkan....

    Nape bama dia JJ? Mesi Iman yg bagi nama ni hihi

    ReplyDelete