Total Pageviews
Friday, 30 October 2020
Masak lemak sulur keladi
Monday, 19 October 2020
10/10/2020
...seramm wei hanya kami 4 org .Homestay tak jauh pun dari rumah adek.Malam datang ke rumah dia lagi,makan2 bual2 dan melihat anak sedara pakai inai.
Friday, 16 October 2020
Keladi Selatah
Thursday, 8 October 2020
Kangkung tumis campur cendawan
Wednesday, 7 October 2020
Lada dan lesung
Assalamualaikum
Sudah hampir setahun tak menulis,terasa kekok nak memulakan.Rindu sebenarnya nak mencoret di blog kesayangan ni yang banyak ku simpan cerita suka duka kehidupan seharian ku. Kalau dulu selang sehari pasti ada update di blog walapun menulis dengan hanya mengguna telefon cap ayam ,kecik pulak tu tapi bila dah minat pasti boleh.Kini rasa nya lebih mudah sebab ada laptop dan telefon pintar yang lebih baik di rumah tapi mood menulis sukar datang. Mungkin kerana aku jarang rasa kesunyian sebab anak2 ada saja di rumah apatah lagi masa2 PKP ni.
Dulu sering ku ceritakan mengenai bujang bongsu ku Iman tapi sekarang dia dah pun remaja.Tak banyak yang boleh dikongsi cerita lagi.Nak cerita pasal cucu pun tinggal berjauhan .Jumpa pun sesekali ...Oh ya Sarah Sofea sekarang dah 10 bulan. Kalau dah sesekali jumpa jangan harap lah atuk boleh timang2 atau main2 ,mau nya menangis bagai dicubit....ermm alahai cucu.
Ok lah nak mulakan cerita ya. Sebenarnya sepanjang PKP sejak bulan Mac dulu banyak sangat cerita yang tersimpan.Salah satu nya dah tentu pasal kesulitan nak keluar rumah dan membeli barang. Masa tu lah blender ku buat hal .Kalau dah semua kat rumah ada je yang nak dimasak.Sakit hati bila blender tak de nak buat sambal. Sebab lada dah ku rendam dengan air panas...dengan terpaksa rela ku tumbuk menggunakan lesung batu pusaka ku ini.
Saturday, 18 January 2020
Cara menyimpan bunga kantan agar tahan lama
Gambar ni dah lama tersimpan dalam draf. Olehkerana mood berblog tak mari2 beberapa ketika ianya tersadai saje.
Sebenarnya nak kongsi salah satu cara menyimpan bunga kantan supaya tahan lama.
Biasanya kan kalau kita simpan gitu saja dalam peti sejuk dalam nya akan hitam .Nak buat masak pun macam tak best je bila dah tak cantek.
Dipersekitaran rumah ni ada lah 3 4 rumpun pokok bunga kantan tapi susah beno nak berbunga.Kalau ada sekuntum 2 je dalam sebulan...jadi kalau petik bunga nya kena lah simpan kalau tak digunakan untuk masak masa tu.
Salah satu cara untuk menyimpan bunga kantan agar tahan lama dengan memasukkan bunga kantan yang sudah dibelah kedalam plastik aiskrim .Masukkan air dan ikat seperti buat aiskrim malaysia.
Boleh simpan lama ..berbulan2 pun masih boleh digunakan untuk masak .Budak2 kat rumah ni beberapa kali terkena sebab ingat kan aiskrim.Mereka tahu maknya selalu buat aiskrim malaysia...menyangka aiskrim perasa baru....hehee.
Satu lagi cara dengan meleraikan kuntum2 bunga kantan tu. Masukkan dalam bekas , jangan biarkan ia basah.Simpan dalam tempat beku...Insyaallah tahan lama dan tak hitam.
Selamat mencuba.
Monday, 13 January 2020
5 hari 4 mlm (part 5)
28hb Dec --awal pagi kami dah bersiap dan berkemas .Aku , suami dan Iqa keluar untuk cari sarapan di gerai2 berhampiran tapi mungkin sebab tak biasa, tak temui...yang dapat hanya sesat.Akhirnya balik dan hanya jumpa kedai makan di area berdekatan ...tak banyak pilihan ,beli mee goreng betawi dan tauhu sumbat resepi indon katanya.
