Assalammualaikum
Indahnya matahari pagi Jumaat yang mulia ni bila baru muncul menampakkan sinarnya. Disebalik keindahan ni ada kesedihan pada dua keluarga yang kehilangan orang tersayang . Aku tak pasti siapa keluarga mereka , hanya mendengar dari pembesar suara yang mengumumkan berita dukacita itu di awal pagi ni. Sewaktu aku menulis ini cuaca dah kembali suram ...
Kat rumah ni pun sunyi walaupun anak2 bujang ada balik , biasalah lepas solat subuh terus😴. Iman ada kelas tambahan Bahasa Inggeris di sekolah. Awal pagi dah pergi dengan menunggang basikal aje. Anak2 sebelum ni si ayah tak pernah benarkan bawa basikal walaupun sekadar jalanraya depan rumah ....bimbang keselamatan mereka . Bila dah Iman ni ok pulak.... Dah tua2 ni nak biarkan Iman cepat berdikari agaknya.
Guru BI kelas Iman mengajar kelas tambahan percuma . Biasalah orang kampung mana lah mahir sangat BI. Risau juga dengan UPSR yang ada tambahan penulisan BI.
Sejak anak2 kecil aku hanya ajar asas aje pada mereka. Nak speaking london , takut pulak berbulu telinga mertua aku mendengarnya😜.
Budak berdua ni aku goreng kan nasi je pagi ni untuk sarapan ....
Senang tak payah nak fikir2 kan. Tengahhari nanti kena lah masak berbagai lauk .... Takde lah yg istimewa cuma lauk2 biasa. Kesian pulak budak2 ni sesekali je dapat makan kat rumah.... Azim kata nak makan yang mak masak. Bujang sulong aku pulak dah 4 bulan tak balik , dah tentu nak makan makanan kat rumah. Esok mereka dah hai... Hai byebye..
Masak biasa pun anak2 tak kisah saniah janji mak yang masak
ReplyDeleteAlahai kejapnya bujang sulong tu balik kampung. Memang kena masak airtgn akak ni, nanti kempunan pulak dia
ReplyDeleteArwah bapak kakak selalu berbahasa inggeris tau SI dgn cucu dia.
ReplyDeleteKalau org yg tak biasa gelihati tapi anak-anak kami dah biasa. Sebenarnya kalau dah selalu jadi perkara biasa. Kalau sesekali itu yg macam kekok.
Anak-anak kalau mak sendiri yg masak puas agaknya. Lagi pulak SI ni pandai masak mestilah mereka suka. Kalau kakak ni memang nak yg sedap kena makan luarlah jawabnya:)
hari ni sangat nyaman.. sejuk jer sebab pagi tadi hujan.. anak-anak memang suka makan masakan mak sendiri
ReplyDeleteAlhamdulillah dah berjaya follow sini
ReplyDeletePagi yg hening dah dgr berita dukacita ye kak saniah..
ReplyDeleteserupa macam kat kampung kuang saya tu..
selalu buat pengumuman di masjid..
kekadang tak dengar namanya kan kak..
Sama lah dgn anak saya kak..
Memang kena hantar tuisyen utk BI nya..
Arwah abah saya mmg fasih berbasih Ingggeris sebab dulu askar bristish..
Masak apa aje asalkan air tangan emaknya..
anak-anak suka kan kak..
teringin pula saya nabil..
boleh kat kedai dia cakap nak yang mama masak ajer..
Aduhai.. mmg nak suruh mama nya masak ajer baru makan..
p/s kak 18/3/2017 saya akan ke Kulai .. insyaAllah boleh jumpa akak ye.. FIL nak pergi kenduri anak adiknya. Nanti saya call akak ye..
Ohh kat sana kalau ada kematian dia inform pakai pembesar suara ye SI. Kalau kat kg saya dulu dulu dia pakai 'kentong' kat surau, sekarang ni tak taulah mcm mana.
ReplyDeleteAnak balik sesekali, tentulah dia nak rasa masakan ibu...ye dak. Maknya pulak terer masak.
Semakin tua dah tak larat nak layan anak sangat SI. Kira berserah ajelah agaknya. Dari jauh ku iringkan doa. Gitulah agaknya perumpamaannya hihi...
Kematian di hari jumaat, Subhanallah..
ReplyDeleteBiasalah tu ank2 bila blk nk makan makanan rumah, lebih2 lagi dah maknya pandai masak kan. Meriah je bila semua berkumpul kan kak, nk masak pun semangat je.
Pagi-pagi lagi dah dgr berita sedih. Appapun moga keluarga mereka tabah menghadapi dan moga arwahnya di tempatkan dikalangan org2 beriman. amin..
ReplyDeleteIntro n3 Saniah macam cerpen pulak. Ada bakat penulisan kreatif tu.
ReplyDeleteHari Jumaat lepas kat sini hujan lebat semasa sembahyang Jumaat.
ReplyDeleteLepas sembahyang, sembang dengan kawan2 kerana tak boleh balik, sebab naik motor aje.
baiknya hati cikgu bagi tutorial percuma.semoga diberkati usahanya.
ReplyDelete