Total Pageviews

Friday, 23 January 2015

tak selesa

ASSALAMMUALAIKUM
salam Jumaat
moga rakan2 blogger diberi kesihatan yang baik hendaknya.
Hampir 60% rumah kami sedang dibina semula sekarang ni Mujor cuaca begitu baik ,kerja2 pembinaan dapat  berjalan lancar cuma kesian dengan pekerja2 yang terpaksa menahan terik panas mentari .Tapi aku  kagum dengan semangat pendatang2 asing yang begitu tekun berkerja tanpa curi tulang atau berbual2 ...walaupun tanpa pantauan pakcik (warga malaysia ) selaku ketua mereka.Jika tiada halangan cuaca insya Allah  sebulan sudah siap rumah kami ni apatah lagi mereka tak pernah pun bercuti sejak ni.
 Kucing2 kat rumah ni semua bagai menghilangkan diri ketika orang sedang buat kerja.Mungkin takut dengan bunyi mesin2 dan ketukan2 yang kuat.Apa yang menyedihkan aku si Jay Jay yang begitu manja dengan aku dan Iman terus tak mahu lagi bermalam di rumah ...kalau ada balik pun awal pagi untuk minta makanan ...itupun masa orang belum memulakan kerja.Bulunya putihnya dah comot seperti kucing jalanan rupa nya sekarang,...
                                  inilah jay jay satu ketika dulu
Bukan saja kucing2 yang trauma ,aku yang duk kat rumah ni pun kadang2 stress ....bila suami kerja aku yang jadi tempat rujukan mereka untuk bertanya....terasa bagai pengurus projek lah pulak ....soal kewangan juga suami serahkan pada aku.Rasanya nak berehat waktu siang memang tak boleh apatah lagi dengan keadaan rumah yang berhabuk dan tak selesa sekarang ni.Pak cik tu ada cadangkan untuk menyewa rumah lain tapi lagi lah menyukarkan Iman nak ke sekolah dan tentunya risau nak meninggalkan barang2 dengan keadaan rumah yang begini.Nampaknya kena lah bersabar untuk keselesaan dikemudian hari....


5 comments:

  1. Tapi kalau cara mereka bekerja yg tak berhenti kakak rasa sebulan dua aje siap ni SI. Raya tahun ini mesti dah boleh hias cantik. Cadang nak sewa rumah lain kalau kakak pun tak selesa. Biar macam mana pun rumah sendiri juga yg selesa, cuma setiap hari lepas pekerja balik kenalah membersih sikit utk keluarga...

    ReplyDelete
  2. Kak zai pernah alami situasi sebegini. Memang tak selesa, habuk dimerata tempat. Tak boleh nak buat apa2 sesuka hati sebab pekerja ada dalam rumah.

    ReplyDelete
  3. tu sebab acik nya projek tertangguh tu saniah..dah la rumah acik tepi jalan

    ReplyDelete
  4. KY pun pernah alami suasana mcmtu SI. Stress nya Allah saja yg tahu. dahlah berkongsi tandas, tak boleh keluar rumah, nak lepak2 baring pun segan. setiap mlm sebelum tidor kene mengemop dulu..huhu

    ReplyDelete
  5. Ikut selesa mmglah tak selesa kan. Mesti tak sabar tunggu rumah siapkan SI.....tak sabar nak menghiaslah tu hihi....

    Janji berapa bulan siapnya tu ?

    ReplyDelete