Balik hotel minum kopi dan teh di cafe.Masing2 takde selera nak makan makanan yang dibeli ..mujor beli tak banyak.Akhirnya menu cafe hotel gak yang dibedal.Mak je lah yang perabiskan tauhu sumbat versi indon.
8 .15 pagi dah check out hotel....8.40 anak sulong tiba kerana dia juga akan balik ke Melaka setelah setengah bulan di Penang sejak kelahiran anaknya.Aku naik Hilux anak sulong bersama Iman.Sementara ayahnya bersama Fateha dan Atiqa.
Dalam perjalanan aku kata pada anak sulong, perlu berhenti dimana2 R&R kerana ayah tentu lapar sebab sudah biasa makan makanan berat pepagi tapi masa bekfes di hotel tu ayah hanya makan roti.Anak kata nanti akan dia bawa makan di Sungai Klah untuk makan nasi buloh.Ermm...dah terbayang keenakan nasi dalam buloh.
Keluar tol Sungkai dengan penuh harapan menuju destinasi....alangkah kecewanya memasing bila tiba tempat di tuju tak buka pula kedai nya hari tu.Malah banyak motor yang berkonvoi dan kereta yang pusing balik dengan hampa.
Kami teruskan perjalanan dan berhenti di R &R Ulu Bernam.Masing2 nak makan nasi kerena dah tengahhari ...semua dah lapar.Selesai makan terpandang pula gerai mee kari.Anak sulong kata mee kari R& R Ulu Bernam ni sedap.Sebab memasing nak merasa beli lah 2 mangkuk.
Memang sedap sangat dan terbaik tapi semua dah kenyang...sukar dah nak perabis.
Setelah selesai makan dan solat di R&R kami meneruskan perjalanan ke Sungai Buloh ...rumah adek lelaki aku.Sebenarnya hari ni adek membuat majlis pertunangan anak perempuan sulong nya.Alhamdulilah tiba tepat waktu.Sudah ada majlis seperti ni sudah tentu kena makan lagi.Memang banyak sangat makanan tapi kami masih kenyang sangat.Sebagai memenuhi syarat ambil juga sedikit makanan
dan ada yang dikongsi bersama anak2 .Iman lah yang suka sebab ada ' corndog ' free...beberapa cucuk juga lah dia makan.
Kalau ikut kan perancangan kami sebelum bercuti , balik dari Penang nak bermalam di rumah adek tetapi memandangkan saudara mara sebelah isterinya ramai kami batalkan.Kebetulan anak sulong nak balik Melaka.
Setelah selesai majlis dan beramah mesra kami minta diri untuk meneruskan perjalanan ke Melaka.Kami ditapaukan banyak makanan dan kuih muih untuk dibawa balik...ermm makanan lagi...murah beno rezeki makanan kami...Alhamdulilah.
Maghrib juga kami tiba rumah anak di Melaka.Sebelum tidur ,malam kena mendobi dulu kain baju yang setimbun ,lega lah sikit bila balik rumah nanti .
29hb Dec awal pagi kami pergi Pasar Tani Alor Gajah.Saja nak cuci mata dan membeli sedikit barangan dan sedikit makanan.Balik dari pasar tani singgah di gerai
Foto: sumber google
untuk sarapan dan bungkus untuk anak sulong dan Iman yang tinggal.Tak makan murtabak pun sebab dah puas masa kat Penang.Kami makan nasi lemak hijau dan beli bungkus untuk roti canai.
12 tengahari kami sudah bertolak balik Johor.Takde nya balik terus pun singgah Simpang Renggam rumah kakak dan adek bagi buah tangan .Rumah kakak disediakan makanan....bukan kakak masak pun semuanya made from kedai ...hihii.
Sampai di rumah lebihkurang pukul 5 petang....puhh 5 hari ditinggalkan tanpa penghuni rumah kami syurga kami.Pekara pertama sebelum masuk rumah beri makan anak2 bulus yang sudah ditinggalkan berhari2 .Alhamdulilah 5 hari 4 malam misi kami bertemu bidadari kecil sambil2 bercuti hujung tahun terlaksana dengan kepuasan .
Pulau Pinang--Kedah--Selangor--Melaka.
Alhamdulilah...








