Assalammualaikum
Dah pun minggu ke dua raya kan ....Sorry lah hainom akak tak sempat nak menulis ,inipun akak luangkan waktu seketika ....nak juga cerita pasal raya 2016 .Tak taulah tang mana nya yang sibuk sangat tu kan. Nanti lah di entry yang seterusnya akak cerita kan ...
Bila budak2 dah sekolah ni kemeriahan raya pun semakin hambar. Seperti juga di rumah ni, sepi ...
Alhamdulilah, puasa kali ni aku dapat sempurnakan sebulan walaupun di akhir2 Ramadhan aku demam ...hampir tewas juga dek kerana keletihan yang amat .Apatah lagi persiapan raya juga banyak disedia kan disaat akhir. Pakaian raya anak2 juga beli hanya tinggal dua tiga hari je nak raya ,itupun pada sebelah malam je berkesempatan.Kalau oranglain dengan sedondonnya tapi tidak pada kami ,apa yang sedap mata memandang ,itulah yang dicapai .Kenapa perlu semuanya disaat akhir kan..? untuk anak2 dah besar ni budget untuk mereka juga besar ,jadinya tunggu lah bonus si ayah di penghujung Ramadhan .
Dah takde makayah dan mertua ni ,kami sambut raya anak beranak je kat rumah sendiri .Masak seperti biasa ketupat ,ayam merah,sambal kacang dan kuah lodeh juga sedikit daging masak kicap.Pagi raya bertukar2 juadah dengan jiran2.Penuh satu meja jadi nya ....
Foto: Iman menikmati ketupat dengan daging kicap.Lauk pauk yang banyak terhidang sikit pun tak menggoda hati nya ,apatah lagi lauk yang pedas .
Lepas dorang balik solat sunat hariraya, mula lah sesi bermaaf2an dan wefie2an ....untuk kenangan kata nya kan.Bukan senang kami dapat berkumpul anak beranak gini...Anak2 yang dua ni bakal tahun akhir sem depan ,begitu sibuk dengan LI masing2. Anak sulong raya ke 4 dah berada di Terengganu selama sebulan.Fateha walaupun dekat LI nya tapi cuti sekejap je.
Tak seperti tahun lepas hariraya pertama biasanya tunggu tetamu ,yang biasanya adek beradek datang ziarah ,kali ni selepas zuhur kami dah keluar rumah untuk beraya ke rumah SIL ,makcik dan sepupu di Pontian....malam juga lah balik rumah walaupun hanya sempat 3 rumah je.Yalah kalau dah jumpa sedara tak ingat hari dah petang.
Raya ke dua janji dengan adek lelaki aku yang dari Sg .Buloh ,jumpa kat tempat kakak dulu di kampung.Sebenarnya adek dan keluarga nya ni kalau balik Johor ni hanya rumah aku je tempat dia bermalam walaupun rumah yang lain lebih selesa.
Olehkerana dia lewat sangat tiba kami anak beranak ikut anak sedara ke Parit Raja ke rumah anak sedara yang lain.Kebetulan tengahhari tu kat rumah dia ada baraan.Seperti tahun lepas menu juadah untuk baraan dan rumah terbuka pastinya sup tulang kambing dan sedikit sup ayam dan nasi impit.Anak sedara dan suaminya ni rajin sungguh mengerjakan dan masak sendiri untuk tetamu...30 kilo tu tulang kambing yang pasti dibelinya setiap tahun.Berminyak2 mulut aku tengok mereka2 menghirup sup termasuk lah anak2 aku sendiri....Aku hanya layan sup ayam je .
foto:beginilah rupa pinggan mangkuk masing2 dengan sup gearbox berketul2.
Dah kenyang kami minta diri ...banyak lagi tempat perlu singgah .Haritu kami balik rumah malam lagi...
Hari ketiga adek kata perlu balik hari itu juga ,lepas solat Jumaat kami ke Simpang Renggam ke rumah kakak satu lagi .Olehkerana anak sulong tak ikut kereta agak mampat dengan anak yang 4 orang ni.Adek juga singgah sebelum teruskan perjalanan baliknya.Kat rumah kakak juga ada rumah terbuka.Berbagai2 makanan yang dibuatnya.Nasi impit ,rendang,mee rebus dan berbagai lagi.Tapi yang aku tak tahan nafsu walaupun perut dah sendat ialah keladi rebus bercicahkan sambal tumis ...perghhh sedap sangat.
Hari itu kami balik malam lagi.
Hari seterusnya dah tak kisah raya2 lagi dah....terlalu sibuk dengan urusan anak2 .Duk rumah tunggu tetamu je datang beraya.
Oklah kita jumpa di entry seterusnya kelak...insyaallah.