Total Pageviews

Wednesday, 14 January 2015

semakin sehat

Assalammualaikum
Terima kasih kepada sahabat2 blogger Acik Erna ,Nur Hayati,,Ruzana Ibs,,juga Kak zaitun yang doakan kesihatan yang baik untuk ku...terharu membaca komen2 kalian...anda memang insan yang baik hati.Dibandingkan kalian aku bukan lah sesiapa hanya seorang suri rumah biasa ...kebanggaanku hanya keluarga .
Alhamdulilah terasa bertambah sehat dari sehari kesehari ...makan juga bertambah2 selera ...apatah lagi pihak hospital bekalkan banyak pil2 vitamin ....sengaja aku tak terus mengambilnya ....huhuuu boleh obesiti pulak aku dibuatnya nanti ....Part ubat lain budak Iqa ni lagi tegas dari jururawat kat sepital tu ...tiap waktu dipantaunya ,celik mata je diberikan ubat  ....kadang aku rasa aku macam dah tak perlukan ubat lagi ketika ini...rasanya dah sehat kut....tapi tak boleh nak mengelat dengan Iqa ni...
Budak2 pun dah mula bersekolah sekarang ni ...Iman dah pun tahun 3 ,takde masaalah nak memulakan persekolahan.Sekolah agama dekat dengan rumah ,bila aku suroh si kakak hantar dia pada hari pertama pun tak mahu katanya malu dah besar pun nak kena hantar....
Sekarang tinggal Azim yang masih duk asrama ...taklah kelamkabut seperti tahun2 sebelumnya nak hantar ke asrama2 yang berasingan.Rasanya awal tahun ni agak relax lah aku dan si ayah dalam menguruskan hal2 sekolah.Tapi pertengahan tahun kelak si ayah pasti bertambah pening bila Iqa. bakal meneruskan pengajian....dengan Fateha dan si abang juga masih belajar....perbelanjaan untuk pelajaran mereka juga tentunya makin bertambah.
Moga 2015 ni membawa kebaikan kepada keluarga ku dan kawan2 blogger sekelian...

10 comments:

  1. Syukurlah moga terus bertambah sihat dgn pemantauan Iqa tu. Anak-anak dah kian membesar masing-masing dah tahu tanggung-jawabnya. Kita doakan yg terbaik buat semua

    ReplyDelete
  2. Syukur alhamdulillah ... kak saniah dah semakin sihat.. semoga terus menjaga kesihatan ye kak :)

    ReplyDelete
  3. Alhamdulillah semoga saniah bertambah sihat. Jangan takut makan vitamin kerana itu makanan tambahan bukan ubat.Take care.

    Anak2 yang sedang nembesar memang memerlukan perbelanjaan yang banyak. Tapi ingatlah itu satu pelaburan. In shaa Allah satu hari nanti ianya akan membuahkan hasil.

    ReplyDelete
  4. Alhamdulilah......lega okje dengar bila SI dah makin sihat.... Hari tu dah singgah blog SI guna laptop, tp bila bukak tak boleh nak komen pulak.... Dah mereng agaknya laptop tu ....huhu....

    Untunglah SI ada personal suster hihi ....tak yah susah payah nak cari ubat, ikut time nganga mulut jer haha...

    ReplyDelete
  5. Salam Kak Saniah.terima kasih dlm tak sihat...masih sempat singgah ke blog atie.T/Kasih kak.
    Semoga kesihatan akak semakin baik ya.Aaminn

    ReplyDelete
  6. Alhamdulillah dah semakin sihat :-)

    ReplyDelete
  7. Salam Kak... Lama sy tak datang sini..Ya Allah! kak tak sihat ye..moga cepat sembuh ya kak.. rajin2 makan ubat & rehat secukupnya..

    ReplyDelete
  8. Alhamdulillah akak semakin sihat & anak akak, Iqa tegas bagi ibu dia makan ubat. Syabas Iqa!

    ReplyDelete
  9. alhamdulillah..makanlah vitamin tu seadanya ye..taulah anak-anak dah besar pun mak ayah tetap banyak nak kena uruskan (cakap macam anak dah 10 je..hehe)

    ReplyDelete