Assalammualaikum
Selamat datang 2015....moga hadirmu memberi sinar yang lebih baik di kehidupan kami.Kami akan merinduimu 2014...(ayat jiwang lah pulak...hihiii)
Cuti akhir tahun yang panjang hampir berakhir walaupun bakal disambung lagi seminggu akibat musibah banjir di seluruh negara.Budak Iman ni dah tak sabar2 nak sekolah ....bukan pe pun saja nak nak pakai keperluan sekolah serba baru dia .Lagi pun dah boring agaknya duk rumah lama dah tak jumpa kawan2 sekolah dia.Hasrat nak bawa mereka cuti2 malaysia pun tak dapat nak tunaikan bila banyak sangat aral yang melintang dan kesihatan yang tak mengizinkan .
30 December si ayah kerja setengah hari .Aku cadang nak beli alat tulis untuk budak 2 ni...walaupun keperluan lain dah selesai....tinggal 2 org yang masih bersekolah ni tak lah bercelaru sangat otak aku.Sambil itu nak bank in sedikit wang untuk Fateha.Pelawa budak ber3 ni ikut sama .Azim dan Iqa laju je terus bersiap ....pantang dipelawa!.Iman pula terkulat2 meragam sambil mulut memprotes ...katanya tak mahu pergi sebab dekat je....Iman nak jalan jauh2.Setelah dipujuk untuk ke Aeon barulah nak bersiap walaupun duk dalam kereta hanya menyepikan diri.
Setelah selesai urusan walaupun tak beli lagi alat2 tulis ,suami suarakan cadangan bawa mereka makan2 kat Kukup .Aku ikut je ,makan punya pasal... walaupun budak2 ni tertanya nak ke mana.Setelah bagitau barulah suara Iman kembali riuhkan suasana..
Dah agak lama juga kami tak ke Kukup ni walaupun bermastautin di negeri Johor,tercari2 juga lah kedai makan mana nak dituju.Tempat parking kereta .memang ada disediakan walaupun tak memuaskan hati...mungkin hak persendirian agaknya...bila masuk je kat tpt parking dah ada yang sedia menunggu dgn resit di tangan ...RM 3 katanya untuk 2 jam tak boleh 1jam Bayar je lah perut pun dah lapar.
Makan pun ikut selera Iman ,dia yang memilih menu walaupun kurang memenuhi selera kami.....tak ada pedas ...ikan siakap kukus.ketam goreng kunyit dan udang goreng butter.Selesai makan katanya tak mau balik terus nak jalan2 lagi.
OK kita pergi tempat jauh sangat ke penghujung benua Asia ....jauhhhh tu....Tapi Kakzakie tentu dah biasa ke sini kan.... Seronok Iman ...tiba pun disambut kawan2 nya yang ramai menunggu dengan bagai ragam ada yang mengendung anak kecil .tapi sekadar tengok dlm kereta je ...takutttt
.Mungkin kami salah hari berkunjung ke sini kerana 2 hari sebelum tu ada Festival Air Pasang Besar....katanya bagai acara diadakan.
Si ayah kata kita sewa chalet untuk rasa suasana laut malam hari....dah lah pergi tak merancang dengan sehelai sepinggang ,tak mau lah.Ada juga saudara sebelah suami yang tinggal di pekan Serkat ,tak jauh dari persimpangan ke Tanjung Piai...pun kami tak sempat nak singgah ...dah petang sangat dah...
.
layankan jelah ek, iman nak berjalan sebelum naik sekolah kan..hehe.selamat tahun baru kak!
ReplyDeleteDah tentu itu kampung kakak hihi... kalau SI perasan sebelah kiri yg berdepan dgn kukup golf resort masa menghalan ke kukup tu kan ada jalan masuk. Itulah kampung kakak. Kakak pun lama juga tak dpt peluang balik sebab abang sibuk dgn projek dia yg tak siap-siap. Minggu ni dia di Kelantan.
ReplyDeleteTapi kakak/abang kakak ada balik sebab bapak tinggal sendiri.
Iman tak takut monyet yg banyak ke? Kalau lewat petang laaaagi banyak monyet kan. Kena berhati-hati kalau ada pegang makanan..
Selamat tahun baru 2015 kak saniah...
ReplyDeleteBila tak dirancang rasa macam tk selesa pulak bercuti kan kak... tak pe nanti plan lagi :)
Kak zai pun pernah nengunjungi tempat ini, makan sea food. Masa kak zai pergi dah lama challet kat situ pun tak berapa selesa.
ReplyDeleteDah namanya anak bongsu yer SI, mmg diikutkan aje.....hihi....
ReplyDeleteNape tak tambah pepahat sambal ke SI.....barulah sedap kalau makan sampai berpeluh peluh...