Assalammualaikum
Walaupun memulakan
perjalanan pepagi buta lepas KL je matahari dah memancar apatak nya orang sibuk
pergi kerja kita sibuk nak berjalan…hadaplah jem sama2 .Kami memang merancang tak
mahu terburu2 sangat untuk tiba sesuatu tempat sebab memang nak bercuti je pun
.Maka driver kami tak bolehlah merempit sebab takut kena cubit…Cadangnya bila
lapar nak singgah makan makanan berat sikit di mana2 R&R tapi mungkin
penangan roti canai dan teh mamak takde siapa mengadu lapar .Lagipun dalam kereta banyak cemilan2an.Maka teruskan
perjalanan sehingga ke R&R Semanggol baru berhenti ,itupun sebab ada yang
nak terkucil.Lagipun rasa terawal pulak perjalanan sedangkan masa untuk checkin hotel di Penang hanya selepas pukul
2ptg.Rehat je lah dulu sambil2 makan kudap2an yang dibeli di R&R tu.dan
duduk diwakaf yang disediakan.
Adalah dalam 40 minit
berhenti kami teruskan perjalanan.Setelah keluar tol Juru baru masing2 mengadu
lapar.Maka sebelum checkin hotel kena lah isi perut dulu.Tempat orang kan ...main redah je cari tempat makan .Otw nak ke hotel tu ada satu kedai makan
yang kelihatan begitu ramai orang dan berderet kereta pakir tepi jalan .Kami pun dapat
pakir kereta nunnn jauh ke hadapan.Sebab perut masing2 dah lapar pasrah je lah
melangkah .Tapi memang tak rugi bila melihat banyak pilihan makanan dan lauk yang disediakan.Masing2
nak makan nasi dan memilih lauk febret masing2 dan 4 gelas air pilihan.Memang 4
gelas je sebab aku jarang order air bila di kedai makan ..,tak abis biasa nya …kongsi
je dengan mereka.tak membazir kan .Memang tak de snap gambar makanan yang kita
orang makan …selain lapar malu weh sebab ramai orang apatah lagi nak dapatkan
meja kosong pun agak sukar.Kami berlima ada yang ambil lauk ayam goreng,telur masin,ikan sambal,ikan keli goreng,kerabu dan paru masak hitam.Tapi macam tak
percaya sampai la ni sebab harganya murah sangat waktu mereka beri bil yang sedang
kami makan tu….RM 19.50 je.Kalau kat Johor ni memang tak kan jumpa semurah tu.Mungkin
sebab dekat dengan UITM Permatang Pauh .Kalau tak silap nama kedai nya WOW
MELETUP SEDAP …memang terbaik murah dan sedap.
foto: dari sumber google
foto: dari sumber google
Lepas makan kami beredar nampak
pula gerai gorengan hampir tempat pakir
kereta …apa lagi beli lah berringgit2 goreng pisang dan ntah apatah lagi tak ingat
dah...padahal perut dah kenyang.Kononnya utk makan di bilek hotel nanti.Lepas
pukul 2 juga kami tiba di hotel.Alaa... hotel murah2 je .Jenuh juga mencari sebab buat tempahan dari
cadangan anak sulong yang pernah bermalam di situ.Bukan tak mahu sewa homestay
tapi rasa terlalu besar untuk kami yang hanya 5 ketul..Walaupun hotelnya agak kebelakang dan kawasan nya macam tak best
je tapi tak sangka ada hotel yang agak
menarik.
foto: hadapan We Hotel
Kali ni kami sewa untuk family room .Walaupun katil utk 4 orang masih
lagi selesa Iman menyelit .Dapat pula bilek depan dan bawah ,,,memang
terbaiklah… dapat pakej untuk sarapan pagi juga.
foto: hadapan We Hotel
Masuk bilek je pekara
pertama dah tentu nak solat dan berehat
dulu sebelum misi bertemu cucu.Anak sulong dan my besan dah tahu kami dah tiba Penang
…dorang suruh datang segera ke rumah sebab dah masak kan makanan untuk
kami.Alamak perut kenyang lagi…tapi tak kan nak menolak pulak,
Pukul 3.30 petang kami
bertolak ke rumah besan …adalah dalam 10 minit perjalanan.Masuk je dalam rumah
dah terpandang sikecil …macam2 rasa ada
teruja ,sedih dan gembira.Alhamdulilah Allah panjangkan umor untuk menatap dan
memegang cucu sulong sendiri.
Si kecil ni lahir kecil aje hanya 2.4kg …halus je anak dara ni.Sebab nun jauh nak jumpa lagi, banyak lah ambil gambar dan video untuk ubat rindu kami bila balik Johor .
Si kecil ni lahir kecil aje hanya 2.4kg …halus je anak dara ni.Sebab nun jauh nak jumpa lagi, banyak lah ambil gambar dan video untuk ubat rindu kami bila balik Johor .
Sambung part 3




































