Assalamualaikum
Baru balik dari terminal bas ,menghantar fateha nak balik U.Anak bertuah ni sejak2 ni tiap 2 minggu pasti muncul kat pintu rumah walaupun cuti hujung minggu je.Kadang membebel juga aku pasal banyak buang masa dan membazirkan duit untuk tambang pergi balik.Tak tau lah mungkin dia nak melegakan stress belajar yang semakin berat dihujung2 sem ni.Si ayah kata ok lah dia nak balik selalu ,kalau dia tak ingat nak balik terus ,lagi lah kita risau....Yalah ayah nya yang sebenarnya begitu setia mengambil dan menghantar nya ke hentian bas walaupun di tengah2 malam .
Masa tunggu bas yang lewat tiba,dapat lagi panggilan dari pihak MRSM .Sebenarnya dah kali ke tiga dapat telefon dari Mara....begitu beria menyatakan pasal tawaran Azim ke MRSM.Dah setengah tahun ni Azim pun dah berkali2 kata tak mahu berpindah2 sekolah lagi.
Iqa tak ikut hantar Fateha ke terminal seperti kebiasaan sebab ada sorang budak sekolah rendah datang tuisyen.Iman juga tak ikut sama kerana selalu bab2 tunggu bas ni dia tak suka berlama2....seronok menghadap tv dia duk rumah.
Cadang nya sebelah petang nak pusing ke kampung sekejap,nak lihat2 jika ada ikan segar .Bulan puasa hampir tiba dah ,anak2 berselera makan sahur jika ada pekasam....lebih2 lagi Iman.Cadangnya nak cari ikan buat pekasam lah ....tapi ikan laut je.
Total Pageviews
Tuesday, 31 May 2016
Monday, 30 May 2016
Kenangan itu
Assalamualaikum
Malam sabtu singgah klinik untuk beli ubat ....beli saja tanpa jumpa doktor.Ubat untuk alahan kulit hanya sesuai di satu klinik ni.Aku turun sendirian sementara suami tunggu di kereta saja.Agak lama juga menunggu walaupun pesakit tak ramai.Keluar dari bilik doktor sepasang suami isteri menolak wheelchair seorang ibu tua yang tak sehat.Walaupun hanya lalu seketika dihadapan ku, bergenang airmata ku menahan sebak.Terbayang diruang mata satu ketika dulu pengalaman yang sama kami lalui menemani mak mertua dan mak sendiri. Rupanya di luar klinik suami juga memerhatikan ibu tua yang dalam kepayahan masuk dalam kereta dibantu oleh anak dan pekerja klinik tersebut.Dah tentu terkesan dihati nya ,bagai terimbas kembali rutinnya satu masa dulu.

Friday, 27 May 2016
Kalau dah rezeki
Assalamualaikum
Salam Jumaat
Semalam sewaktu aku duk relax2 menghadap telefon ,tersentak seketika bila ia berdering.Berdebar bila tertera nombor tak dikenali.Bimbang kiranya panggilan dari hospital berkaitan dengan sakit aku tempohari.
Bila aku jawab panggilan tu ,terus bertanyakan tentang Azim.Rupanya panggilan dari MRSM ,katanya Azim dapat tempat di sana .Mungkin rezeki Azim agaknya ,dia boleh dapat padahal dia takde pun buat ujian ataupun rayuan.Selepas PT 3 tempohari pun dia saja2 memohon ,taklah terlalu mengharap.
Sekarang ni dah pun pertengahan tahun ,bila tanya Azim semalam pun dia dah tak berminat sebab dah sebati dengan sekolah teknik sekarang ni,katanya....ke tak mau tinggal kan awek kat sini....hihiii.
Sebenarnya aku sendiri lebih suka dia terus kan di sekolah sekarang kerana takde budget untuk pindah sekolah lagi.Tambahan dah setengah tahun ni banyak yang perlu di kejar kelak bila ke sekolah baru......Bimbang yang dikejar tak dapat,yang di kendong berciciran.Kalau nak belajar dimana2 sekolah pun boleh saja,janji usaha....pesan padanya.

Wednesday, 25 May 2016
Andainya.....
Assalamualaikum
Menjadi kebiasaan suami pasti telefon ke rumah dari tempat kerja nya apatah lagi jika anak2 atau aku sendiri tak sehat.Biasanya dia akan telefon waktu tengahhari tapi bila dia sepi je sampai ke petang kita pulak risau dan tertanya2 ....maklumlah dia bekerja di luar sana apapun boleh berlaku.
Seperti semalam hingga hampir pukul 5 petang takde pun telefon dari dia.Seperti biasa kalau dia tak telefon aku lah telefon dia bertanya kan bila balik nya.Katanya lebihkurang sejam lebih lagi dia balik lah ,itu pun kalau dia balik....huhuu sedih rasa nya mendengar ayat yang last tu .
Foto:sumber facebook

Tuesday, 24 May 2016
Betul lah tu
Assalamualaikum
Monday, 23 May 2016
bila sepakat.
