ASSALAMMUALAIKUM
Bila anak2 dah menginjak remaja amat sukar untuk keluar makan bersama.Biasanya bila cuti sekolah ,yang di IPT pulak tak bercuti.Mengambil kesempatan cuti sekolah yang bersambung seminggu kemudiannya ,kebetulan Fateha dan abangnya dah habis exam dan pulang cuti aku cadangkan bawa mereka makan di luar .Si abang pun cuti cuma 3 hari je..sibuk sangat dia bila dah tahun 3 ni....itu pun sekadar menjenguk aku yang baru keluar hospital tempohari....juga mungkin nak lihat rumah sedang diubahsuai Sekarang ni pun dah kat Taiping.
Cadangnya nak makan steamboat tapi bila difikirkan kena tinggalkan rumah kosong waktu malam...rasa macam kurang selamat pula.Buntu juga nak makan apa petang2 gini,Si abang cadangkan makan kat Kenny Roger Rooster ...yang lain tak membantah.Kat blog KakZakie ada juga aku terbaca mengenai KRR Aeon ni tapi aku pergi sebelum tu ...pada pandangan aku pun perkhidmatan agak kurang memuaskan kerana agak lama juga menunggu padahal ketika itu tak pun ramai pelanggan lain .Apa yang kesiannya budak Azim paling last dapat hidangan walaupun menu yang sama dengan Iqa.Rasa ayamnya pun agak kurang segar pada selera aku ....tapi aku tengok anak2 laju je .
Dengan anak yang 5 orang dengan makayah mereka lagi terpaksalah cantumkan meja ...buat macam harta sendiri....hihiiii.Masing2 dengan selera sendiri....nak order pun pening kepala.Seronok lihat anak2 berkumpul makan bersama ,berkongsi2 rasa....Yang perempuan memang susah nak habiskan hidangan ...serah kan je pada bujang 2 aku tu....licin jadinya.
Tukang bayar dah tentulah aku selaku menteri kewangan tak bertauliah ayah mereka....Walaupun terpaksa mengeluarkan $$$ yang lebih namun kepuasan bersama sekeluarga amat bererti.Lepas ni tak tau bila lagi ada kesempatan ....
anak-anak tumpang seronok, ibunya dah sihat dan kembali berselera..
ReplyDeleteOh... samalah anak kakak pun cuti sem juga sekarang ni SI. Jadi itu yg kumpul dan seronok makan bersama kan. Tapi sekarang anak kakak masih di rumah lagi balik T'anu nanti 30hb. Kat rumah kakak suruh dia cat rumah, masak hihi... bagi dia kerja bila kita yg lain kerja/sekolah.
ReplyDeleteDuit boleh cari SI tapi nak kumpul bersama susah nak ada peluang kan.
betul tu saniah..seronok kalau dapat sesekali semua anak2 boleh pergi sama2..tapi memang susah nak berkumpul..walaupun tak la ramai mana kan..macam acik la..anak 3 orang nak kumpul sesekali pun susah jugak..
ReplyDeleteGambar anak-anak takde ke Saniah..teringin tengok he he
ReplyDeleteSalam Saniah! Betul, seronok bila keluar dan makan dengan anak-anak... tapi bila mereka dah besar-besar.. susah nak kumpul sekali... masing2 dah ada aktiviti sendiri dan sibuk.
ReplyDeleteTak pa, hari ni mak belanja... sikit hari lagi bila mereka dah kerja dan ada pendapat sendiri, mereka pulak belanja mak.
sangat menyenangkan makan bersama anak2,.. salam
ReplyDeleteKak zai pun mengalami masaalah yang sama, susah dapat bersama. Tapi kak zai makan aje dengan yang ada bila yang lain blk pergi sekali lagi.
ReplyDeleteOkje dah lama dah tak makan KRR ni SI.....
ReplyDeleteYelahkan SI bila memasing dah berterabur ni mmg susah nak dikumpulkan sekali kecuali ada cuti.
Agaknya gitulah mak ayah kita seronok bila tengok anak anak dpt berkumpul sekali. Tp tulah....kdg kdg masa, status dan keadaan tu yg membataskan....
assalamulaikum saniah, salam kenal dari kaknoor ya
ReplyDelete