Total Pageviews

Friday 29 May 2015

hujan dan petir

Assalammualaikum
salam Jumaat
Sekarang ni boleh katakan setiap petang pasti hujan turun dengan lebat diiringi petir guruh dan kilat.2 hari yang lepas pun ketika aku ke pejabat pos kerana sedikit urusan pun tak dapat ditunaikan ....sistem down terus, dek kerana petir yang berlaku sebelum itu.
Biasanya waktu2 santai apatah lagi bila ditinggal sendirian aku suka baca tafsir Al Quran.Kebetulan hari itu hujan agak lebat di luar sana juga kilat dan petir sambung menyambung....kecut juga dibuatnya.Kebetulan juga aku sedang membaca tafsir surah Ar-Rad ayat 12 dan 13 yang bermaksud
Dialah yang memperlihatkan kilat kepada kamu, untuk menakutkan(dari panahan petir)dan memberi harapan (dengan turunnya hujan)dan Ia yang menjadikan awan tebal (dengan air).
Dan Dialah juga yang guruh dan malaikat bertasbih memujiNya,kerana takut kepada Nya.Dan Dialah juga yang menghantar petir lalu Ia mengenakan dengan panahannya kepada sesiapa yang dikehendakinya.Dan mereka yang ingkaritu membantah(serta mendustakan Rasul )mengenai pekara yang berhubung dengan Allah (dan kuatkuasaNya).Padahal Ia amat keras azab seksanya.
Aku ulang berkali2 untuk memahami maksud tersurat dan tersirat sementara menanti hujan reda.
                                sumber;google                                                                                  
_buat sementara  aku akan cuti bercoleteh kat blog ni....laptop kegunaan bersama ni aku berikan pada Iqa dulu.InsyaAllah andai ada kesempatan akan aku menyapa ke blog kawan2 dan adik2 yang budiman.

17 comments:

  1. asalamualaikum kak..salam jumaat...petir kalau dah sambung menyambung macam perang...takut...

    ReplyDelete
  2. dari segi saintifik, memang kita akan nampak kilat dulu, lepas tu guruh, baru petir. Allah sayang kita dan nak kita hati-hati, tu yang bagi amaran dulu.Subhanallah...

    ReplyDelete
  3. allah.. bestnya hujan petang.. rumah saya panas je.. tak hujan2.. kesian anak2 demam kepanasan..

    ReplyDelete
  4. Kilat, guruh dan petir memang membuat kita takut mendengarnya..
    Anak2 saya kalau dengan kilat,guruh dan petir berdentum-dentum, berlari lah mereka ke bilik saya ketakutan..

    ReplyDelete
  5. insyaa allah nanti kita jumpa lagi kan saniah

    ReplyDelete
  6. asalam...Allah yg berkuasa keatas segalanya dan kepada Allah juga la kite memohon perlindungan....mesti rindu dengan akak nnti...jgn lama2 bercuti ye kak (baca n3 akak sambil kepala tergeleng2 ikut sama ya hanana...ikan2 akak pon saya dah kasi makan.....kikiki)

    ReplyDelete
  7. salam Jumaat Kak.. atie ni mmg penakut klu dgr bunyi petir guruh, klu kt luar cepat2 masuk rumah.. Kuasa Allah...
    ohh.. nti dah boleh BW, jgn lupa dtg jenguk kamek na...hihi

    ReplyDelete
  8. Kak zai pun kalau petir kilat tak berani duduk kat atas mesti duduk kat sofa bawah.

    In shaa Allah kita jumpa lagi tapi jangan lama2.

    ReplyDelete
  9. Cuaca alam sekarang tak menentu..tak dapat jangka

    ReplyDelete
  10. Betullah SI....kat KL pun hujan asal ptg. Lebat pulak tu. Nasiblah kain baju dah kering. Kalau tak dlm rumah dah mcm kedai baju hihi...

    ReplyDelete
  11. Sekarang ni kalu petang jer selalu hujan...kadang tu dengan petir sekali, bunda takut...satu lagi kat rumah ni selalu terpadam letrik...

    ReplyDelete
  12. Assalamualaikum,
    Kilat merupakan bukti di antara tanda-tanda kekuasaan dan keagungan Allah SWT. Ia menanamkan harapan pada diri seseorang, sebagaimana juga ia menanamkan rasa takut dan khuatir. Kilat juga memberi khabar gembira kepada manusia akan turunnya rahmat Allah, iaitu hujan.

    Manakala guruh yang kita dengar begitu dahsyat pula adalah tasbih alam yang memuja dan memuji kepada Allah. Begitu juga para malaikat turut sama bertasbih bersama petir. Bukan itu sahaja, dikatakan seluruh alam ini bertasbih kepada Allah

    "Langit yang tujuh dan bumi serta sekalian makhluk yang ada padanya, sentiasa mengucap tasbih bagi Allah; dan tiada sesuatu pun melainkan bertasbih dengan memuji-Nya; akan tetapi kamu tidak faham akan tasbih mereka. Sesungguhnya Ia adalah Maha Penyabar, lagi Maha Pengampun." (al-Israa’: 44)

    ReplyDelete
  13. Kak saniah rindunyeeee dgn akak....selamat berpuasa pada akak dan seluruh keluarga...rindu nak baca celoteh akak :')

    ReplyDelete
  14. Kat tempat bunda sekarang ni panas...panas siang malam..

    ReplyDelete
  15. Itulah bulan Mei lepas meamng musim hujan tempat kita ni. Hari pertama puasa pun masih lagi hujan tapi lepas tu sampai hari ini aduhai panasnya duduk dalam office ni pun sentiasa on semua aircond yg ada. Anak dara kakak balik sekolah terus masuk bilik on aircond. Panas betul kan..

    Selamat berpuasa dari kakak dan moga diberi kesihatan terbaik utk menjalankan ibadah setahun sekali ini.

    ReplyDelete