Assalamualaikum
Tumis sulur keladi lauk tengahhari semalam.Teringinnn sangat nak makan sulur keladi bila melihat keladi jiran mengeluarkan sulur.Aku minta beberapa pokok anak keladi untuk aku tanam di tepi rumah yang kawasan nya agak lembab.Rasanya baru saja aku tanam tak sampai pun 2 bulan.....sulur keladi dah banyak yang menjalar.Sebelum ni ada juga tanam pokok keladi tapi tak punya sulur.Aku tak tahu nama2 pokok keladi ....Kalau nak tahu kenalah tanya WP yang mahir bab2 tanaman ni.
Sejak arwah bapa meninggal aku tak pernah makan lagi sulur keladi.Dulu arwah banyak tanam di tepi2 rumah....kalau nak ambil je.Bukan takde jual di pasar2 tani tapi selalu je terbeli gatal kan tekak bila dah di masak.
Anak2 sekarang sulur keladi pun tak kenal....nak makan pun belum tentu lagi.Sedappp sangat pada selera orangtua seperti aku ni.Sulur keladi ni kena celur dulu seperti juga kita masak sayur batang keladi.Nak masak nya pun sama je seperti asam rebus,tumis pedas atau masak lemak.Ikut lah selera masing2.
Aku hanya goreng tumis je sebab makan pun sorang ,ikutlah selera.Tumbukkan ikan bilis ,bawang merah,bawang putih dan sedikit kunyit .Tumis kemudian masukkan sulur keladi yang dah dicelur.Tak lupa masukkan sedikit air asam jawa ,sedikit kiub ikan bilis dan akhir sekali masukkan beberapa tangkai daun kesum...
Makan dengan nasi panas ,ada pula sambal tumis bilis tamban...bertambah2 nasi wei....Sedapppp
Total Pageviews
Tuesday, 28 February 2017
Monday, 27 February 2017
Menulis
Assalamualaikum
Tersenyum seketika aku sewaktu membaca komen sweety😛
...manalah ada bakat menulis sekadar bahasa pasar je aku gunakan untuk merapu dalam blog suam2 ni.
Dari zaman remaja lagi aku suka catatkan apa juga peristiwa menarik dalam diari.Lebih excited menulis bila si ❤🐒menghadiahkan sebuah diari masa birthday...walaupun saiz poket je...huhuu budak sekolah mana lah ada duit.Dah semakin2 remaja dah mula malas nak menulis walau sebaris ayat pun.
Dah punya anak baru aku mula kembali menulis setelah bertahun2 hanya mencatat kenangan di minda saja. Masa tu hanya guna kamera biasa saja ,tak kan lah nak amik gambar anak hari2.Jadinya aku abadi kan tingkah mereka dalam diari.Itupun dah terlewat baru teringat...bila satu hari tu suami bawa balik diari.
Setiap hari aku catat perkembangan 📝dan tingkah anak2 sewaktu baby..
Foto: indah kenangan bila dapat mengingati langkah pertama anak. Anak sulung mula berjalan agak lewat setelah 16 bulan baru berani melangkah.
...masa berlalu dan terus berlalu .Kini bila rindu saat itu aku selak semula apa yang telah aku tulis.Walaupun anak2 dah remaja catatan itu masih ku simpan rapi.
Aku tak pernah terfikir nak menulis di blog sehinggalah satu hari tu dalam tahun 2012 Fateha kata dia nak buat blog tapi dia tak suka menulis .....buat untuk mak je lah katanya.
Fateha tahu aku suka menulis dalam diari dan ada juga yang aku beri dia baca tapi tak semua lah.
Sebenarnya pada mula nya aku tak tahu apa yang nak ku celoteh kan dalam ruang yang terbuka ni.....kena lebih hati2 ,bukan semua dapat dikongsi.
Aku cuba menulis juga walaupun banyak yang merapu dan banyak juga entry2 awal aku delete bila aku baca semula.🙆.
Lagipun dengan menulis di blog ni dapat juga mengisi masa sunyi ku sendirian di rumah....walaupun kadangkala ntah apa2'yang ku celoteh kan.😊

