Beberapa hari ni cuaca agak sejuk ,berangin dan hujan turun sekejap2.Sejuk2 ni perut mudah pulak lapar.Teringat buah sukun yang telah aku potong2 dalam peti sejuk. Saja aku goreng tanpa tepung ,baru lah terasa keenakan asli buah sukun .Makan panas2 sambil hadap tv...huh sedap nya walaupun sendirian.
Sukun dari pokok sendiri.Dapat lah 2 biji.....sebiji beri kan kat jiran .Anak2 takde di rumah ni ,apapun susah nak habiskan.Encik suami dengan Iman tak layan sukun ni....jadinya buah nan sebutir tu digoreng sikit2 bila nak makan je.
Ini lagi satu Iman lagilah tak pandang.Biasalah adat orang Johor ni akan buat bubur merah bubur putih atau pulut kuning sebagai tanda kesyukuran .Bubur ni jiran yang beri....banyaklah pulak.Encik suami adalah menjamah ssesudu dua masa balik kerja....Aku makan lebih sikit walaupun kurang suka makanan manis...selebihnya alahai terbiar gitu je....membazir sungguh.
Pisang kapas yang baru ditebang dari pokok juga sudah kuning hampir setandan.Agihkan juga pada jiran.Tapi masih berbaki banyak lagi.Teringat pesanan kakak ipar ,setelah dikisar simpan je kat petisejuk...sejuk beku kan.Boleh digunakan bila2 je.Ok juga kan ,kalau anak2 balik boleh lah buat kuih bagai.Kalau sekarang ni hanya kami ber3 setakat buat cekodok je lah :-)
Kakak ni SI kalau abang bawa balik sukun dari masjid goreng sikit aje yg lebih kakak buat kerepek. Budak-budak mengaji kalau sukun goreng tak suka tapi buat kerepek mereka layan sebalang pun habis:)
ReplyDeletePisang tu kalau dekat dgn rumah kakak boleh hantar kakak sesisir pun tak cukup tau:)
Rumah kakak ni semua suka pisang.
sukun tu kalau dibuat masak kuning,campur udang pun sedap..
ReplyDeleteAnk2 dah sambung belajar ye kak, tinggal sorg dua makan pun tak seberapa yr.
ReplyDeleteKalo saya dekat nk gak bertandang mengendeng sukun goreng cicah sambal kicap dan pisang barang ssikat, hehe.
WP suka goreng sukun, hiris tipis2 dan garing.
ReplyDeletePisang kapas tu sesuai dibuat cekodok atau lempeng.
Buat kek pun cantik.
sedapnya sukun kak..saya suka sukun, kalau dekat mau saya minta dah dekat akak
ReplyDeleteJarang dapat makan sukun ni... saya suka kerepek sukun...
ReplyDeleteSedapnya sukun goreng... cicah kuah kicap... habis sepinggan..
ReplyDeleteKat penang tak de bubur merah bubur putih ni.. x pernah jumpa masa kecik2..
Setakat buat bubur nasi makan dengan gula merah (dikala mampu)/garam (masa dah sesak) tu selalu la..
Acik paling suka pisang kapas buat kuih saniah sedap baunya pun wangi je
ReplyDeleteSedapnya sukun goreng..
ReplyDeleteKalau dekat boleh makan sama2 tengok TV dgn akak hehehe..
Pisang tu kegemaran Nabil tu kak..
Sesisir habis dia seorang makan hihi..
Laki saya suka bubur merah tu SI. Saya tak delah suka sangat. Bolehlah makan...
ReplyDeleteHihi...dah tinggal bertiga ye SI, yg lain pulak tak berapa meriah nak makan, makanlah sorang sorang, sedap jugak.