Assalamualaikum
Hari Sabtu 21hb ,sepupu suami buat majlis perkhawinan anak perempuan sulong nya.Walaupun majlis boleh diadakan di dewan dengan jemputan lebih 4000 orang tapi mereka buat di rumah sendiri sahaja.
Seperti biasalah jika kawasan perumahan nak buat majlis tempat agak terhad.Tapi sepupu suami agak beruntung kerana rumah nya bersebelahan dengan tadika Pasti di lot corner,berhadapan dengan padang dan surau juga dekat juga dengan tadika Kemas.Semua tempat2 dapat digunakan sebaiknya.
Apa yang aku kagum ,walaupun tinggal di taman perumahan penduduk nya masih pratik kan kerjasama untuk majlis ni.Berbanding dengan tempat aku sendiri walaupun kampung ,kebanyakan mereka guna khidmat catering je ...kalau ada rewang pun sekadar bungkus goodies je,itu pun mak2 je ,yang pak2 datang jemputan baru nampak muka.Tapi tidak di tempat sepupu suami ni .....masak memasak untuk lebih 4000 tetamu ni pun dilakukan mereka bersama .Mereka masak kat tepi padang depan rumah pengantin.Sementara tadika Pasti sebelah rumah ,tempat sedara mara berkumpul dan rewang .Masa hari majlis tadika Kemas kat depan rumah pula dijadikan tempat bungkus makanan untuk diberi kan pada sedara mara yang datang.Nak solat nak terkucil pun surau dekat sangat depan rumah mereka.Kiranya semua mudah ,patut lah mereka buat majlis kat rumah sendiri .Walaupun kanopi terpaksa dipasang depan rumah jiran2.
Sebenarnya malam sabtu tu ,kami datang juga menyibuk2.Katanya ada majlis berinai dan khatam quran .Tapi kami tiba agak lewat kerana jem teruk ...ada accident yang baru berlaku....nak aje aku suruh suami pusing balik rumah ,tapi dah tak jauh terpaksa lah tunggu bomba buat kerja selesai.
Foto: majlis khatam quran sedang berlangsung.Gambar agak gelap sebab memang suram cahaya kat belakang ,hanya terang benderang kat depan pelamin je.Yang ramai2 tu semuanya jiran2 dan penduduk kat taman situ .
Hari langsung kami pergi dah tengahhari ,perlu ke jemputan kat tempat kami dulu baru ke tempat sepupu suami.Walaupun 7 kanopi disediakan untuk tetamu jemputan masih tak mencukupi....berpusing2 kami cari tempat duduk setelah ambil.makanan.Tak sempat nak snap lauk pauk yang sedap2 tu ....sibuk mencari tempat duduk maklumlah kami ber5 kalau boleh nak ditempat yg sama.Menu utama Nasi Bryani Gam ,segala rempah ratus beli dari Batu Pahat ....memang terbaik.!.Hidangan sampingan ada putu mayam dan tapai pulut daun getah.Tapi kami tak sempat nak makan benda2 tu ,tak boleh nak berlama2 duduk ,kesian pada tetamu yang menunggu tempat2 kosong.Iman yang nak minum cendol pun terpaksa bawa mangkuk ke dalam rumah.
Foto: sementara tunggu maknya berbual tak sudah2 ,Iqa sempat ambil gambar pelamin ni.Pelamin juga dibuat diluar ,tak perlu bersempit2 kat dalam rumah.
Adalah 2 jam kami kat sini,rasanya tak puas berbual bila dah jumpa sedara mara tapi kami perlu undur diri sebab nak hantar Azim balik asrama.Segala beg dan baju sekolah pun dah bawa sekali.,jadinya terus je kami ke JB....

Foto: masa ni pengantin dah nak bersanding ,sedang lalui tol2 yang menunggu.Gambar ni pun aku snap dari depan tadika tempat kami duduk2.Sebenarnya sampai balik pun takdapat nak tengok pasangan pengantin ...huhuu ....nampak kepala orang je.
Friday, 20 May 2016
Iman dan solat Dhuha
Assalamualaikum
Salam Jumaat
Selalu nya budak2 memang mudah dapat menghafal jika guru yang mengajar mereka dengan lagu atau nyanyian.Begitu juga Iman di sekolah agama ustazah selalu ajar hafaz doa melalui nyanyian...mudah saja dia menghafal semula.Doa solat Dhuha juga sudah lancar di hafal.Selalu juga aku tanya kenapa tak buat bila dah boleh menghafal.
Entah bagaimana terbuka hatinya bila selalu lihat aku solat Dhuha.Tanpa disuroh terus lakukannya.Setelah selesai aku tanya bagaimana Iman berdoa solat Dhuha."Iman nyanyi lah macam cikgu ajar ,sebab susah nak baca macam biasa " katanya.Alahai Iman....

Foto: sumber google.
Thursday, 19 May 2016
Impian kami
Assalamualaikum
Sewaktu membaca entry Sweetie di blog Sweet Memory mengenai konvo anak bongsu nya ,hati kecil ku juga tak sabar melalui saat2 manis ini....bahagianya bila melihat anak dah berjaya kan...