Friday, 24 February 2017
Pagi ini
Assalammualaikum
Indahnya matahari pagi Jumaat yang mulia ni bila baru muncul menampakkan sinarnya. Disebalik keindahan ni ada kesedihan pada dua keluarga yang kehilangan orang tersayang . Aku tak pasti siapa keluarga mereka , hanya mendengar dari pembesar suara yang mengumumkan berita dukacita itu di awal pagi ni. Sewaktu aku menulis ini cuaca dah kembali suram ...
Kat rumah ni pun sunyi walaupun anak2 bujang ada balik , biasalah lepas solat subuh terus😴. Iman ada kelas tambahan Bahasa Inggeris di sekolah. Awal pagi dah pergi dengan menunggang basikal aje. Anak2 sebelum ni si ayah tak pernah benarkan bawa basikal walaupun sekadar jalanraya depan rumah ....bimbang keselamatan mereka . Bila dah Iman ni ok pulak.... Dah tua2 ni nak biarkan Iman cepat berdikari agaknya.
Guru BI kelas Iman mengajar kelas tambahan percuma . Biasalah orang kampung mana lah mahir sangat BI. Risau juga dengan UPSR yang ada tambahan penulisan BI.
Sejak anak2 kecil aku hanya ajar asas aje pada mereka. Nak speaking london , takut pulak berbulu telinga mertua aku mendengarnya😜.
Budak berdua ni aku goreng kan nasi je pagi ni untuk sarapan ....
Senang tak payah nak fikir2 kan. Tengahhari nanti kena lah masak berbagai lauk .... Takde lah yg istimewa cuma lauk2 biasa. Kesian pulak budak2 ni sesekali je dapat makan kat rumah.... Azim kata nak makan yang mak masak. Bujang sulong aku pulak dah 4 bulan tak balik , dah tentu nak makan makanan kat rumah. Esok mereka dah hai... Hai byebye..

Monday, 20 February 2017
Bila nafas terhenti.
Assalammualaikum
Ketika sedang nyenyak dibuai mimpi😴, aku dikejutkan suami. Tersentak aku seketika sambil melihat jam , sudah hampir subuh ke... Fikirku🙆. Aku lihat jam masih awal lagi.
"Kenapa tak bernafas? " tanya suami. "Kalau tak bernafas tak kan boleh bercakap ni" sambil aku merebahkan diri semula....sambung mimpi.
Petang selepas suami rehat2 lepas balik kerja aku bertanya apasal tanya tak bernafas tu. Kata dia sebelum tu dia dengar aku berdengkur kemudian senyap.... Kemudian dia lihat aku seperti tak bernafas... Lalu dia kejutkan , bimbang agaknya isterinya tak bernyawa lagi😢. Mungkinkah dia yang bermimpi.... Hmmm ntahlah , bila ditanya dinafikannya.
Sebenarnya sejak suami kena heart attack tempohari aku juga pernah rasai perasaan yang sama cuma aku tak pernah bagitau dia. Kadangkala ketika tidur , tak nampak ombak dadanya sengaja aku cuit2 , bila dia bergerak sikit pun hati dah lega.
Begini lah keadaan bila dah sama2 tak sehat . Apatah lagi dah tua ni...
Sebab tu sebelum tidur mengingatkan diri sendiri tak lupa kalimah sahadah selain doa2 lain. Kita tak tau bila malaikat maut menjemput.Yang pasti mati itu pasti...

