Total Pageviews

Wednesday 8 February 2017

Coretan lemau...

Assalamualaikum
Rasa lemau je nak update blog ,terfikir juga nak pencen .Tapi katanya coretan hidup kan ,nak juga abadikan kan kenangan pahit manis dalam blog .....selagi upaya.Andai aku dah tiada ,dapat juga ditatap oleh anak cucu....mudah2an mereka tahu sukarnya perjalanan untuk  membesar kan mereka.
Adoiiiai...duk merapu aku pagi2 ni.Selesai berkemas ,rehat2 lah kejap.Takde apa nak dikejar bila dah sendirian ni.Lepas selesai semuanya nanti baru mula kan aktiviti mengait ...terleka bila dah hadap benang kait.
Lepas subuh tadi mengalir airmata aku bila Fateha hantar wasap....Alhamdulillah dia dapat Dekan lagi sem ni.Bukan mudah anak2 ni hadapi exam tempohari dengan keadaan ayah nya yang sakit .Apatah lagi memikirkan keadaan kewangan terhad ketika ayahnya tak dapat berkerja masa tu.Alhamdulillah....rintangan itu menjadi semangat .
Esok 9 Februari.....dah 11 tahun Iman.Kebetulan esok cuti ,sibuk dah mengingat kan hari  besday dia.Tak de lah bezday2 party cuma dia kata nak kek je....makan anak beranak je.
Iman ni lahir dah terkemudian dari abang kakak nya,perangainya pun berbeza .Dan kami yang dah berusia ni membela nya pun dengan cara yang berbeza....tak sama dengan anak2 terdahulu yang kurang celek it masa baya2 Iman ni tapi Iman celek mata dah didedahkan dengan it.
Foto: Iman masa tadika
Apa pun semoga Iman membesar menjadi anak yang berjaya di dunia dan akhirat....Aminnm.

18 comments:

  1. Tahniah utk Fateha dan Selamat Hari Lahir buat Iman [in advance].
    Syukur, w/pun keadaan ekonomi dan kesihatan terbatas anak2 akak tak putus semangat!

    Jgn ler berhenti menulis kak.

    ReplyDelete
  2. Semoga iman jd anak soleh. Membesar dlm zaman it berbeza dgn zaman ldy dlu2.

    Smg ank akk sorg lg tu terus dpt cemerlang tuk sem2 berikutnye. Ameenn..

    Akak, nnti citelah mcmn nk didik ank cemerlang. Lady nk bc..

    ReplyDelete
  3. TAHNIAH FATEHA BIJAK N RAJIN BLJR HAPPY BIRTHDAY ANAK SOLEH

    ReplyDelete
  4. tahniah untu fateha...

    untuk iman selamat menyambut hari lahir esok, moga menjadi anak yang soleh, berjaya dunia dan akhirat

    ReplyDelete
  5. Tahniah untuk Fateha ..... Gembiranya hati seorang ibu bila dihadiahkan kejayaan mcm tu kan SI. Rezeki kegembiraan tu namanya.
    Wah!! nak buat alas apalah tu agaknya ye SI kalau dah siap nanti....
    Celebrate bertiga ajelah nampaknya bezday Iman tu yek

    ReplyDelete
  6. Wahhh dekan anaknya. tahniah. belajar course apa tu kak ? hehe

    ReplyDelete
  7. Assalamualaikum kak, moga sentiasa diberikan kesihatan yang baik
    Alf mabruk! Syabas! Di antara kegembiraan yang amat bermakna ialah tatkala anak-anak menghadiahkan kejayaan mereka di dalam apa jua lapangan. terasa penat lelah membesar, mendidik mereka terbalas walaupun dihati ibu bapa sedikit pun tidak minta dibalas. Setiap kejayaan anak-anak adalah milik anak-anak sedangkan ibu bapa sekadar mahu berkongsi kejayaan tersebut.
    Sanah helwah ya Iman....

    ReplyDelete
  8. Tahniah buat Fateha... Advance Happy Birthday buat Iman. Semoga Iman menjadi anak kebanggaan ibubapa in syaa Allah.

    P/s: Kak Zai suka cara Saniah didik anak2 dan anak2 juga faham dgn keadaan ayah yg kurang sihat. In syaa Allah bila mereka sudah bekerja nanti Saniah dan suami akan merasa kesenangan dan kebahagian.

    ReplyDelete
  9. Semuga anak2 Pn Saniah menjadi insan2 yang soleh dan solehah.
    Tahniah Fateha, teruskan usaha.
    Hb Iman.
    Semoga suami pn saniah cepat sembuh.

    ReplyDelete
  10. Tahnia SI dan Fatiha seronok kan SI bila tiap sem anak dapat Dekan..Happy birthday Iman

    ReplyDelete
  11. Tahniah buat Fateha... semoga cemerlang di exam2 seterusnya dan mengekalkan Dekan tu dan di penghujungnya akan dapat ANC. Happy besday buat si bungsu Iman. Buat Saniah bersabar dan tabahlah menumpuh dugaan ini... Kalau kita lemah nanti anak-anak pun hilang semangat.

    Saya masa zaman remaja dulu gemar juga mengait... tapi sekarang tak lagi malah dah lupa macammana nak mengait.

    ReplyDelete
  12. Nampak sangat Fateha ni memang anak bijak
    Sikit je lagi 4.0 - Tahniah!

    Happy birthday Iman.
    Sama dgn abang kakak ni SI hari ini juga tapi dia dah tua dah pencen pun.

    ReplyDelete
  13. Tahniah fateha. Tahniah ibunya juga. Happy birthday iman.. Teruskan membuat corwtan hidup

    ReplyDelete
  14. alhamdulillah..bkn senang nak dapat dekan tu..tahniah adik..

    ReplyDelete
  15. tahniah fateha, happy bday iman!

    ReplyDelete
  16. alhamdulillah, dapat anak2 yg bijak pun rezeki tak ternilai tu. kak jangan pencen lagi dari blog, sy suka baca kak tulis hari2.

    & happy birthday to iman. :)

    ReplyDelete
  17. Cantik padanan warna hijau dan putih tu kak saniah..
    Nak buat alas meja ke..
    Siap nanti share ye..

    Tahniah Fatehah..
    Semoga terus cemerlang..

    Selamat hari lahir iman..
    Semoga menjadi anak yg soleh..

    ReplyDelete