Aku berdoa agar dipanjangkan usia ,moga dapat melihat detik2 itu .Anak sulong dan Fateha akan habis belajar setahun lagi ....Insyaallah.Kalau dipanjangkan umor dapat lah kami lihat mereka berdua konvo di tahun yang sama dan di universiti yang sama pada akhir 2017 kelak.
Bukan senang kami lalui saat kali pertama anak sulong melangkah kaki ke universiti 5 tahun yang lalu.Dengan pendapatan yang kais pagi makan pagi dapat juga kami sempurna kan impian dia dan impian kami juga.Setahun kemudian Fateha mengikut langkah dia,maka tanggungjawab suami semakin berat.Ketika itu Iman si bongsu kami dah pun masuk tahun 1,Azim.pula ke tingkatan 1,sementara Iqa ke tingkatan 4.Azim dan Iqa waktu itu walaupun berpeluang untuk ke asrama penuh atau MRSM terpaksa melupakan kerana kekangan ekonomi keluarga.Iqa memilih untuk ke sekolah teknik kerana budget pun tak membebankan .Tahun lepas Iqa dapat tawaran Asasi....walaupun tanggungjawab suami semakin berat namun rezeki anak2 semakin murah.Setiap anak2 ada rezeki masing2 ,itulah yang kami tanamkan dalam diri disaat sukar .Alhamdulillah Fateha dapat JPA dan Iqa dari Busary akan bakal dapat JPA juga,mereka saling membantu adik beradik yang lain ....Alhamdulillah.
Semoga kami akan lalui saat2 bahagia seperti temanku Sweetie....
Wednesday, 18 May 2016
celcom dan mee bandung pedasss.
Assalamualaikum
3 anak belajar di luar sana perlu kan broadband untuk internet laptop mereka.Wifi universiti selalu tak dapat digunakan ,sentiasa slow memanjang.Dah bertahun2 mereka gunakan Celcom ,
kecuali anak sulong dah beralih ke U Mobile.Semenjak dua menjak ni broadband Celcom Iqa dan Fateha semakin slow ,jadinya dorang jarang gunakan .Biasalah bil tetap jalan ,rasa membazir pulak .Cadangnya nak hentikan saja khidmat celcom ni ,nak tukar lain je....seperti biasa lah anak2 belum ada yang bekerja,urusan bil2 ni makpak dorang ni lah yang kena selesaikan...huhuuu.Hasrat nak hentikan khidmat Celcom ni masih belum dapat lagi, perlu ke Kempas atau Taman Molek katanya.
Setelah balik bayar segala bil2,Iman kata nak makan tempat Sultan datang tempohari .Ok lah kita singgah tapi Iman ni selera dia cuma nasi ayam dengan mee sup je ....lain2 makan an pedas dia tak pandang pun .
3 anak belajar di luar sana perlu kan broadband untuk internet laptop mereka.Wifi universiti selalu tak dapat digunakan ,sentiasa slow memanjang.Dah bertahun2 mereka gunakan Celcom ,
Setelah balik bayar segala bil2,Iman kata nak makan tempat Sultan datang tempohari .Ok lah kita singgah tapi Iman ni selera dia cuma nasi ayam dengan mee sup je ....lain2 makan an pedas dia tak pandang pun .
Foto:hanya sempat snap gambar depan gerai makan Kulai Besar ni tempat singgah nya Sultan Johor dalam Kembara Mahkota Johor tempohari.
Foto:aku dengan Iqa oder mee bandung.Mee bandung nya memang best ,ada udang,sotong ,hirisan ayam ,daging dan telor.....Sedappp sangat tapi yang tak tahan keluar air hidung ,air mata dibuatnya dek terlalu pedasss pada tekak kami.Mangkuk nya pun agak besar ,jadinya aku berkongsi dengan suami je.Memang terbaik dengan harga hanya 20 RM dengan 3 mangkuk mee dan 3 gelas air ,milo dan teh ais.Dihadapan dinding gerai juga ada dilekatkan pelekat A untuk gerai mereka....patut lah ramai pelanggan.
Tapi dalam perjalanan balik masih lagi terasa pedasnya...huarghhh.
Monday, 16 May 2016
aku dan Iqa ke Penang 3
Assalamualaikum,
Terlebih dahulu ingin mengucap selamat hari guru pada sahabat2 blogger yang bergelar guru juga pada guru2 di luar sana.
Ok kita sambung entry pasal ke Penang ya,
9hb seawal 4.30 pagi aku dah terjaga dari tidur...terus tak dapat lelapkan mata lagi .Segera bangun dan kemaskan beg kain baju semula.Kata kawan anak ,kami akan bertolak ke USM seawal pukul 6.30 atau 6.45 pagi,bimbang jalan sesak maklumlah hari bekerja.5 pagi aku kejutkan Iqa supaya segera bersiap tapi bukan main liat bangunnya dek kepenatan berjalan semalam.5.30 pagi aku tepon suami kat Johor ....hihii saja kacau dia :-),alasan nya bimbang Iman lewat ke sekolah.
