Total Pageviews

Monday 7 December 2015

Tempat baru

Assalamualaikum
10hb ni Iqa dah kena kembali ke Uitm tapi bukan di Puncak Alam lagi seperti sem lepas.Pelajar2 Asasi dah kena pindah ke Uitm baru di Dengkil yang di khusus kan untuk pelajar Asasi saja.Kena lah kami menghantar seperti waktu pendaftaran awal dulu cuma di tempat berbeza ,walaupun baki Asasi cuma tinggal lebih kurang 6 bulan je lagi....
Mungkin ada juga anak/adik atau sedara mara blogger akan ke tempat yang sama dengan Iqa.UiTM Dengkil ni baru saja nak beroperasi untuk mengambil pelajar buat pertama kali pada minggu ni.
Kalau dah kata tempat baru, faham2 ajelah.Terbaru Iqa dapat sumber dari FB.


16 comments:

  1. Dah berpindah ke tmpt baru Iqa ye kak..
    Semoga dipermudahkan urusan Iqa disana..
    Memanglah tmpt baru..
    Kena buat semua itu.. sebab dah lama kosong tentu ada makhluk lain yg menghuni disitu..

    ReplyDelete
  2. Harap-harap semua pelajar yang masuk pun jgn lalai dengan perintah Allah agar syaitan/jin tidak mudah 'mengusik' anak-anak semua. Bimbang juga sebab kita tak nampak dia. Dia pulak suka nak kacau kalau yg lemah dan lalai.

    ReplyDelete
  3. Ohhh.....dah kena pindah tempat baru te SI. Tempat baru, kalau ikutkan memanglah best sebenarnya. Serba baru katanya. Tapi tulah, takut pulak ada penduduk asalnya.

    Tak per, kalau rajin baca Al Quran, insyaallah....tak de pape.

    ReplyDelete
  4. dapat tempat baru memang best kan kak tapi kalau dah masuk bab2 camni terus jadi tak best...inshaa Allah dah ok la tu lepas ustaz2 kasi halau semua puak2 tu...nanti suh la Iqa baca ape2 yg patut...

    ReplyDelete
  5. In syaa Allah...semoga siswa/siswi yang baru dipindahkan akan selamat dari gangguan. Tunaikan segala suruhan.

    ReplyDelete
  6. semoga Allah lindungi mereka semua..amin

    ReplyDelete
  7. Assalamualaikum kak,

    Muslim meriwayatkan daripada Abu Hurairah ra. bahawa Rasulullah SAW bersabda yang maksudnya: "Janganlah kamu jadikan rumah-rumah kamu perkuburan sesungguhnya syaitan akan lari dari rumah yang dibaca padanya surah al-Baqarah".

    Di dalam hadis yang lain, Rasulullah SAW pernah bersabda yang maksudnya: "Bacalah surat al- Baqarah di rumah kalian, kerana sesungguhnya syaitan itu tidak akan memasuki sesebuah rumah yang di dalamnya dibacakan surat al-Baqarah."

    Semoga Iqa dipermudahkan segala urusan dan dapat menjalani pengajian dengan sebaiknya.


    ReplyDelete
  8. assalamualaikum saniah
    mudahan ye lepas ni takde lagi gangguan yg tak diingini tu
    kita yg tua ni takut kalau di gangu mcm tu apa lagi anak2 aduhhh serem jugak lah

    ReplyDelete
  9. moga dipermudahkan urusan iqa, perbanyakkan baca al-quran moga terhindar dari sesuatu yang tidak diingini

    ReplyDelete
  10. teringat semasa saya terlibat dalam kes 'memagar' salah satu bilik stor di tempat kerja.

    kata ustaz yang diberi tugas itu, jin ni ada banyak geng dan generasi...

    ReplyDelete
  11. teruskan usaha pembelaqjaran dsemi masa depan dan kehidupan yang lebih baik ya..

    ReplyDelete
  12. semoga Allah melindungi mereka semua..amin

    ReplyDelete
  13. Moga tak ada apa-apa yang 'mengusik' ketenangan dan ketenteraman para pelajar yang bakal menghuni kediaman baru ini... aminnnn

    ReplyDelete
  14. ohh IQa dah pindah tmpt ye kak.. mudah2an serasi di tempat baru dan urusan pembelajaran di permudahkan..amin :)

    ReplyDelete
  15. teringat saya ttg kisah filem bertajuk bangunan yag ditayangkan di astro citra lbh krg 2 minggu lepas ... meriahkan bilik setiap mlm dgn bacaan al-quran ...

    ReplyDelete