Total Pageviews

Monday 15 December 2014

ke hospital

Assalammualaikum
Malam Sabtu lepas aku dapat sms dari sepupu minta tolong hantar dia ke Hospital Sultanah Aminah .Katanya tak berdaya  nak tunggu esok bila dapat panggilan dari hospital memberitahu suami dia perlu pembedahan lagi kerana masaalah pada ususnya pula padahal tak sampai pun 2 minggu lepas telah dilakukan pembedahan pundi kencing .Suami sepupu sememang telah disahkan  kanser pundi kencing , baru saja diketahui tak sampai pun 2 bulan...dah agak kritikal .terus terpaksa dilakukan pembedahan .
Seorang yang peramah dan suka sangat dengan hobinya memancing...bila jumpa kawan sekepala takde dah cerita lain .Tak pernah hadapi masalah kesihatan yang serius....tapi tak sangka kanser dah lama bersarang dalam badan dia.
Rumah sepupu di Bandar Tenggara ,agak jauh juga dari rumah kami....tapi kasihan dengan keadaan yang cemas seorang diri di rumah ,kami suroh anak2 bersiap untuk ikut serta .Suami aku  tak mahu anak2 tinggal di rumah atau menumpang jiran .Malam itu ke Bandar Tenggara lah kami dan terus ke Johor Baharu ...tiba di hospital pun dah hampir 11 malam .Hanya suami yang mengikut sepupu naik ke wad sementara aku dan anak2 hanya menunggu dibawah.

Sebelum itu suami sepupu di temani anak sulong nya yang baru saja tamat belajar di UPM ..bakal guru.....kasihan si ayah yang sakit tak dapat nak melihat sendiri anak nya di majlis konvokesyen baru2 ni Sepupu ni hanya ada 2 anak perermpuan ,si bongsu masih tahun 1 di UPSI.Sepupu berkerja jadi terpaksa lah dia ulangalik dari rumah 2 atau 3 hari sekali.
Aku dan anak2 tunggu agak lama ...hati tertanya2 kenapa suami tak turun2 lagi .Hampir sejam juga lah menunggu baru nampak kelibat si ayah .Suami bagitau suami sepupu terpaksa dihantar ke bilek bedah malam itu juga.
Olehkerana anak2 dah mengantuk amat kami terus balik tetapi terlajak lah pulak nak u turn,last2 terus ke bandaraya ...jalan sesak lah pulak ...tak tau lah pulak jalan depan MBJB ditutup waktu malam sebab hari2 biasa waktu siang selalu lengang.Baru tau ada tarikan baru SKRIN ANGKASA kat situ ...cantik dan berwarnawarni...terpukau seketika melihat keindahan ...tapi budak2 takde mood dah, nak snap gambar ...mengantuk dah...tak boleh nak tunggu lagi terus cari jalan lain untuk pusing balik.
                                   gambar sumber google

4 comments:

  1. Kasihannya..Semoga sepupu suami akak cepat sembuh ye

    ReplyDelete
  2. Ujian yang amat berat buat suami sepupu saniah. Semoga dia tabah in shaa Allah semua penyakit ada ubatnya.

    Kak zai baru tahu daun belalai gajah elok untuk pesakit cancer. Blender daunnya dengan sebiji epal hijau dan perah asam limau terus minum.

    ReplyDelete
  3. Betapa setiap kita akan diuji.
    Hanya iman dan kesabaran meringankan sedikit beban
    Bantuan saudara-mara dan simpati juga menjadi terapi sedikit-sebanyak walau doa dalam diri yg diuji tak putus mengharap kesembuhan..

    ReplyDelete
  4. Ingat tu SI hihi..... jenuh besarkan mata tau hihi....
    Ohh.... takkan nak biarkan suami berdua pulak menghantar sepupu tu yek SI.... tak manis katanya walaupun kita kenal ye dak....
    Moga suami sepupu tu cepat sembuh hendaknya....

    ReplyDelete