Selepas masing2 selesai solat suboh , minum dan sarapan sikit terus lah kami keluar rumah.Seperti dijangka jalan menghala ke jambatan PP sesak tapi sempat lah tiba ke USM pada waktu yang ditetapkan.Kelihatan tak banyak kereta yang datang....senang je nak letak kereta kat mana2 pun.Masa Iqa ke tempat pendaftaran baru lah kami tau pada pagi Isnin 9/5 tu temuduga untuk warga Johor sahaja.Pelajar2 dari negeri2 yang lain pada waktu dan hari yang berbeza.
.Sementara Iqa berlama2 kat dalam kami duduk menunggu kat luar ...mujur lah ada bangku dan pokok merimbun ....panas pun tak terasa.Bila dah duduk2 gitu ramai lah dapat bertegur sapa pada dorang yang juga sedang tunggu anak interview.Kebanyakan nya ibubapa pelajar cina lebihnya melayu dan india.Tapi seronok juga jumpa orang satu negeri walaupun daerah yang berbeza.
Lama juga Iqa di dalam sana ,lebih pukul 11 juga baru keluar.
Masa nak balik ibu kawan anak suroh pekena nasi kandar dulu sebelum balik Johor.Perut pun dah pedih minta diisi,aku ok je walaupun aku bukan penggemar masakan kari2 ni.Seperti biasa lah makan free ...makan jelah.
Tiba di terminal bas Butterworth terus cari tiket ke Johor Bharu....malangnya semua pejalanan malam.Nasib baik terfikir nak turun TBS dan kemudian nanti sambung beli tiket bas dari TBS ke JB pulak.Agak kelamkabut bila bas yang nak dinaiki betul2 masa tu time jalan nya sedangkan beg dan barang masih dalam kereta.Mujurlah driver bas tu sanggup nak tunggu kami.
Tiba di TBS pun dah lewat sejam ,tahu jelah masa2 gini lah orang2 KL balik kerja memang sesak teruk....redho jelah ....huhuuu.Dalam masa tu janji dengan Fateha nak jumpa kat TBS boleh makan2 dulu sebelum naik bas balik JB.Udahnya Fateha datang lewat ,tiket bas yang dibeli pun dah nak jalan .Fateha cuma sempat belikan Roasted chicken Subway untuk kami makan dalam bas.Apapun dah naik bas sebenarnya pukul 9++ malam baru jalan....sempat lagi kalau nak makan berpinggan2'pun.Bas yang kami naik tu melalui Kulai ,lebih kurang pukul 12.30 mlm kami dah tiba.Kesian pulak orang dua beranak tu tunggu kami ditengah malam buta....
Alhamdulillah,selesai sudah urusan untuk teman Iqa ke Penang, kini sedang menanti result nya saja....Kalau ada rezeki adalah tapi kalau sebaliknya tak apalah ,mungkin ada peluang yang lebih baik.Dua tiga hari lepas keputusan Asasi Iqa juga dah keluar ,moga tercapai apa yang dicita2 kan...Aminnn.
Foto: result Asasi Iqa yang baru diperolehi.
Terlebih dahulu ingin mengucap selamat hari guru pada sahabat2 blogger yang bergelar guru juga pada guru2 di luar sana.
Ok kita sambung entry pasal ke Penang ya,
9hb seawal 4.30 pagi aku dah terjaga dari tidur...terus tak dapat lelapkan mata lagi .Segera bangun dan kemaskan beg kain baju semula.Kata kawan anak ,kami akan bertolak ke USM seawal pukul 6.30 atau 6.45 pagi,bimbang jalan sesak maklumlah hari bekerja.5 pagi aku kejutkan Iqa supaya segera bersiap tapi bukan main liat bangunnya dek kepenatan berjalan semalam.5.30 pagi aku tepon suami kat Johor ....hihii saja kacau dia :-),alasan nya bimbang Iman lewat ke sekolah.
Selepas masing2 selesai solat suboh , minum dan sarapan sikit terus lah kami keluar rumah.Seperti dijangka jalan menghala ke jambatan PP sesak tapi sempat lah tiba ke USM pada waktu yang ditetapkan.Kelihatan tak banyak kereta yang datang....senang je nak letak kereta kat mana2 pun.Masa Iqa ke tempat pendaftaran baru lah kami tau pada pagi Isnin 9/5 tu temuduga untuk warga Johor sahaja.Pelajar2 dari negeri2 yang lain pada waktu dan hari yang berbeza.
Foto: dihadapan bangunan Pusat Pengajian Sains Farmasi
Lama juga Iqa di dalam sana ,lebih pukul 11 juga baru keluar.
Masa nak balik ibu kawan anak suroh pekena nasi kandar dulu sebelum balik Johor.Perut pun dah pedih minta diisi,aku ok je walaupun aku bukan penggemar masakan kari2 ni.Seperti biasa lah makan free ...makan jelah.
Foto: hanya lauk sayur bendi dan ayam goreng je yang aku ambil...Sukar nak habis kan sepinggan ni tapi memandangkan buat alas perut untuk perjalanan jauh....licin juga lah pinggan.
