Total Pageviews

Tuesday 12 May 2015

Iqa dan jururawat

Assalammualaikum

SELAMAT HARI JURURAWAT pada semua yang bergelar jururawat.Mulianya tugas jururawat membantu dan merawat pesakit dengan sabar dengan berbagai kerenah setiap hari.Pengalaman aku sendiri ketika berada di wad hospital melihat sendiri ketika jururawat dimarahi pihak yang lebih tinggi jawatannya ...kesian melihat mereka,terbayang kalau lah dia anak aku....
Sewaktu kecil Iqa dulu aku berharap sangat dia menjadi jururawat.Sebab utamanya kerana melihat dia begitu rajin menolong aku menjaga opah dia yang uzor tanpa merungut .Waktu itu dia masih belum pun sekolah rendah dengan badannya yang kecil kerap menolak kerusi roda opah untuk ke bilek air ,bila disuroh tanpa membantah walaupun dengan tuboh opahnya yang agak gempal agak payah bagi tuboh kecil Iqa melakukannya.Rajin melayan kerenah opah dia dengan sabar,hanya dia yang dapat menolong aku ketika itu bila abang kakak ke sekolah dan adiknya Azim masih kecil. Selalu kata dengan dia Iqa dah besar nanti jadi jururawat ya...
Kini setelah remaja nampak gayanya Iqa tak kan memilih kerjaya jururawat seperti yang aku inginkan satu hari dulu....sebenarnya aku taklah berharap sangat ,terpulang lah apa yang dia minat .Walaupun masih minat bidang perubatan namun jururawat atau doktor bukan pilihan dia ...alasannya takut tengok darah.
Apa2 pun pilihan kerjayanya  kelak,bergantung pada pengajian seterusnya  setelah tamat asasi setahun lagi.

7 comments:

  1. Kadang jururawat ni dh jadi mcm ahli keluarga bila kita masuk hospital.. klu jumpa yg betul2 prihatin memang kagum kita dibuatnya... menjaga dgn dedikasi..betul tu kak, apapun pilihan kerjaya anak kita berikan sokongan..:)

    ReplyDelete
  2. :-)) samalah dengan yan dulu angan2 nak jadi jururawat kat klinik desa...tapi bila nampak darah rasa cam pitam..bila nampak luka rasa ngeri..

    ReplyDelete
  3. betol kak hanya orng yg betol2 sabar je yg bole jadi jururawat sebab kalau tengok dari mata kasar agak berat jugak tugas2 yg harus dipikul...kalau jururawat pon pitam bila tengok darah dah satu keje pulak pesakit terpakse tolong....hehehehe
    .

    ReplyDelete
  4. Anak sulung kakak hampir masuk UPM utk Diploma Kejururawatan tapi bila banyak tawaran lain akhirnya dia pergi tempat lain. Diploma Kejururawatan kakak yg mohonkan. Dua tempat kakak mohon dua-dua dapat termasuk yg KPJ sebab kakak ingat lepas graduation nak suruh dia kerja aje di S'pore. Kejar currency yg baik. Lagi pula keluarga kami ramai di sana. Tapi dia tak nak kita kena akur SI.

    ReplyDelete
  5. Jururawat kerja mulia.

    Keluarga kak zai ramai dalam bidang perubatan tulah sebab kak zai nak salah seorang anak jadi doktor tapi tak ada yg minat. Mimi pulak dari sains stream ambik bidang undang2.

    ReplyDelete
  6. bukan senang jadi jururawat ni, mereka pun manusia jugak, bukannya robot.sedih tengok ada orang yang anggap jururawat macam kuli

    ReplyDelete
  7. Ohhh...bagusnya Iqa ni....
    Bukan senang nak jaga org sakitkan SI.
    Iqa tak minat doktor ke SI? Okje suka kalau anak jadi doktor .....tp tulah tak semua org berani kan

    ReplyDelete