Hari ini pergi jemputan pengantin .Banyak dpt undangan tapi cuma dapt pergi 3 tempat je..Suami kena kerja..Jadi aku pergi dengan anak daraku buat teman.Rumah pertama,(rumah makcik nya Jeff Sepah )makanlah jugak juadah2 yang dihidangkan .Tempat ke-2 dibuat di dewan.Pengantin perempuan nya sebaya dengan fatiha ,kawan sekolah rendah dia dulu.Walaupun agak baik juga SPM dia tak sambung belajar lagi.
Oleh kerana dewan itu agak jauh dari rumah,kami menumpang kereta jiran yg hendak pergi jemputan ke sana jugak.Di sini dah tak larat nak makan ..ambil bubur kacang dan sedikit air oren je.
Rumah ke-3laluan kami balik ke rumah ,jadi aku cadangkan singgah untuk salam KEROK je.Lagipun saja hendak tunjuk muka pada tuan rumah yang kita ni datang ke jemputan mereka.Lagipun anak mereka kawan sekolah atiqa dan azim..Aku tidak lihat pun juadaah jamuan mereka,bukan tak sudi cuma rasa sudah kekenyangan sangat.
Bila kami ada di rumah ke3 ni pun jiran yang kami tumpang tadi masih tak nmpak muka lagi.Akhirnya kami jalan kaki je balik ke rumah.Walaupun tak jauh tpi naik bukit ,penat......huwaaaa.Tiba di rumah atiqa terus terbaring....tak tau kenyang ke penat.
Total Pageviews
Saturday, 7 December 2013
PAU MUDAH
Budak ber3 ni cuti sekolah,memerap di rumah asyik lapar memanjang.Atiqa pun teringin hendak belajar membuat kuih,gembira bukan kepalang kalau menjadi tapi kalau tidak ditinggalkan terus untuk kita uruskan.Setiap hari ada saja yang disuroh ajarkan ,setiap hari ada aje experimen kuih dia .Seronok sangat kalau ayah dia puji .
Hari ini dia hendak cuba buat kuih pau pula.Lagi pun baki kelapa parut untuk buat kaswi semalam ada lagi ,boleh lah dibuat inti.Bila inti sudah siap baru lah buat doh nya.Selalu nya aku buat pau tidak payah resepi2 yalah ikut cara orang dulu ,ingat dalam otak je apa yang diperlukan.Tapi untuk anak ni hendak belajar aku suroh dia goolge untuk resepi yang teratur,Terimakasih lah bloger open minda Khalijah Hussin.GEBU sangat pau yang Atiqa buat ni.Ayah dia balik nanti tentu kena puji,,,,,,
Ini lah resepi pau yang Atiqa buat
2cawan tepung gandum
2sudu besar mauripan
2sudu besar susu manis
1sudu besar gula
3sudu besar minyak masak
1/2cawan air suam
sedikit garam
inti ikut suka
Caranya
masukkan mauripan ke dalam air suam.kemudian masukan gula di dalam nya ,kacau dan biarkan 15minit ataupun hingga berbuih.Di dalam bekas lain masukan tepung ,susu dan minyak masak ,garam, satukan semua.kemudian masukan mauripan tadi.Uli lah adunan tadi.Biarkan adunan tadi ,tutup dengan plastik.
Bila sudah naik ,uli semula dan keluarkan angin.Ambil sedikit doh bulat2kan dan leperkan ,isi inti.Bila sudah siap biarkan mengembang lagi.Sementara tu panaskan periuk kukus,kemudian kukus doh tadi 10 atau 15 minit.Inilah hasil nya