Foto: oleh kerana dah tengahhari kenderaan pun tak begitu banyak ,kami balik ke seberang ikut feri.
Tiba di TBS pun dah lewat sejam ,tahu jelah masa2 gini lah orang2 KL balik kerja memang sesak teruk....redho jelah ....huhuuu.Dalam masa tu janji dengan Fateha nak jumpa kat TBS boleh makan2 dulu sebelum naik bas balik JB.Udahnya Fateha datang lewat ,tiket bas yang dibeli pun dah nak jalan .Fateha cuma sempat belikan Roasted chicken Subway untuk kami makan dalam bas.Apapun dah naik bas sebenarnya pukul 9++ malam baru jalan....sempat lagi kalau nak makan berpinggan2'pun.Bas yang kami naik tu melalui Kulai ,lebih kurang pukul 12.30 mlm kami dah tiba.Kesian pulak orang dua beranak tu tunggu kami ditengah malam buta....
Foto:jeruk madu Pak Ali tak lupa beli tapi kami sendiri yang makan...Iman dengan encik suami tak pandang pun jeruk2 ni.
Foto: result Asasi Iqa yang baru diperolehi.
Thursday, 12 May 2016
aku dan iqa ke Penang 2
Assalamualaikum
Setelah 1/2 hari duduk rehat ,mengendurkan urat2 yang tegang dek perjalanan yang panjang ,ibu kawan anak bercadang nak bawa kami jalan2 kebetulan juga nak bawa anak dia yang duk asrama outing.Oleh kerana kami masih kenyang ,segala masakan yang dimasak semua dimasukkan dalam bekas untuk makan sambil berkelah katanya.
Tengahari jugalah kami keluar rumah...Lega takde kesesakan di jambatan PP seperti kebiasaan.
Tiba di Sekolah Perempuan St.George dah hampir pukul 2.Kami tumpang tunaikan solat zuhur di surau sekolah .Hanya selepas pukul 2 anaknya dibenarkan outing...perut masing2 dah mula lapar tapi nak pergi tempat di tuju agak jauh.Dan jangan ingat orang Penang mahir kesemua tempat2 di pulau tersebut,terpaksa lah guna waze juga.Tiba di Taman Rimba Telok Bahang pun dah pukul 3, apa lagi terus jelah hadap bekal yang dibawa.Selesai makan dan rehat2 di sini barulah ke tempat2 yang lain sebelum menghantar semula anaknya ke asrama .Sekali lagi lagi kami tumpang solat di surau sekolah.
Kawan anak dan ibunya kata tak sah kalau datang Penang tak makan Char Kuay Tiaw .Tempat yang popular dah tentu kat Sungai Dua tak jauh dari rumah mereka tapi memandangkan jalan agak sesak dibawanya ke Permatang Pauh .Sebelum itu kami tunai kan solat Maghrib di masjid Seberang Jaya.Mungkin hari minggu ramai yang singgah solat di sini sehingga kan telekung kehabisan untuk dipakai.Aku yang sentiasa bawa telekung sendiri perlu berkongsi dengan Iqa ,jadinya kena lah tunggu dia selesai solat.
Foto: kedai Char Kuay Tiaw yang agak popular disini....ramai sungguh pengunjung,mujor kami dapat meja hampir dengan kaunter.
Foto:sedappp.....char kuay tiaw original Penang.
Foto:kami juga di suruh rasa nasi lemak daun pisang walaupun bungkusan nya comel je tapi sedap sangat sambalnya dan yang special nya ada seketul ikan sardin goreng.
Semua makanan sedap2 dan lebih sedap lagi bila makan free kan...:-).
Balik ke rumah kawan anak tadi setelah selesai mandi ...kemas2 barang ...terus bumm tido tak ingat dunia dah dek kepenatan dan kaki dah rasa macam nak tercabut dah ,apatah lagi tak tido semalam an waktu dalam bas....terus je zzzz.
Okey kita sambung lah ya ,penat pulak menaip...
Setelah 1/2 hari duduk rehat ,mengendurkan urat2 yang tegang dek perjalanan yang panjang ,ibu kawan anak bercadang nak bawa kami jalan2 kebetulan juga nak bawa anak dia yang duk asrama outing.Oleh kerana kami masih kenyang ,segala masakan yang dimasak semua dimasukkan dalam bekas untuk makan sambil berkelah katanya.
Tengahari jugalah kami keluar rumah...Lega takde kesesakan di jambatan PP seperti kebiasaan.
Tiba di Sekolah Perempuan St.George dah hampir pukul 2.Kami tumpang tunaikan solat zuhur di surau sekolah .Hanya selepas pukul 2 anaknya dibenarkan outing...perut masing2 dah mula lapar tapi nak pergi tempat di tuju agak jauh.Dan jangan ingat orang Penang mahir kesemua tempat2 di pulau tersebut,terpaksa lah guna waze juga.Tiba di Taman Rimba Telok Bahang pun dah pukul 3, apa lagi terus jelah hadap bekal yang dibawa.Selesai makan dan rehat2 di sini barulah ke tempat2 yang lain sebelum menghantar semula anaknya ke asrama .Sekali lagi lagi kami tumpang solat di surau sekolah.
