Assalammualaikum
Ketika sedang nyenyak dibuai mimpi😴, aku dikejutkan suami. Tersentak aku seketika sambil melihat jam , sudah hampir subuh ke... Fikirku🙆. Aku lihat jam masih awal lagi.
"Kenapa tak bernafas? " tanya suami. "Kalau tak bernafas tak kan boleh bercakap ni" sambil aku merebahkan diri semula....sambung mimpi.
Petang selepas suami rehat2 lepas balik kerja aku bertanya apasal tanya tak bernafas tu. Kata dia sebelum tu dia dengar aku berdengkur kemudian senyap.... Kemudian dia lihat aku seperti tak bernafas... Lalu dia kejutkan , bimbang agaknya isterinya tak bernyawa lagi😢. Mungkinkah dia yang bermimpi.... Hmmm ntahlah , bila ditanya dinafikannya.
Sebenarnya sejak suami kena heart attack tempohari aku juga pernah rasai perasaan yang sama cuma aku tak pernah bagitau dia. Kadangkala ketika tidur , tak nampak ombak dadanya sengaja aku cuit2 , bila dia bergerak sikit pun hati dah lega.
Begini lah keadaan bila dah sama2 tak sehat . Apatah lagi dah tua ni...
Sebab tu sebelum tidur mengingatkan diri sendiri tak lupa kalimah sahadah selain doa2 lain. Kita tak tau bila malaikat maut menjemput.Yang pasti mati itu pasti...
hai kak bahaya tu...risau saya!
ReplyDeletetapi betul lah kan, saya pun rasa masa suami sakit dulu. mesti kadang-kala ketika terjaga dari tidur tengok suami, risau jadi apa2...hihi
jaga kesihatan ya kak!
Sama la kita saniah selalu rasa risau sampai tak lena nak tidur..asek mengintai orang tidur anak..suami semya nak ditengok lebih2 lagi bila mereka tak sihat
ReplyDeleteLumrahnya bila kita semakin berusia kasih pada pasangan semakin erat
ReplyDeleteKalau boleh nak bersama sampai bila-bila.
Kakak rasa semua pasangan macam ini SI
betul zakie..umpama kita menanti saat yang kita takuti yang pastinya akan terjadi suatu hari nti..
Deletealahai kak..cemas pula saya yang membacanya
ReplyDeletememang ada yang jenis tidur tapi tak bernafas ni kak. rasa macam sleep apnea. sejenis gangguan tidur. elok kalau kak SI pun boleh refer doc ya
ReplyDeleteIngat kak Zai aje yg mcm itu rupanya ramai. Bila terjaga tengah malam perhati ombak dada org sebelah hihi...
ReplyDeleteKena bertanya pada yang arif masalah ni Saniah... adakah tak bernafas seketika waktu tidur tu normal atau tanda2 jantung kita bermasalah. Tak boleh pandang ringan jugak perkara ni.
ReplyDeleteAnak saudara juga saya mengalami sindrom nafas tiba tiba berhenti ketika asyik berdengkur ketika tidur.
ReplyDeleteSelepas menjalani rawatan doktor, sekarang dia semakin pulih.
Anak saudara juga saya mengalami sindrom nafas tiba tiba berhenti ketika asyik berdengkur ketika tidur.
ReplyDeleteSelepas menjalani rawatan doktor, sekarang dia semakin pulih.
Bila meningkat usia mcm2 penyakit dtg kan kak, nikmat umur, nikmat sihat, semua ditarik sedikit demi sedikit sehingga bila smp saat dijanjikan, tiada lagi yg tinggal...ngeri bila mengenangnya, takut bila ingt persediaan tidak sbrapa.
ReplyDeleteMoga akk sihat selalu hendaknya.
Pasangan kita ajer yang tahu keadaan kita masa tidor kan kak saniah..
ReplyDeleteBetul juga kata raihana dan kak sweetie tu..
Akak kena refer doktor..
Mana tahu sindrom jantung juga ke..
Rupa2 sama juga dengan saya..
Suami ke anak2 ke tak sihat..
Selalu tengok tengah tidor..
Tengok alunan ombak nafas kat perut tu :)
Kalau Allah nak ambil kita, bila2 masa pun dia ambil.
ReplyDeleteAjal maut itu ketentuannya.
Fahamnya perasaan tu SI....yelah, nak nak bila pasangan sakit, memang bercelaru fikiran kita. Mulalah mcm mcm yang terbayang dalam fikiran.
ReplyDeleteDengkuran pasangan tu pulak yg jadi kita lena tidur sekarang ni.
Kita dah semakin tua SI...huhu
bukan nak takutkan kak saniah ni tau, tapi, yang ni one of symptom Obstructive Sleep Apnea (OSA) ni kak.
ReplyDeleteNak cerita sini panjang, nanti saya cerita dalam blog saya. Insyaa Allah...
Bila usia dah lebih setengah abad makchaq pun kalau terjaga malam tengok jugak orang sebelah.. cuit2 jugak bagi bergerak.. tak tau la mainan perasaan ke apa.. kadang2 nampak macam tak nafas..
ReplyDeletesaya selalu macam tu kak.. raba dada suami dan anak kalau mereka senyap atau dada tak berombak..
ReplyDelete