Total Pageviews

Saturday 29 November 2014

malam misteri

ASSALAMMUALAIKUM
salam sabtu dan selamat bercuti...bagi warga Johor pun hari ini hari cuti sempena Hol Almarhum sultan .
Sebenarnya aku dah taip omelan ini malam tadi lagi cuma tak sempat nk post....kebetulan sewaktu syok menaip blackout lah pulak di seluruh kawasan kediaman kami.Tapi feeling nak menaip  semakin seronok pulak ...sesuai lah dengan cerita ni.
Hari Khamis lepas Fateha kata nak balik tapi hanya habis kuliah jam 4 petang.Si abang tak dapat balik sama kerana banyak periksa...cuma sempat menghantar ke TBS .Pergi ke terminal bas terus  beli tiket bas ekpress KKKL untuk  8.30 malam ke JB.Malangnya hanya pukul 9 malam bas baru nak gerak ....Dah tentunya kami yang nak mengambil dia juga terpaksa keluar rumah agak lewat malam.Kalau diikutkan memang tak benarkan dia balik malam tapi agak kesuntukan masa dia kami redha je ...
Biasanya perjalanan bas antara KL dengan JB lebih kurang 3 1/2 -4jam saja....jika tak de masaalah dalam perjalanan.Olehkerana aku kurang sehat hanya Azim jadi peneman ayahnya menjemput Fateha ......keluar rumah pun dah jam 11.30malam....bagi orang KL mungkin waktu2 gini masa awal lagi..Tunggulah mereka berdua di hentian bas Skudai tempat anak2 ni  biasa turun bas. Fateha tiba lebih kurang pukul 12.40 malam...terus berdesum mereka  pusing balik ....dah jalan agak lengang waktu2 ini... si ayah bawa kereta agak laju agar cepat tiba ke rumah kerana mata dah mengantuk amat dan keletihan
Lebih kurang 6-7 km dari rumah kami tiba2 enjin kereta terhenti sewaktu menuruni bukit .Kebetulan pula tempat itu lampu jalan sedang diubahsuai semula.walaupun enjin terhenti kereta masih boleh menuruni bukit sehingga tiba dihadapan sebuah taman perumahan yang agak terpencil tapi lampu jalan juga takde .Setakat itu saja kereta boleh bergerak....dalam keadaan cemas suami mengunci kereta dari dalam sambil sibuk menghubungi sesiapa untuk minta bantuan.Waktu itu jam dah pun 1.20 pagi....Aku yang tinggal kat rumah pun dah resah menunggu orang tak balik2 lagi.Azim telefon kata kereta rosak lagi....sebenarnya kawasan yang mereka berhenti tu kata orang agak keras...banyak sangat cerita2 mistik yang ramai dah ketahui sejak lama dulu lagi.....ramai yang dah jumpa mahluk2 yang tak sepatutnya ditemui disini Satu ketika dulu ada banglo tinggal di situ tapi sekarang telah dirobohkan Gelap dan sepi ketika itu hanya sesekali ada kenderaan lalu .Azim dengan Fateha memang taktau apa2 kalau tak mahu kecut perut mereka .....kata si ayah mereka siap layan game lagi....Tak lama kemudian satu kereta berhenti ,,,,alhamdulilah polis peronda rupanya.Setelah bertanya bagai2  mereka dengan baik hatinya nak menunggu sehingga encik pomen datang.....ialah kereta pun baru kembali dari bengkel.Kebetulan pula bila suami telefon dia belum tidur lagi.Bila encik pomen datang dan start kereta tanpa usik apa2,,,,enjin berfungsi seperti biasa ..Sempat encik pomen ajak singgah bengkel untuk periksa apa masaalahnya...takde apa2 .silap pun .....huuuu pelik bebeno...nyaris mereka kena tido tepi jalan yang penuh MISTERI...

5 comments:

  1. Alhamdulillah suami dan anak2 saniah selamat.
    Seram cerita saniah. Bukit Tempurung kat Perak pun banyak juga cerita misteri.

    Saniah dah duduk Johor ke? tak tinggal kat Melawati lagi.

    ReplyDelete
    Replies
    1. bila dengar cerita2 seram tu penakut juga sya ni kak zai..tapi umor dh hampir separuh abad ni tak pernah pulak jumpa hantu....
      kak zai ni salah orang agaknya ...sya ni memang sejak azali tinggal kat Johor ,cuma tak tinggal kat kg halaman sendiri je.

      Delete
  2. memang seram..acik pun penakut saniah..dulu pernah terjadi macam tu..tapi masa tu nak pi kerja shif malam..bila dia orang nak pi ambil air..acik tak berani tunggu kat kereta..takut2 pun..sanggup pi ikut cari air..dari tinggal dalam kereta

    ReplyDelete
    Replies
    1. hihiii....sama aje kita acik tapi anak sya kata tak ingat benda2 tu pun cuma ingat orang jahat je...lagi munasabah difikirkan.

      Delete
  3. Tak de apa pulak rosaknya SI....hish mengerikan sungguh kalau cenggitu. Nasiblah ada Azim jadi peneman....kalau tidak, berdua jer pun tak best jugak tu

    ReplyDelete