Friday, 17 February 2017
Bau bau bacang
Assalamualaikum
Bila masuk ke ruang dapur Iman kata "ada satu bau lah"..."Itu bau buah bacang yang dalam besen tu" aku kata padanya.Buah bacang???....mana lah dia pernah makan sebelum ni.
Sebenarnya semalam jiran belakang rumah menghantar buah ni pada aku .Bukan dari pokok dia tapi pokok dari tanah kami sendiri.Cuma pokok ni berdekatan sangat dengan beranda dapur rumah dia.Bukan salah kami ....pokok tu lebih awal ditanam sebelum rumah itu dibina.Tambahan pula rumah dia dah terlebih2 kawasan tanah kami tanpa izin.Dah hidup berjiran kami redha je....
Pokok bacang ni dah lama kami tanam...rasanya dah berbelas tahun.Tak besar pun pokok nya ,kurus tinggi je.....hihii macam orang pulak.Takpernah berbuah pun sebelum ni .Jadi nya inilah buah pertama ...ini pun kami tak pernah tau sebab dekat sangat dengan rumah orang ,sehingga kakak tu hantar ke rumah.
Petang tu bila aku lihat kat pokok....wah banyaknya buah melayut....daun2 nya nampak gondol je.
Buah bacang ni aku tak lah gemar sangat sebab banyak serat tapi bila dah jarang jumpa ni makan lah juga....
Selain dari makan gitau je ,tau tak buah bacang ni nak buat macamana ya?....Kalau buah mangga boleh lah buat jeruk atau kerabu ke.

Thursday, 16 February 2017
Sukun goreng bubur merah/putih
Assalamualaikum
Beberapa hari ni cuaca agak sejuk ,berangin dan hujan turun sekejap2.Sejuk2 ni perut mudah pulak lapar.Teringat buah sukun yang telah aku potong2 dalam peti sejuk. Saja aku goreng tanpa tepung ,baru lah terasa keenakan asli buah sukun .Makan panas2 sambil hadap tv...huh sedap nya walaupun sendirian.
Sukun dari pokok sendiri.Dapat lah 2 biji.....sebiji beri kan kat jiran .Anak2 takde di rumah ni ,apapun susah nak habiskan.Encik suami dengan Iman tak layan sukun ni....jadinya buah nan sebutir tu digoreng sikit2 bila nak makan je.

Ini lagi satu Iman lagilah tak pandang.Biasalah adat orang Johor ni akan buat bubur merah bubur putih atau pulut kuning sebagai tanda kesyukuran .Bubur ni jiran yang beri....banyaklah pulak.Encik suami adalah menjamah ssesudu dua masa balik kerja....Aku makan lebih sikit walaupun kurang suka makanan manis...selebihnya alahai terbiar gitu je....membazir sungguh.
Pisang kapas yang baru ditebang dari pokok juga sudah kuning hampir setandan.Agihkan juga pada jiran.Tapi masih berbaki banyak lagi.Teringat pesanan kakak ipar ,setelah dikisar simpan je kat petisejuk...sejuk beku kan.Boleh digunakan bila2 je.Ok juga kan ,kalau anak2 balik boleh lah buat kuih bagai.Kalau sekarang ni hanya kami ber3 setakat buat cekodok je lah :-)
Wednesday, 15 February 2017
Ikan lumi part 2
Assalamualaikum
Olehkerana ramai yang tanya pasal ikan lumi ,ni lah rupanya....dengan ikhsan google.
Menakutkan kan rupanya dengan mulut nganga gitu....hihii. Masa siang tu buang lah kepala nya.
Jangan pandang pada rupa,kalau dah makan pasti tercari lagi .Ikan ni lembut sangat sampai ke tulang ,walaupun ada tulang2 halus semua boleh je makan.Tak perlu nak kunyah bagai....
Selain dari goreng boleh aje masak asam rebus ke....ikut lah selera.Goreng pun biasanya bersalut tepung kalau tidak mahu hancur ikan tu jadinya.
Kalau ke pasar dengan anak2 pasti terjenguk2 mereka cari ikan lumi.Bukan selalu ada sebenarnya....ramai yang tak pandang ikan lembek gitu kan.
Seperti aku juga satu ketika dulu ,bila arwah mak selalu beli...Aku fikir kan ikan malong yang aku tak suka rasanya....hahaa....jangan tanya aku rupa ikan malong ,aku pun dah tak kenal.
Harga ikan lumi ni biasanya murah je.
Ikan ni bukan ikan sebelah atau ikan bilis kecil tu yatie,hainom.Lain beno rupanya...
Betul kata Kakzakie ,ikan lumi kering biasanya tawar .Kalau digoreng biasanya rangup sebab nipis .
Okeylah rasanya dah dapat pencerahan kan pada yang ingin tau.

Subscribe to:
Posts (Atom)