Foto: Bekal yang dibawa nasi ,ikan goreng,rendang ayam ,spaggetti cabonara ,buah2an dan makanan ringan....kami berdua tumpang makan je,malu wei baru je kenal ...nak makan pun cover2 walaupun perut dah pedih minta diisi.
Foto: cantek dan nyaman suasana Taman Rimba Telok Bahang ni.Ramai yang bawa anak2 mandi manda.Kata kawan anak ada 7 tingkat.....
Foto: dalam perjalanan menghantar pulang anak dia ke asrama,singgah ke pantai Batu Feringgi....sekadar melihat keindahan pantai dengan batu2 nya yang cantek.Kalau lah Iman ada sama .....
Seperti biasalah kalau ke Penang tempat2 tumpuan pelancong lah yang dbawa mereka.Walaupun kaki dah penat melangkah tapi ikut kan je....dah orang nak bawak berjalan kan....
Foto:Iqa dengan kucing gegasi yang comel
Foto:hihii ...hanya janggutnya dapat ku capai.:-)
Foto: semakin petang semakin ramai pelancong.Masa jalan2 kat sini beli sedikit souvenir dan tshirt untuk anak2.Tapi dek kerana terlalu teruja bergambar sana sini hampir tertinggal barang2 yang dibeli.Mujur juga masa kembali semula ke tempat barang yang diletakkan tu masih ada....syukur sangat.
Dalam kami jalan2 tu ,boleh kata setiap waktu Iman balik dari sekolah pasti tepon dari Johor....ada saja cerita dan tanya nya mak kat mana ....kadang cuma nak gitau yang dia jadi imam masa solat kat sekolah.Aku yang ikut dorang ni rasa tak senang hati dibuatnya ...terbayang alangkah seronok nya Iman jika bawa jalan2'gini.Kawan anak dan ibunya kata tak sah kalau datang Penang tak makan Char Kuay Tiaw .Tempat yang popular dah tentu kat Sungai Dua tak jauh dari rumah mereka tapi memandangkan jalan agak sesak dibawanya ke Permatang Pauh .Sebelum itu kami tunai kan solat Maghrib di masjid Seberang Jaya.Mungkin hari minggu ramai yang singgah solat di sini sehingga kan telekung kehabisan untuk dipakai.Aku yang sentiasa bawa telekung sendiri perlu berkongsi dengan Iqa ,jadinya kena lah tunggu dia selesai solat.
Foto: kedai Char Kuay Tiaw yang agak popular disini....ramai sungguh pengunjung,mujor kami dapat meja hampir dengan kaunter.
Foto:sedappp.....char kuay tiaw original Penang.
Foto:kami juga di suruh rasa nasi lemak daun pisang walaupun bungkusan nya comel je tapi sedap sangat sambalnya dan yang special nya ada seketul ikan sardin goreng.
Semua makanan sedap2 dan lebih sedap lagi bila makan free kan...:-).
Balik ke rumah kawan anak tadi setelah selesai mandi ...kemas2 barang ...terus bumm tido tak ingat dunia dah dek kepenatan dan kaki dah rasa macam nak tercabut dah ,apatah lagi tak tido semalam an waktu dalam bas....terus je zzzz.
Okey kita sambung lah ya ,penat pulak menaip...
Wednesday, 11 May 2016
aku dan Iqa ke Penang 1
Assalamualaikum
Alhamdulillah....selesai sudah urusan temuduga Iqa di USM Penang tempohari.,hanya menanti result samada berjaya atau tidak aje.
Sabtu 7/5 lepas solat Maghrib ,suami hantar kami ke Larkin Central .Tiba pun dah hampir Isyak.Sebelum ambil nombor bas kami cadang solat Isyak dulu di surau Bergilir kami solat sebab nak tunggu beg yang dibawa....risau juga kalau dah tempat awam begini apapun boleh jadi.
9.30 malam aku dengan Iqa dah pun naik bas.Sedih tengok Iman yang kelihatan sayu ,maklumlah tak pernah tinggal kan jauh.Apa tah lagi hanya Iman dengan ayahnya saja....biasanya kalau kena tinggal abang kakak ada kat rumah.
Perjalanan yang panjang ,nak tiba ke Butterworth lebih 9jam ...naik kematu punggung dibuatnya :-).Apatah lagi bas gerak agak lewat .Suasana dalam bas yang sejuk dan gelap ,penumpang2 syiok tidur lena ,begitu juga Iqa yang duduk disebelah aku.Tapi tidak pada aku,puas juga pejamkan mata ,baca ayat2 yang sepatutnya tapi mata tak juga mahu tidur.Akhirnya hanya terkebil2 memerhatikan jarum jam dan sesekali pandang suasana diluar tingkap yang suram malam.
Sewaktu di perhentian R&R akhir ,bila aku turun bas untuk ke toilet terpandang signboard kecil bas yang kami naik tu akan ke Kuala Perlis dan Butterworth bukan setesen akhirnya.Terpaksa lah aku bagitau nak turun kat mana pada driver bas ...Kalau tidak bas tu tak kan behenti di Butterworth .Bila tiba dan turun d,rupanya hanya kami berdua je ...yang lain ke destinasi seterusnya.