Friday, 6 December 2013
ayam masak cekur
Dalam seminggu entah berapa kali masak lauk ayam ,apatah lagi Iman suka sangat makan daging ayam berbanding dengan ikan.Sudah tak tau lagi nak masak macam mana ,semua sudah ,masak kicap ,masak merah ,rendang,goreng biasa ,goreng berempah ,tomyam ,kari dan macam2 lagi.Hari ini nak tukar selera lah pula ,sebab hari Ahad tempohari kami pergi pasar minggu,banyak pula aku aku beli cekur
Harini aku masak ayam masak cekur.Walaupun aku bukan orang jawa tapi tekak aku sudah biasa dengan masakan2 jawa ni .Senang je masak cekur ni ,campak2 je.
Ayam seekor potong kecil ,kemudian goreng atau panggang.
kunyit hidup,halia,isi cekur,bawang putih, bawang merah ,cili padi (ikut suka pada yang suka pedas ,lebihkan lah ) semuanya di kisar.kemudian ditumis sehingga naik minyak.Ada juga yang masukkan sedikit belacan tapi aku tak suka .setelah itu masukan santan pekat ,ayam yang telah digoreng atau diupanggang tadi,masukkan asam keping,garam secukup rasa.akhirnya masukkan daun cekur yg dipotong rampai.tutup api..da masak :)
Wednesday, 4 December 2013
Aku dan kucing
Hari ini aku nak cerita pasal kucing ,sebab malam tadi kucing kami Kucai sudah melahirkan 3 ekor anak .,tapi pagi tadi bila kami lihat seekor sudah mati.Ini mesti angkara Garfield (anak Kucai yg lain ).Sebelum ni pun Kucai sudah melahirkan 4ekor anak kucing tetapi mati semua dikerjakan si Garfield.
Asalnya kami membela seekor anak kucing betina yang dibuang orang di hadapan rumah,kesian ,kecil lagi ,mungkin masih menyusu tapi sudah dipisahkan dengan ibunya.Masa tu di rumah kami tidak membela kucing sebab anak2 ada asthma.,tapi bila budak2 sudah besar ni,suka sangat pula mereka pada kucing.Tapi bila sudah bela kucing betina ni ,makin bertambah2 lh banyak kucing di rumah ni....tapi yang ada sekarang 4ekor je.,tidak terlarat nak bela banyak2.Kali ini pun Kucai sudah 6kali beranak!
Arif sejak mengambil jurusan doktor veterina ni lagi lah sayang sangat dengan kucing2 ni.Kalau boleh kucing2 jalanan tu nak suroh kita bela.semua.Ingatkan mak dia ni penjaga zoo kucing ke?....nak uruskan diri diri sendiri pun tak larat ,ini kan nk jaga kucing banyak2.Budak2 ni kalau telefon ,bukan ditanya pasal adik dia tapi tanya pasal kucing dulu....Sekarang ni ada Kucai,Garfield,Comot dan Jayjay,meriah rumah kami dengan kucing2 ni..
Kucing2 ni sebenarnya manja sangat dengan aku ,walaupun aku tak memanjakan,yalah mungkin masa budak2 ni sekolah cuma ada aku dengan kucing2 ni di rumah.Bila aku mandi pun ditunggunya di depan pintu bilek air.Kalau aku sidai kain semua keluar ikut sama ,macam lah boleh tolong kita.....Kucing2 ni kalau kita duduk dalam rumah mereka tidak keluar,tapi bila kami duduk di berandar ,sibuk je mereka keluar juga...macam tu lah kucing2 kami.....
si comot kami
tidur lena nampaknya :3
generasi baru kucing di rumah kami
ngantuknya dua beradik ni
inilah Garfieldnya :)
berehat di luar rumah

Tuesday, 26 November 2013
ASSALAMMUALAIKUM,
Hari ini nak cerita pasal temu pauh..Kata orang kalau berbudi pada tanah akan dapat hasilnya .Aku dan suami suka bercucuk tanam kalau ada masa lapang.Banyak juga pokok2 herba kami tanam ,disamping sayur2an yang mudah dijaga.Berbalik cerita pasal temu pauh ,semalam teringin pula hendak berulam kan temu pauh.Ambil cangkul korek isi nya ,banyak juga aku dapat tapi aku ambil yang muda2 je.....sedap dibuat ulam.
Temu pauh ni rupanya macam kunyit , daun nya pun seperti daun kunyit.Tapi isi nya putih tak seperti kunyit. .Sangat senang ditanam dan tak perlu penjagaan rapi.Temupauh juga dikenali sebagai temu mangga sebab baunya macam bau mangga.Banyak khasiat temu pauh ni anataranya anti kanser,menggurangkan kolesterol atau darah tinggi,mengurangkan stress dan banyak lagi tapi yang penting kalau rajin makan ulam temu pauh ni boleh AWET MUDA.
Kawan aku pernah cerita ,setiap kali adik dia hendak bersalin ,emaknya sudah siapkan jeruk temupauh.Tapi aku xpernah pun buat walaupun kat sekeliling rumah aku ni banyak tanam temupauh.
Inilah temu pauh yang ku ambil

Wednesday, 30 October 2013
JAMBU BOL
ASSALAMMUALAIKUM,
sekarang ni hari hujan hampir setiap hari,tak dapat nak lihat pokok2 dekat belakang rumah.Semalam masa hujan masih turun renyai2 aku meluangkan masa ke belakang.Tengok je buah jambu bol dah mula ranum.Nasib baik ada galah jadi aku teruslh jolok buah2 yang dah mula nmpak kemerahan.Kalau dibiarkan ia akan gugur sendiri juga tapi buahnya dah xelok.Masa ni pun dah banyak bertaburan kat bawah pokok..Buah ni kalau dah masak manis juga rasanya,boleh juga cicah dengan kicap .Aku tanam pokok ni bersama suami kira2 10th lalu,sekarang ni dapat juga anak2 merasa.Sekarang buah jambu bol ni payah nak dapat ,sebab xramai yang tanam lagi.
Inilah buah jambu bol yang aku ambil.....sedap !

Saturday, 26 October 2013
Assalammualaikum
Hari ini masak nasi serai dengan lauk ayam masak merah.Kawan aku yang bagi resepi.Tapi dia bagi lauk daging masak kicap,bila aku jengah peti sejuk yang ada cuma ayam je ,jadi aku ubah je lah lauknya dengan stok yang ada.nak pergi kedai malas sangat.ini lah nasi serai dengan ayam masak merah ku.
resepi nasi serai
2 batang serai
1biji bawang besar
kedua2nya dikisar dan ditumis,masukkn beras dan air secukupnya.Masak macam biasa ,dah boleh hidang.
Subscribe to:
Posts (Atom)