Total Pageviews

Tuesday 3 May 2016

hari cuti

Assalamualaikum
Mengambil kesempatan cuti dua tiga hari sempena Hari Buruh, Fateha balik juga walaupun beli tiket last minute.Azim juga balik dari asrama ....kecuali abang nya yang tiada mungkin kerana sibuk study memandangkan minggu ni katanya ada test.Meriah lah rumah ni sekejap dengan hiruk pikuk mereka berbual ....
Jika dah ramai2 ni dah tentu perut sentiasa lapar ,nak2 bujang aku Azim yang sedang meningkat remaja ni....lapo memanjanggg....!Tak kering tangan dibuatnya....mujurlah Fateha dah boleh buat kerja masak memasak walaupun simple2 je .

Setelah selesai masak ini sepatutnya kerja Iqa .....bila  dia jenguk ke dapur....WAH!... NIGHTMARE kata dia.Hihiii ...mana taknya banyak nak kena cuci.
Walaupun hari cuti tuisyen Iqa tetap ada atas permintaan mak2 dorang memandangkan pelajar sekolah menengah dah mula pekse  1/2 tahun minggu ni.Apatah lagi mereka tinggal di asrama sesekali je dapat tuisyen....budak2 sekolah menengah harian kat sini bagai kurang minat ,walaupun mak2 dorang yang minta ajarkan tuisyen.
Sebenarnya nak beri tuisyen kena tuisyen kan diri sendiri dulu....maklum lah dah 2 tahun tinggal kn sekolah.Seperti biasa lebih suka buat kerja di bawah dari kat meja.Boring2 boleh golek2 baring2 lelapkan mata.

Sabtu bawa rakyat jelata kami yang 4 orang ni keluar ,cadangan nya nak ziarah mak long dorang yang uzor kat kampung.Sebelum tu kami pergi Larkin Central untuk survey tiket mana yang patut aku dengan Iqa beli untuk kami ke Pulau Pinang hujung minggu ni.Akhirnya kami pilih KKKL je....itupun sebelah malam.Nak beli.tiket pun anak beranak 6 orang yang pergi...hahaa....perasaan pulak kami ketika tu!!.
Pusing balik untuk ke kampung .Dalam kereta dengan dorang yang 4 orang ni walaupun dah remaja tak pernah sepi....ada2 je yang dibualkan mereka dan usik mengusik...sekejap2 ada yang menyanyi ,nak2 Si Azim dan Iqa .Kami mak ayah dorang hanya mendengar je telatah mereka ,dan sesekali tersenyum dan menyampuk apa yang dibualkan.Iman kata " bisingnyaaaaa...."."takpelah esok.dorang dah pisah2, sorang ke sana sorang ke sini" aku menyampuk.
Begitulah anak2 ni bila dah bertemu riuh rendah jadinya....kecuali anak sulong samaada dia ada atau tidak tetap sama sebab nya dia begitu pendiam....berbual jika perlu je.

14 comments:

  1. Assalamualaikum kak..

    seronokkan bila anak2 berkumpul macam tu memang meriahlah.
    wah banyak pinggan mangkuk yang perlu dibasuh tu..hehehe
    oh minggu ni ya akak ke pulau pinang, moga dimudahkan urusan perjalanan akak dan iqa nanti ye

    ReplyDelete
  2. assalam kak Saniah...seronok kan cuti2 sambil berkumpul dengan anak2...cam keluarga kak ngah saya gak la...4 orang anak dia dah keje tinggal 2 orang je lagi yg masih belajar...sorang di batu pahat dan sorang lagi di perak...cuti kali ni semua anak2 dia dapat berkumpul sekali...happy tak henggat diorang jadinye...rumah cam nak retak bila dah berkumpul camtu...ni bila cuti dah abis sunyi balik :'(

    akak untung sebab Fatehah dah bole amik keje masak2 dan pada Iqa bertabah la selalu dgn pinggan mangkuk yg banyak camtu...kikiki...cik Linda pon pemalas kemahen nak basuh pinggan tau tapi kene basuh gak....huhuhu...semoga perjalan pergi dan balik akak ke pulau pinang berjalan lancar :)

    ReplyDelete
  3. Apa agaknya si Fateha masak tu SI? Senang ada anak dara yg dah besarkan SI. Boleh order jer hihi....
    Iman dah biasa sorang sorang....bila sesekali balik terasa lah bisingnya tu. Dia tak ngikut menyembang sekali ke tu.
    Mesti rasa seronok tengok anak anak gembira bersembang adik beradik gitu kan SI.

    ReplyDelete
  4. untung anak2 dah besar dah pandai bantu mamanya

    ReplyDelete
  5. biasalah, anak2 saya pun kalau cuti lapo memanjang..hehe
    cuti 3 hari ni tak jln ke mana pun memerap kat rumah jer..

    ReplyDelete
  6. Alaaa Iman tu nanti kalau kakak dan abang tak ada baru sunyi sepi tak ada kawan:) Masa tu baru nak duduk ketiak mak ajelah ye:)

    ReplyDelete
  7. Bila dh ramai..pinggan mangkuk pun byk...ada yg menolong senang sikitt..

    ReplyDelete
  8. Maunya tak nightmare... menimbun dlm sinki nak mintak dicuci... :) Hujung minggu ni saya pun nak utara jugak Saniah... tapi saya memandu sendiri... kalau sama2 memandu boleh jugak kita berjanji jumpa kat mana2 RnR kan.

    ReplyDelete
  9. masa yang ditunggu bila anak2 balik tu saniah nak rasa rumah riuh

    ReplyDelete
  10. Kak Zai boleh bayangkan betapa meriahnya rumah saniah sbb kak Zai mengalaminya. Klau anak2 balik dan berkumpul macam2 cerita yang dikongsikan memang riuh rendah dibuatnya tp ibubapa paling gembira kan.
    Kak Zai ajar anak kalau masak sambil basuh pinggan yg digunakan supaya tak bertimbun dlm sink.

    ReplyDelete
  11. Hahaha..
    Mahu tak nightmare kak..
    Segala pinggan mangkuk penuh singki..
    Mengingatkan saya masa kecik2 dulu..
    Arwah mak memang dah bagi2kan tugasan..
    Macam siapa basuh pinggan ..
    Basuh kain..
    Sapu sampah..
    Lipat kain..
    Part basuh pinggan ni yg parah bila ramai dah balik berkumpul..
    Memang menimbun lah nak basuh pinggan mangkuk..

    Tapi bila ramai ni lah yg meriahkan kak 😁😀

    ReplyDelete
  12. anak dan suami saya jugak pulang bercuti sempena 1 mei..sekarang..dah kembali sunyi sepi..

    ReplyDelete
  13. my anak buah pun meriah . petang2 dok ramai2 dlm bilik , ntah cerita apa , gelak memanjang . bukan ingat nak tolong mamanya di dapur ... lagi baik akrab dr bergaduh kan .

    ReplyDelete
  14. Siqah pun nightmare kalau tengok sinki penuh benda nak dicuci. Hihi.

    Biasa kalau ramai meriah kak. Seronok. Bila berseorangan, mulalah teringat je belaka :)

    ReplyDelete