Kami dibawa mereka balik ke rumah di Sungai Dua.Lepas mandi ,sarapan ,disuruh nya berehat .Iqa apa lagi bukan main lena tidur nya .Mata aku tak tau lah payah beno nak lelap...terlena seketika je.Udahnya aku keluar bilek dan berbual2 dengan tuan rumah.
Okey lah kita sambung di n3'lain ya.....
Alhamdulillah....selesai sudah urusan temuduga Iqa di USM Penang tempohari.,hanya menanti result samada berjaya atau tidak aje.
Sabtu 7/5 lepas solat Maghrib ,suami hantar kami ke Larkin Central .Tiba pun dah hampir Isyak.Sebelum ambil nombor bas kami cadang solat Isyak dulu di surau Bergilir kami solat sebab nak tunggu beg yang dibawa....risau juga kalau dah tempat awam begini apapun boleh jadi.
9.30 malam aku dengan Iqa dah pun naik bas.Sedih tengok Iman yang kelihatan sayu ,maklumlah tak pernah tinggal kan jauh.Apa tah lagi hanya Iman dengan ayahnya saja....biasanya kalau kena tinggal abang kakak ada kat rumah.
Perjalanan yang panjang ,nak tiba ke Butterworth lebih 9jam ...naik kematu punggung dibuatnya :-).Apatah lagi bas gerak agak lewat .Suasana dalam bas yang sejuk dan gelap ,penumpang2 syiok tidur lena ,begitu juga Iqa yang duduk disebelah aku.Tapi tidak pada aku,puas juga pejamkan mata ,baca ayat2 yang sepatutnya tapi mata tak juga mahu tidur.Akhirnya hanya terkebil2 memerhatikan jarum jam dan sesekali pandang suasana diluar tingkap yang suram malam.
Sewaktu di perhentian R&R akhir ,bila aku turun bas untuk ke toilet terpandang signboard kecil bas yang kami naik tu akan ke Kuala Perlis dan Butterworth bukan setesen akhirnya.Terpaksa lah aku bagitau nak turun kat mana pada driver bas ...Kalau tidak bas tu tak kan behenti di Butterworth .Bila tiba dan turun d,rupanya hanya kami berdua je ...yang lain ke destinasi seterusnya.
Foto:suasana awal pagi di setesen bas Butterworth yang sedang dalam proses pembinaan yang lebih moden.
Tiba lebih kurang 6.30 pagi.....hari hampir cerah.Duduk seketika sebelum tepon ibu kawan anak sulong yang kami dah sampai.Katanya tunggu 10minit baru tiba .Sementara tu kami jadi pemerhati keadaan sekelilingnya....huh! dimana2 ramai nya pendatang asing.Bila kawan anak yang menjemput tiba ,kami terpaksa berjalan ke tempat letak kereta agak jauh.Sebenar nya kami tak pernah jumpa pun 'tourist guide' kami ni cuma selalu berbual dan berwasap dengan tepon je....berdebar juga bila nak jumpa dengan orang yang tak pernah kita bersua....ke mereka yang lebih berdebar?Kami dibawa mereka balik ke rumah di Sungai Dua.Lepas mandi ,sarapan ,disuruh nya berehat .Iqa apa lagi bukan main lena tidur nya .Mata aku tak tau lah payah beno nak lelap...terlena seketika je.Udahnya aku keluar bilek dan berbual2 dengan tuan rumah.
Okey lah kita sambung di n3'lain ya.....
Wednesday, 4 May 2016
biji aprikot
Assalamualaikum
Seorang kawan bagi tau tentang kebaikan BIJI APRIKOT untuk pesakit kanser.Pertama kali mengetahui bila kawan beritahu kakak dia yang penghidap leukemia stage 4 mengamalkan makan biji aprikot ni disamping ubat2 hospital sudah beransur sembuh.
Baru2 ni kawan yang baikhati tu tawarkan diri belikan untuk aku mencuba.Walaupun aku rasa sudah sehat setelah opret tempohari...tapi tak salah kan mencuba benda yang baik untuk kesihatan.
Seperti biasa nak kan kepastian tanya encik google dulu apa khasiat sebenarnya.Rasanya sedap juga seperti biji badam tapi kecil2...kata kawan kadang ada yang pahit.
2 hari berturut2 aku makan biji aprikot tu dalam jumlah yang ganjil ,pesannya.Tapi hari seterusnya aku terpaksa tangguhkan dulu untuk terus makan kerana sejak pagi sesekali dibahagian perut hampir tempat opret tempohari pedih bagai dihiris sesekali.Tak tau lah sebab makan biji tu ke atau lain tapi aku terpaksa berhenti dulu makan nya ,bimbang jika sakit bagaimana nak teman kan Iqa ke Penang kelak.
