Total Pageviews

Monday 20 February 2017

Bila nafas terhenti.

Assalammualaikum
Ketika sedang nyenyak dibuai mimpi😴, aku dikejutkan suami. Tersentak aku seketika sambil melihat jam , sudah hampir subuh ke... Fikirku🙆. Aku lihat jam masih awal lagi.
"Kenapa tak bernafas? " tanya suami. "Kalau tak bernafas tak kan boleh bercakap ni" sambil aku merebahkan diri semula....sambung mimpi.
Petang selepas suami rehat2 lepas balik kerja aku bertanya apasal tanya  tak bernafas tu. Kata dia sebelum tu dia dengar aku berdengkur kemudian senyap.... Kemudian dia lihat aku seperti tak bernafas... Lalu dia kejutkan , bimbang agaknya isterinya tak bernyawa lagi😢. Mungkinkah dia yang bermimpi.... Hmmm ntahlah , bila ditanya dinafikannya.
Sebenarnya sejak suami kena heart attack tempohari aku juga pernah rasai perasaan yang sama cuma aku tak pernah bagitau dia. Kadangkala ketika tidur , tak nampak ombak dadanya sengaja aku cuit2 , bila dia bergerak sikit pun hati dah lega.
Begini lah keadaan bila dah sama2 tak sehat . Apatah lagi dah tua ni...
Sebab tu sebelum tidur mengingatkan diri sendiri tak lupa kalimah sahadah selain doa2 lain. Kita tak tau bila malaikat maut menjemput.Yang pasti mati itu pasti...



17 comments:

  1. hai kak bahaya tu...risau saya!

    tapi betul lah kan, saya pun rasa masa suami sakit dulu. mesti kadang-kala ketika terjaga dari tidur tengok suami, risau jadi apa2...hihi

    jaga kesihatan ya kak!

    ReplyDelete
  2. Sama la kita saniah selalu rasa risau sampai tak lena nak tidur..asek mengintai orang tidur anak..suami semya nak ditengok lebih2 lagi bila mereka tak sihat

    ReplyDelete
  3. Lumrahnya bila kita semakin berusia kasih pada pasangan semakin erat
    Kalau boleh nak bersama sampai bila-bila.
    Kakak rasa semua pasangan macam ini SI

    ReplyDelete
    Replies
    1. betul zakie..umpama kita menanti saat yang kita takuti yang pastinya akan terjadi suatu hari nti..

      Delete
  4. alahai kak..cemas pula saya yang membacanya

    ReplyDelete
  5. memang ada yang jenis tidur tapi tak bernafas ni kak. rasa macam sleep apnea. sejenis gangguan tidur. elok kalau kak SI pun boleh refer doc ya

    ReplyDelete
  6. Ingat kak Zai aje yg mcm itu rupanya ramai. Bila terjaga tengah malam perhati ombak dada org sebelah hihi...

    ReplyDelete
  7. Kena bertanya pada yang arif masalah ni Saniah... adakah tak bernafas seketika waktu tidur tu normal atau tanda2 jantung kita bermasalah. Tak boleh pandang ringan jugak perkara ni.

    ReplyDelete
  8. Anak saudara juga saya mengalami sindrom nafas tiba tiba berhenti ketika asyik berdengkur ketika tidur.

    Selepas menjalani rawatan doktor, sekarang dia semakin pulih.

    ReplyDelete
  9. Anak saudara juga saya mengalami sindrom nafas tiba tiba berhenti ketika asyik berdengkur ketika tidur.

    Selepas menjalani rawatan doktor, sekarang dia semakin pulih.

    ReplyDelete
  10. Bila meningkat usia mcm2 penyakit dtg kan kak, nikmat umur, nikmat sihat, semua ditarik sedikit demi sedikit sehingga bila smp saat dijanjikan, tiada lagi yg tinggal...ngeri bila mengenangnya, takut bila ingt persediaan tidak sbrapa.
    Moga akk sihat selalu hendaknya.

    ReplyDelete
  11. Pasangan kita ajer yang tahu keadaan kita masa tidor kan kak saniah..
    Betul juga kata raihana dan kak sweetie tu..
    Akak kena refer doktor..
    Mana tahu sindrom jantung juga ke..

    Rupa2 sama juga dengan saya..
    Suami ke anak2 ke tak sihat..
    Selalu tengok tengah tidor..
    Tengok alunan ombak nafas kat perut tu :)

    ReplyDelete
  12. Kalau Allah nak ambil kita, bila2 masa pun dia ambil.
    Ajal maut itu ketentuannya.

    ReplyDelete
  13. Fahamnya perasaan tu SI....yelah, nak nak bila pasangan sakit, memang bercelaru fikiran kita. Mulalah mcm mcm yang terbayang dalam fikiran.

    Dengkuran pasangan tu pulak yg jadi kita lena tidur sekarang ni.
    Kita dah semakin tua SI...huhu

    ReplyDelete
  14. bukan nak takutkan kak saniah ni tau, tapi, yang ni one of symptom Obstructive Sleep Apnea (OSA) ni kak.

    Nak cerita sini panjang, nanti saya cerita dalam blog saya. Insyaa Allah...

    ReplyDelete
  15. Bila usia dah lebih setengah abad makchaq pun kalau terjaga malam tengok jugak orang sebelah.. cuit2 jugak bagi bergerak.. tak tau la mainan perasaan ke apa.. kadang2 nampak macam tak nafas..

    ReplyDelete
  16. saya selalu macam tu kak.. raba dada suami dan anak kalau mereka senyap atau dada tak berombak..

    ReplyDelete