Total Pageviews

Monday 13 April 2015

buku dan buahtangan

Assalammualaikum,
Seperti tahun2 sudah baucar buku yang Fateha dapat di universiti tak banyak digunakan ,selebihnya untuk diberikan untuk adik2 yang tak sabar2 menunggu kepulangan dia cuti sem.Yang seronok sangat Azim lah sebab dapat dia beli buku2 rujukan untuk PT3 .
Olehkerana dia balik hari Jumaat ,tak berkesempatan nak pergi kedai buku ,hanya sempat ke Mydin dan terus menghantar Azim kembali ke asrama .Walaupun tak banyak pilihan buku rujukan tapi boleh lahh ...
Untuk Iman buku2 latihan pun seadanya je yang dapat dibeli.
nak genap kan harga baucar tu aku suroh Iman capai apa je buku ,ini lah yang dapat.
Iqa pulak dek kerana dah kebosanan amat duk rumah berbulan2...konon2nya nak belajar bahasa asing...Ini untuk dia.

Masa balik ni pun Fateha banyak bawa buah tangan untuk adik2 dan aku ,ayahnya juga .Dibelikannya baju2 untuk adik2 ,tudung untuk aku juga yang dibelinya di jalan TAR.Juga ada juga hadiah untuk si ayah....untuk kesihatan katanya tapi ayahnya tak pakai pun ...last2 aku yang guna.....huhuuu teringat masa arwah mak guna benda ni satu ketika dulu yang dibelikan adik ,sekarang giliran aku ....terasa sangat dah semakin tuanya...
Aku pesan jangan membazir untuk kami ....kalau dah berkerja no hal lah ,ini masih belajar .....
Satu ketika dulu sewaktu lepas asasi dia kerja sementara pun duit gaji dia serahkan pada aku untuk digunakan bersama ,hanya diambil 50 rm saja untuk kegunaan sendiri....itulah perangai Fateha .

8 comments:

  1. Alhamdulillah.. Fateeha anak yg solehah kak saniah.. semoga sifat pemurahnya berpanjangan..

    ReplyDelete
  2. Bertuahnya Yati melahirkan Fatiha yg baik hati dan pemurah.

    ReplyDelete
  3. Sebenarnya anak kita ni kalau pegang duit dia ingat keluarga walau sebenarnya belum pandai cari duit lagi. Itu yg dibelinya utk kita.

    Adik-adik kalau nampak voucher kakak biasalah semua buku dia nak kan SI.

    Detox tu bagus kan. Kakak guna brand lain. Itu pun banyak lupa dari buat.

    ReplyDelete
  4. Baiknya fateha ingat dengan keluarga.

    Kak zai pun ada voucher pemberian anak masih belum digunakan.

    ReplyDelete
  5. sejuk perut akak mengandung...alhamdulillah bagos fateha selalu ingatkan adik beradik dan mak ayah rezeki yg ada sama dikongsi....koyok kat kaki tu saya tak penah pakai nnti ingat nak try jugak mana tau badan penuh toksin pasal tu cepat penat dan lesu....

    ReplyDelete
  6. Bila bunda tengok detox tu teringat dulu pernah juga guna...rass nak beli lagi lah...

    ReplyDelete
  7. Bagusnya Fateha ni....nampak sangat sayangkan family. Voucher pun dikongsi dgn adik beradik dia... baik hati orgnya mcm mama kot...

    ReplyDelete
  8. beruntungnya anie dapat anak macam fateha...syukur alhamdulilah :-))

    ReplyDelete