Bila baca encik google ...biji aprikot ni elok untuk kulit seperti jerawat....pelawa Iqa untuk makan ,sedap seperti rasa kekacang...laju je dikunyahnya .Alhamdulillah tak de alahan .
Antara khasiat biji aprikot ni:

Foto: sumber google

Tuesday, 3 May 2016
hari cuti
Assalamualaikum
Mengambil kesempatan cuti dua tiga hari sempena Hari Buruh, Fateha balik juga walaupun beli tiket last minute.Azim juga balik dari asrama ....kecuali abang nya yang tiada mungkin kerana sibuk study memandangkan minggu ni katanya ada test.Meriah lah rumah ni sekejap dengan hiruk pikuk mereka berbual ....
Jika dah ramai2 ni dah tentu perut sentiasa lapar ,nak2 bujang aku Azim yang sedang meningkat remaja ni....lapo memanjanggg....!Tak kering tangan dibuatnya....mujurlah Fateha dah boleh buat kerja masak memasak walaupun simple2 je .
Sabtu bawa rakyat jelata kami yang 4 orang ni keluar ,cadangan nya nak ziarah mak long dorang yang uzor kat kampung.Sebelum tu kami pergi Larkin Central untuk survey tiket mana yang patut aku dengan Iqa beli untuk kami ke Pulau Pinang hujung minggu ni.Akhirnya kami pilih KKKL je....itupun sebelah malam.Nak beli.tiket pun anak beranak 6 orang yang pergi...hahaa....perasaan pulak kami ketika tu!!.
Pusing balik untuk ke kampung .Dalam kereta dengan dorang yang 4 orang ni walaupun dah remaja tak pernah sepi....ada2 je yang dibualkan mereka dan usik mengusik...sekejap2 ada yang menyanyi ,nak2 Si Azim dan Iqa .Kami mak ayah dorang hanya mendengar je telatah mereka ,dan sesekali tersenyum dan menyampuk apa yang dibualkan.Iman kata " bisingnyaaaaa...."."takpelah esok.dorang dah pisah2, sorang ke sana sorang ke sini" aku menyampuk.
Begitulah anak2 ni bila dah bertemu riuh rendah jadinya....kecuali anak sulong samaada dia ada atau tidak tetap sama sebab nya dia begitu pendiam....berbual jika perlu je.
Mengambil kesempatan cuti dua tiga hari sempena Hari Buruh, Fateha balik juga walaupun beli tiket last minute.Azim juga balik dari asrama ....kecuali abang nya yang tiada mungkin kerana sibuk study memandangkan minggu ni katanya ada test.Meriah lah rumah ni sekejap dengan hiruk pikuk mereka berbual ....
Jika dah ramai2 ni dah tentu perut sentiasa lapar ,nak2 bujang aku Azim yang sedang meningkat remaja ni....lapo memanjanggg....!Tak kering tangan dibuatnya....mujurlah Fateha dah boleh buat kerja masak memasak walaupun simple2 je .
Setelah selesai masak ini sepatutnya kerja Iqa .....bila dia jenguk ke dapur....WAH!... NIGHTMARE kata dia.Hihiii ...mana taknya banyak nak kena cuci.
Walaupun hari cuti tuisyen Iqa tetap ada atas permintaan mak2 dorang memandangkan pelajar sekolah menengah dah mula pekse 1/2 tahun minggu ni.Apatah lagi mereka tinggal di asrama sesekali je dapat tuisyen....budak2 sekolah menengah harian kat sini bagai kurang minat ,walaupun mak2 dorang yang minta ajarkan tuisyen.
Sebenarnya nak beri tuisyen kena tuisyen kan diri sendiri dulu....maklum lah dah 2 tahun tinggal kn sekolah.Seperti biasa lebih suka buat kerja di bawah dari kat meja.Boring2 boleh golek2 baring2 lelapkan mata.Sabtu bawa rakyat jelata kami yang 4 orang ni keluar ,cadangan nya nak ziarah mak long dorang yang uzor kat kampung.Sebelum tu kami pergi Larkin Central untuk survey tiket mana yang patut aku dengan Iqa beli untuk kami ke Pulau Pinang hujung minggu ni.Akhirnya kami pilih KKKL je....itupun sebelah malam.Nak beli.tiket pun anak beranak 6 orang yang pergi...hahaa....perasaan pulak kami ketika tu!!.
Pusing balik untuk ke kampung .Dalam kereta dengan dorang yang 4 orang ni walaupun dah remaja tak pernah sepi....ada2 je yang dibualkan mereka dan usik mengusik...sekejap2 ada yang menyanyi ,nak2 Si Azim dan Iqa .Kami mak ayah dorang hanya mendengar je telatah mereka ,dan sesekali tersenyum dan menyampuk apa yang dibualkan.Iman kata " bisingnyaaaaa...."."takpelah esok.dorang dah pisah2, sorang ke sana sorang ke sini" aku menyampuk.
Begitulah anak2 ni bila dah bertemu riuh rendah jadinya....kecuali anak sulong samaada dia ada atau tidak tetap sama sebab nya dia begitu pendiam....berbual jika perlu je.
Subscribe to:
Posts (Atom)